Penjagaan bahagian ketiak seringkali diabaikan dan dianggap tidak penting. Meskipun berhijab, hijabi tetap perlu menjaga ketiak agar bersih, cerah dan tidak kasar. Tentu anda malu jika bakal suami tahu anda tidak merapikan bahagian ketiak anda hingga menjadi hitam.

Sekiranya anda tidak menjaga ketiak dengan betul, tentunya ketiak anda akan menjadi kasar, hitam dan kusam. Keadaan ini disebabkan bahagian kulit ketiak merupakan bahagian yang sangat sensitif. Jom kita lihat 6 kesalahan yang sering kita lakukan hingga menyebabkan ketiak menjadi hitam.

1. Guna Sabun Yang Mengeringkan Ketiak

Ketiak biasanya akan menjadi hitam sekiranya anda memakai sabun yang terlalu kuat untuk kulit ketiak anda. Disebabkan bahan yang tidak sesuai, ketiak akan menjadi kering dan mula menghitam. Gantikan sabun yang lebih lembut untuk mendapatkan kulit ketiak yang lebih cerah.

2. Memakai Baju Ketat

IKLAN

Tahukah anda bahawa memakai baju ketat juga boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam. Ia kerana kain akan bergesel pada bahagian ketiak dan mengikis kulit dan membuat ia menjadi hitam. Sebaiknya, elakkan daripada memakai pakaian yang ketat ya!

3. Tidak Melakukan Skrub

Jangan ingat ketiak tidak perlu diskrub ya! Sama seperti tubuh dan wajah, ketiak juga perlu diskrub kerana ia merupakan salah satu bahagian yang mempunyai banyak sel kulit mati hingga menyebabkan ketiak menjadi kusam dan kasar.

IKLAN

Cuba gunakan skrub lembut seminggu sekali agar ketiak tidak hitam. Skrub tidak hanya mencerahkan ketiak anda, malah ia juga buat ketiak anda menjadi lebih lembut.

4. Membuang Bulu Ketiak Dengan Cara Yang Salah

Membuang bulu ketiak ada pelbagai cara. Antaranya adalah waxing, mencabut dan mencukur. Setiap individu melakukan cara yang berbeza. Sekiranya anda rasa cara anda membuang bulu ketiak itu membuatkan ketiak jadi makin hitam, lebih baik cuba cara yang lain.

IKLAN

5. Berat Badan Berlebihan

Percaya atau tidak, berat badan yang berlebihan juga merupakan salah satu faktor penyebab ketiak jadi hitam. Berat yang berlebihan akan mengganggu hormon hingga menyebabkan ketiak menjadi kusam. Jadi, lakukan senaman dengan teratur dan jaga makanan anda.

6. Tidak Menjaga Pemakanan

Makanan mempunyai peranan yang besar untuk mengelakkan kekusaman pada ketiak. Pengambilan makanan yang manis dan berminyak akan membuatkan ketiak menjadi semakin kusam dan kasar. Lebih parah, akan timbul jerawat jika anda mengabaikan pola pemakanan anda.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI