Mandi sebenarnya bertujuan untuk membersihkan diri dari segala kekotoran dan membuatkan diri kita labih segar, selesa dan tenang. Selain itu mandi juga merupakan rutin untuk merehatkan diri daripada segala kepenatan setelah seharian melakukan aktiviti harian.

Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stres serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh.

Namun begitu, apakah anda sudah yakin teknik mandi yang anda lakukan betul? Harus diingatkan bahawa cara mandi juga akan mempengaruhi kesihatan dan kebersihan kulit.

Berikut kebiasaan mandi yang ternyata selama ini salah.

1. TERLALU LAMA DI KAMAR MANDI
Tahukah anda menghabiskan waktu terlalu lama untuk mandi akan membuatkan kulit menjadi kering apatahlagi anda mandi menggunakan air panas. Seorang ahli dermatologi, Sandy Johnson, mengatakan, American Academy of Dermatology mencadangkan untuk membatasi waktu mandi maksimum 10 minit. Hal ini dilakukan untuk mencegah dehidrasi kulit keranaa ir panas dapat menghilangkan minyak semulajadi pada kulit.

IKLAN

Mandi dengan air panas terlalu lama akan mengakibatkan pembuluh darah terbuka yang boleh menyebabkan timbulnya bintik-bintik merah atau ruam-ruam pada kulit. Bintik-bintik merah ini muncul setelah anda berpeluh selepas usai berolahraga. Selain itu, mandi terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit anda jadi lebih sensitif dan memburukkan lagi keadaan kulit.

2. TUALA TERLALU KERAS
Ramai hijabi suka menggosok-gosokkan tualanya pada permukaan kulit terlalu kuat. Menurut Sandy Johnson, untuk mengeringkan tubuh setelah mandi lebih baik jika dilakukan dengan cara menepuk-nepuk lembut tuala pada kulit daripada menggosok-gosok tuala pada kulit terutama pada kulit wajah. Perbuatan menggosok-gosokkan tuala terlalu kuat pada kulit boleh membuatkan kulit menjadi kasar. Bagi menjaga kelembapan dan kesegaran kulit wajah dan tubuh, segera sapukan losyen yang kaya dengan pelembap untuk menjaga kelembapan kulit agar tidak kering.

3. MELILIT RAMBUT DENGAN TUALA
Kebiasaan selepas mandi ini umumnya dilakukan hampir setiap wanita. Mulai sekarang, jangan lakukan kebiasaan ini lagi, ya! Melilit rambut dengan tuala akan membuatkan rambut stres dan mempercepatkan lagi kerosakan rambut. Tidak hanya itu, menggosok-gosok tuala pada rambut juga akan membuatkan rambut menjadi pecah-pecah dan rosak. Sebaliknya, biarkan rambut kering secara semulajadi.

IKLAN

4. CUCI RAMBUT DENGAN AIR SUAM
Perbuatan mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan kulit kepala rapuh sehingga rambut tidak tumbuh dengan sempurna. Apalagi jika anda mencuci rambut menggunakan air suam terlalu kerap hal ini akan membuatkan rambut menjadi kusam dan tidak bermaya.

Mencuci rambut dengan suhu panas akan membuatkan kultikula rambut terbuka dan membuatkan molekul warna rambut hilang. Sebaiknya, gunakan air dingin untuk mencuci rambut kerana ia boleh menjaga warna rambut anda agar tetap terlihat segar dan tidak kusam.

Apabila rambut anda terlalu berminyak sehingga terpaksa dicuci setiap hari, anda boleh menggunakan dry shampoo di samping penggunaan syampu yang biasa anda gunakan sebagai alternatif.

IKLAN

5. LUPA MEMBERSIHKAN DAN MENGERINGKAN SHOWER PUFF
Salah satu perkara yang jarang dilakukan ramai orang adalah membersihkan shower puff.  Tahukah anda bahawa shower puff merupakan tempat yang paling disukai bakteria untuk berkembang biak jika dibiarkan dalam keadaan basah.

Itu sebabnya, mulai sekarang pastikan anda membersihkan shower puff sehabis mandi. Lalu, jangan lupa untuk segera mengeringkannya agar tidak mendorong bakteria berkembang biak di dalam shower puff anda.

6. TIDAK MEMBILAS TUBUH DENGAN SEMPURNA
Satu hal yang harus diperhatikan, jangan lupa untuk memastikan seluruh sabun dan syampu telah dibilas bersih. Hal ini kerana produk yang tersisa di tubuh anda boleh menyebabkan iritasi kulit dan penyumbatan pori-pori, sehingga menimbulkan jerawat.

Mungkin selama ini kita tidak sedar kesalahan yang kita lakukan ketika mandi. Oleh itu selepas ini pastikan kita mandi dengan cara yang betul.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI