Uncategorized

6 Cara ‘On The Go’ Untuk Hijabi Yang Sibuk 24 Jam & Tak Suka Perkara Menyusahkan. Nombor 5 Paling WOW!

Share

Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat. Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?

1. Shopping Online

Memang jadi masalah besar bila dah lama tak shopping

, mesti ada rasa keinginan nak membeli makin membuak-buak. Lagi-lagi bila sudah hujung tahun ini macam-macam jenis jualan murah. MIsalnya ada jualan Black Friday la, year-end sale ataupun Christmas sale la. Memang ini akan menyebabkan duit makin susut. Tetapi bagi yang nak shopping, dan malas nak pergi ke pusat beli belah tak payah risau, online shopping kan ada!

2. Dobi ‘On The Go’

Apabila sudah seminggu tidak basuh baju sebab sibuk bekerja dan kain baju akan menggunung tingginya! Tambah lagi musim hujan sekarang dan selepas itu baju tak akan kering. Jadi penyelesaiannya, kena pergi kedai dobi. Tetapi bagi yang tak berkesempatan, boleh cuba perkhidmatan ‘dobi on-the-go’ ini! Ada orang yang akan ‘collect’ baju di rumah, basuh dan hantarkan semula di rumah. Kalau dapat pakej lipat baju lagi seronok kan.

3. Guna ‘Public Transport’

Oleh kerana musim hujan sekarang ini jadi agak malas sedikit untuk ke tempat kerja. Tambahan lagi nak berhadapan dengan masalah trafik akibat hujan ini. Jadi solusinya, apa kata anda pergi kerja dengan menaiki perkhidmatan awam sahaja seperti LRT, MRT atau KOMUTER. Hati senang dan jiwa pun tenang.

4. Kerja Dari Rumah

Perkara ni memang selalu berlaku. Nak kerja dari rumah tapi tak sempat apply cuti. Jadi terus ambil keputusan untuk bercuti terus walaupun tak masuk pejabat. tetapi admin nak ingatkan jangan pula tidur sahaja ketika di rumah. Kerja tetap kena buat walaupun duduk di rumah terutama yang boleh ‘update’ dari rumah. Cuma pastikan data internet anda mencukupi.

5. Guna ‘Personal Stylist’

Ini perkara paling menyeronokkan. Malah pasti hijabi berharap akan ada personal stylist kan? Mereka ini yang akan tolong decide

anda untuk pakai baju apa bila pergi kerja, keluar dengan kawan-kawan dan sebagainya. Tidaklah hanya termenung depan wardrobe memikirkan untuk apa yang mahu dipakai untuk pergi kerja sebaik bangun tidur. Semua sudah tersedia! Memang senang bukan?

6. ‘Breakfast Delivery’

Punya la malas nak keluar sarapan, sampai sarapan pun nak delivery. Tetapi lagi bagus juga sebab tak perlu membazir masa duduk makan sarapan sampai terbabas waktu kerja. Tetapi sediakan sahaja duitnya.

IKLAN