Orang yang suka ketawa merupakan orang yang gembira dengan kehidupan mereka dan merupakan seorang yang suka berfikiran positif. Tentunya lebih seronok bila berjumpa dan ‘melepak’ bersama orang yang suka ketawa kan? Secara tidak langsung, mereka dapat memberi aura positif kepada kita. Pernahkah anda tergelak apabila mendengar gelak rakan anda sendiri?
1. Kurangkan Stress
Dalam satu kajian yang dibuat Indiana State University, penyelidik mendapati ketawa boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang hidup pesakit kanser dan HIV.
2. Mengurangkan Perasaan Takut & Bimbang
Ketawa melepaskan rasa baik hormone dopamine, serotonin dan endorphin yang mengembalikan mood anda. Jadi ia boleh mengatasi kebimbangan dan ketakutan yang memudaratkan kesihatan emosi.
Ads
3. Meningkatkan Kesihatan Pernafasan
Ketawa dapat menyingkirkan paru-paru anda dengan udara segar dan membantu bernafas dengan lebih mendalam. Orang yang suka ketawa secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar jantung dan mencergaskan badan mereka apabila ketawa.
Ads
4. Lebih Rendah Peluang Penyakit Jantung
Ketawa menyebabkan tisu yang dikomposisikan lapisan saluran darah berkembang dan membolehkan aliran darah yang lebih baik.
Ads
5. Hubungan Yang Lebih Kukuh
Ketawa boleh mencetuskan perasaan gembira dan memupuk hubungan emosi yang boleh meningkatkan hubungan. Orang yang suka ketawa bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan dengan menonton filem komedi dan sebagainya boleh menguatkan lagi ikatan kasih sayang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam sebaik tersingkir di konsert Gegar Vaganva ke 4, penyanyi Elyana membuat pengumuman cukup mengejutkan apabila memberitahu dirinya adalah penghidap pesakit kanser limfoma tahap 4. Pendedahan itu memang tidak disangka kerana sebelum ini Elyana sangat ceria dan periang sekali orangnya. Namun di sebalik sikapnya yang nampak ‘happy go lucky’ rupa-rupanya dia selama ini berjuang melawat penyakit yang sudah dideritai tujuh tahun lalu.
Ramai yang tidak tahu mengenai penderitaannya selama ini. Lagipun Elyana memang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen hinggalah menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4 ini. Selain keluarga, rupa-rupanya Syura yang juga salah seorang peserta sudah lama tahu mengenai penyakit yang dideritai teman baiknya itu.
A post shared by Syura Badron ???? (@syurabadron) on
Dalam satu posting di laman Instagramnya Syura memberitahu dia sudah tidak perlu simpan lagi rahsia penyakit dideritai Elyana. Menurutnya juga selama ini dia terpaksa berlakon kononnya Syura tidak tahu yang dia sakit. Walaupun hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuat semangat Elyana merahsiakan penyakit yang berbahaya itu dari seluruh peminatnya.
Malah Syura turut ‘salute’ dengan keberanian Elyana yang mengambil keputusan untuk berterus terang dengan masyarakat. Dia tahu kawannya itu sangat kuat dan Syura begitu menyayangi dan berdoa untuknya terus sihat. Sebagai seorang sahabat juga Syura memohon semua netizen dan followernya untuk turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Elyana.
@miezadauspdot Insyallah kak. Kami semua akan selalu mendoakan
@sutradjiwa Semoga elyana terus kuat dan positif. Keep strong girl.
@ziefauziah Smoga elyana cpt sembuh u r so strong el disebalik senyuman mu tersimpan kesakitan….. Smoga tabah ya El
Dalam pada itu, Elyana yang ditemui selepas konsert memberitahu dia disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap kedua selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.
Menurutnya, sudah tujuh tahun dia berjuang dengan kanser ini dan kini hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya kepada BH Online.
Lebih menyayat hati Elyana memberitahu dia juga turut fobia untuk tidur pada waktu malam kerana takut tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya lagi nanti. Malah itulah ketakutan yang dialaminya setiap hari.
Walaupun begitu sebagai ibu, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya itu mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
Kehilangannya selama ini bukan kerana dia tidak berminat dengan dunia seni, tetapi dek kerana menjalani rawatan dan dia juga berada dalam keadaan lemah dan mengalami rambut gugur.
A post shared by Cosmopolitan Malaysia (@cosmopolitanmy) on
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya lagi.
Ketika itu menurutnya doktor memberitahu jangka hayatnya hanya ada setahun lagi untuk hidup. Dia kemudiannya nekad berhenti membuat kimo dan mencabar diri untuk berjuang. Dan alhamdulillah dia bersyukur kerana umurnya panjang hingga ke hari ini.
Elyana turut menitipkan kesan agar pesakit kanser untuk terus positif berjuang melayan penyakit berkenaan.
A post shared by Syeeda Rasyed (@syeeda.rasyed) on
Sebelum ini pada Ramadan lalu menyaksikan, anak penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang baru berusia 4 tahun juga turut menemui Ilahi setelah hampir enam bulan menderita kanser limfoma.
Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, Disebut sebagai Limfoma Hodgkin. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.
Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL Penyakit ini jarang berlaku tetapi banyak terjadi kepada golongan muda. Dianggarkan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus adalah lelaki.
Pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup sihat da jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah berlakunya kanser. Jika ada tanda-tanda seperti di atas, terus jalani rawatan doktor.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kata orang, kalau dah jodoh pasti tidak ke mana. Pelbagai cara Allah SWT akan menemukan sesebuah pasangan itu. Seperti pasangan di antara penjual aiskrim dengan pelanggannya sendiri ini.
Baru-baru ini telah tular di Tiktok video ‘throwback‘ yang memaparkan momen bahagia mempelai ketika pertama kali bertemu sebagai seorang ‘penjual aiskrim dan pelanggan’. Difahamkan, video tersebut dirakam sendiri oleh kakak ipar pengguna akaun @walidsaffine pada tahun 2020.
Menerusi kapsyen pemilik video tersebut, dia menyatakan bahawa ikatan perkahwinan terjalin selepas ‘pelanggannya’ sering membeli aiskrim yang dijual.
“Siapa suruh beli aiskrim saya, kan dah kahwin dengan saya,” tulisnya di dalam video berkenaan.
Berkongsi cerita kepada Mstar, pemilik video yang bernama Abdul Walid Saffine itu berkata, dia sendiri tidak menyangka jodohnya adalah gadis yang sering membeli aiskrim yang dijualnya.
Pertemuan antara dia dan isteri, Nurulhuda Jamidi, 23, bermula selepas dia nekad berhenti bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.
“Pada masa itu, kawan-kawan juga ingin berhenti berniaga dan ingin menjual semua peralatan yang digunakan. Saya tak bercadang pun nak jual aiskrim, tapi sebab kawan saya nak berhenti berniaga, jadi saya membeli kesemua peralatannya dan mula menjual aiskrim menaiki motosikal.
“Pada masa sama, saya teringin sangat ingin menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun… tetapi tiada calon.
“Jadi saya cuba mencari pasangan dan salah satu platform yang digunakan ialah Facebook. Pada mulanya, saya berbual dengan semua wanita yang saya suka, jadi pada suatu hari pada tahun 2020, saya berhubung dengan wanita yang kini menjadi isteri saya.” ujar lelaki berusia 25 tahun itu.
Sambung cerita momen indah ketika mengenali isteri, Walid mengatakan bahawa isterinya sudah sedia maklum yang dia seorang penjual aiskrim. Bahkan, setelah mengenali isterinya, dia mendapati bahawa ternyata lokasi rumah mereka tidak jauh.
Disebabkan itu, dia mengambil peluang untuk mula menjual aiskrim di sekitar kawasan perumahan isterinya yang bertugas sebagai guru taska ketika itu.
“Saya jual aiskrim dan setiap kali lalu di kawasan perumahannya, dia akan beli aiskrim.
“Biasalah… apabila dah berkenan, saya akan beri aiskrim percuma atau diskaun,” luahnya gembira.
Selepas sering berhubung dan bertemu ketika menjual aiskrim, Walid akui telah memberanikan diri dan ‘membuka langkah’ untuk melamar isterinya.
“Lama-kelamaan saya cuba melamar dia dan tak sangka diterima. Apabila terima, makin keraplah saya lalu depan rumah dia… kerana masa tu saja saya dapat jumpa dan kami tak pernah keluar berdua pun.
“Perhubungan semakin serius apabila dia memaklumkan tentang hubungan kami berdua kepada kedua orang tuanya.
Dalam pada itu, Walid turut menzahirkan rasa syukur kerana keluarga mentua menerima dia dan pekerjaannya sebagai penjual aiskrim.
“Saya rasa bersyukur dengan penerimaan isteri dan keluarga sedangkan saya hanya penjual aiskrim. Malah ayahnya pernah berkata bahawa dia tidak peduli anak menantu kerja apa asalkan mencari rezeki halal.” katanya.
Kini, berkat hasil usahanya ketika menjual aiskrim, dia telah berjaya mengumpul duit untuk berkahwin dan telah membuka cafe sendiri, Smootea,Taman Tas pada 17 Disember lalu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘bersemut’ serta berseloroh ingin menjadi penjual aiskrim! Ada juga yang turut mendoakan agar bahtera yang dibina kekal hingga syurga. Video yang dikongsikan di akaun TikTok tersebut kini mendapat lebih 1.2 juta tontonan dan 100.9K kesukaan.
“Comelnye cara Allah temukan jodoh…”
“untung la..hari2 dapat makan aiskrim. Haha”
“tahniahhhh…semoga kekal bahagia selama²nya….inshaAllah”
“alhamdulillah… tahniah. moga kekal hingga ke jannah”
“betapa hebatnya RAHSIA ALLAH tu kan? alhamdulillah syukur dan tahniah”
Pasti ramai di antara kita yang mahukan sayur-sayuran atau barang dapur yang dibeli tahan lama dan tidak mudah rosak terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Bertindaklah dengan bijak sis! Ikutilah saranan yang dikongsikan oleh @anasulianna di twitter ini. Pastinya berguna untuk anda semua.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.