Selepas makan, ada beberapa perkara yang harus anda hindari.Salah satunya adalah dengan mandi. Tidak pasti sama ada ia mitos atau fakta, katanya mandi selepas makan boleh mengganggu pencernaan tubuh dan boleh menyebabkan kegemukan. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi pantang larang yang direka sendiri dan kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

Pantang Larang Tentang Mandi

Penjagaan kesihatan dan kebersihan merupakan faktor paling penting dalam hidup kita. Jika tidak, pastinya kita akan ditimpa pelbagai penyakit sekaligus menghalang kita daripada menjalani kehidupan yang produktif. Salah satu caranya adalah dengan bersenam. Tetapi, dengan jadual kerja yang padat membuatkan ramai di antara kita bersenam pada waktu malam.

IKLAN

Sesudah bersenam, tentunya badan akan rasa melekit dan kita pasti akan mandi untuk menghilangkan rasa itu bukan? Tetapi, ada yang mengatakan bahawa mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Menerusi akaun Twitternya, Dr. Kamarul Ariffin telah berkongsi dan memberi pencerahan tentang 5 pantang larang yang perlu anda tahu.

Mandi Ketika Panas Menyebabkan Panau

IKLAN

Mandi Malam Boleh Sebabkan Paru-Paru Berair

Walau bagaimanapun, mandi adalah wajib bagi mengekalkan kesihatan agar kita dijauhkan daripada kuman dan bakteria setelah seharian terdedah dengan pencemaran di luar sana.

IKLAN

via GIPHY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI