Korona virus membuat seluruh dunia menerapkan social distancing. Perkara ini membuat anda harus melakukan aktiviti di rumah dan menjaga jarak antara satu sama lain. Berikutan perkara ini banyak gerai atau perusahaan yang menutup perniagaan mereka hingga waktu yang belum ditentukan.Dan salah satunya adalah perniagaan kecantikan seperti salon.

Beberapa salon sudah memutuskan untuk tidak beroperasi kerana berkurangnya jumlah pengunjung dan demi kepentingan kesihatan bersama. Dan hal ini membuat dadanan rambut anda sudah tidak terurus lagi.

Rambut yang mulai bercabang hingga rambut di hadapan sudah menutupi penglihatan anda. Tetapi, tidak perlu kuawatir lagi. Anda boleh menata kembali rambut sendiri di rumah, jom ikuti lima cara di bawah ini!

1. Persiapkan alat yang diperlukan

IKLAN

Jangan sesekali anda berfikir untuk memotong rambut menggunakan gunting dapur. Gunting tersebut tidak cukup tajam, boleh menarik rambut ketika dipotong serta membuat potongan yang sulit diperbaiki. Gunting dengan kualiti rendah dapat membuat ujung rambut anda semakin berselerak dan tidak rapi. Jadi pastikan anda gunakan gunting khusus untuk memotong rambut agar hasil potongan menjadi lebih halus dan rapi.

2. Pastikan rambut bersih dan kering

IKLAN

Ketika memotong rambut di salon, sebahagian besar akan membasahi rambut anda terlebih dahulu. Ini dilakukan agar hair stylist menjadi lebih mudah membuat potongan yang tepat. Ada baiknya jika ingin potong rambut sendiri di rumah, anda boleh melakukannya dengan rambut kering. Pastikan juga dalam keadaan bersih, rambut berminyak dan kotor akan melekat dan membuat hasil potongan rambut menjadi tidak rata.

3. Potong rambut sedikit demi sedikit

pic: freepick.com

Jelas saja, ini bukan waktu yang tepat untuk anda mencuba bereksperimen dengan gaya baru. Untuk mencegah potongan yang gagal, ada baiknya anda memotong rambut sedikit demi sedikit. Selalu mulai dari bagian kecil, jika kurang boleh potong secara bertahap.

IKLAN

4. Perhatikan arah rambut dan gunting

pic: sommz.com

Tumpukan bahagian rambut di mana benar-benar ingin dipotong dan cara anda memegang bahagian rambut dan gunting dapat sangat mepengaruhi potongan rambut. Untuk itu anda harus menarik rambut lurus ke atas dengan jari-jari kerana ini adalah cara termudah untuk memastikan panjang rambut secara keseluruhan.

Kemudian, tempatkan gunting sejajar dengan rambut yang tersisip melalui jari-jari anda dan gunting rambut secara vertikal dan bukannya lurus. Jika anda kesulitan membayangkannya, mungkin sebelumnya boleh menonton tutorial yang ada di Youtube.

5. Hati-hati dengan potongan rambut hadapan

pic: stylecaster

Mencuba memotong rambut hadapan dengan gaya baru adalah penyesalan yang akan anda dapatkan dalam situasi seperti ini, tetapi slash off akan jauh lebih mudah. Ada baiknya anda hanya merapikan bahagian rambut hadapan yang sudah menganggu pandangan. Dan pastikan  tangan anda lebih santai dan tidak tegang, sehingga potongan rambut jadi lebih rapi.

Dan itu dia lima langkah yang boleh anda lakukan ketika memotong rambut anda sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI