Ramai wanita Asia obses dengan kecantikan terutamanya untuk mencerahkan kulit wajah agar kelihatan lebih menarik. Namun jangan anda samakan pula istilah mencerahkan dengan istilah memutihkan. Wajah kita tidak boleh menjadi lebih putih dari warna kulit asal yang telah kita warisi dari genetik kedua ibu dan bapa. Namun apa yang anda boleh lakukan adalah mencerahkan wajah agar kelihatan lebih berseri.

Jika kulit anda bertona sawo matang ataupun gelap, ia masih boleh nampak cantik dengan keadaan kulit wajah yang nampak bersih dan ‘glowy’. Siapa cakap berkulit gelap tidak menawan, betul tak?

Ini adalah lima langkah secara semula jadi anda boleh amalkan :-


.

  1. Gabungan Lidah Buaya & Tomato

Untuk mencerahkan kulit wajah secara semula jadi, gel daun lidah buaya adalah salah satu bahan yang sesuai untuk disapu diwajah kerana nilai antioksidan yang tinggi boleh mengelakkan kulit dari menjadi kusam dan tidak bermaya. Tomato pula mengandungi lypocene yang boleh membantu memudarkan parut yang ada pada wajah. Untuk menjadikan kedua-dua bahan ini sebagai masker, kisar tomato bersama gel lidah buaya dan jadikannya masker kecantikan anda.


.

IKLAN
  1. Keenakan Lemon & Madu

Lemon dan madu merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita, ia mampu membantu dalam menguatkan imunisasi tubuh. Gabungan kedua-dua bahan ini bagaikan magis apabila dijadikan sebagai masker untuk mencerahkan wajah.

Jus lemon kaya dengan vitamin C manakala madu memiliki agen antibakteria. Oleh itu ia mampu mencerahkan juga merawat kulit. Cara untuk membuat masker dari dua bahan ini, campurkan satu sudu tek madu dengan jus dari sebiji buah lemon, oles pada wajah dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas sehingga bersih.


.

IKLAN
  1. Serbuk Teh

Lepas anda buat teh, jangan buang serbuk yang sudah digunakan itu. Ia amat bermanfaat untuk membantu mencantikkan kulit wajah. Hampas sebuk the itu boleh digunakan untuk menggelupaskan kulit mati secara lembut sekaligus menjadikan kulit terasa lebih licin.

Jika anda memiliki lingkaran hitam bawah mata, hampas serbuk di dalam uncang yang disejukkan bagus untuk membantu masalah ini. Tekap sahaja di mata nescaya boleh mengurangkan lingkaran noda hitam tersebut.


.

IKLAN
  1. Kebaikan Betik

Betik sangat baik untuk sistem pencernaan manusia dan ia juga sangat baik untuk kulit wajah. Ia mampu melawan bakteria yang ada pada kulit wajah sekaligus mencerahkan kulit yang kusam. Cara untuk mengunakan betik sebagai bahan kecantikan wajah amatlah mudah. Hanya lumatkan sedikit isi betik ke dalam mangku dan ia siap untuk dilumurkan ke wajah. Bilas setelah 15 minit. Anda boleh melakukan rutin ini sebanyak seminggu sekali untuk kesan yang ketara. Selain hanya menggunakan isi betik anda boleh mencampurkan dengan susu, madu atau yogurt.


.

  1. Putih Telur

Selain bagus untuk sihatan tubuh, putih telur boleh diguna untuk mencerahkan kulit wajah. Protein yang terdapat di dalam telur putih boleh membantu mengalakkan pertumbuhan sel-sel baharu dan sel tersebut menggantikan kulit kusam dengan sel yang baru. Untuk cara mengolah putih telur menjadi masker, anda boleh mencampurkan putih telur dari sebiji telur ayam, satu sudu the jus lemon dan setengah sudu the madu. Aduk ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati dan sapukan diwajah selama 15 minit, kemudian bilas sehingga bersih. Wajah akan pasti terasa lebih segar dan terasa licin.

Selain menggunakan bahan secara semula jadi, anda boleh menggunakan produk-produk kecantikan moden yang diluluskan. Jangan pernah percaya dengan produk-produk memutihkan dalam masa singkat kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan anda membeli produk yang dipercaya di farmasi-farmasi terpilih dan jenama yang diperakui kebaikannya.

Sumber gambar: pexels.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI