Krim bawah mata merupakan antara produk terbaik yang boleh menjadikan kulit wajah kamu lebih segar dan berseri apabila bangun pada keesokan harinya.

Pun begitu, ramai yang masih buntu dengan pemilihan jenama produk yang berkualiti. Krim bawah mata berfungsi untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata yang seringkali membuatkan wajah menjadi kusam dan tidak bermaya! Kami bawakan barisan produk krim bawah mata yang terbaik untuk kamu miliki!

  1. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On.

Produk ini antara produk bawah mata terbaik yang tidak menjalan proses eksperimen ke atas haiwan kerana ia benar-benar diformula dengan bahan yang terbaik dan berbentuk dermatologi. Ia amat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif contohnya seperti psoriasis dan eczema di sekitar bahagian bawah mata. Produk dari Simple ini mencerah serta menyegarkan bahagian bawah mata dengan berkesan kerana ia mengandungi bahan semula jadi seperti Niacinamide dan ekstrak algae dan bebas dari bahan kimia.

IKLAN

2. Nutox Eye Refiner.

IKLAN

Khas untuk mereka yang memiliki masalah kulit, produk ini bersifat bebas minyak dan tidak melekit yang menjadikan kamu selesa bila menyapunya di bahagian bawah mata. Diperkaya dengan ekstrak sarang burung, ia berfungsi untuk mengembalikan keremajaan kulit di bahagian bawah mata. Apa yang menariknya mengenai produk ini, ia juga dapat menghilangkan kawasan kedut bawah mata yang sememangnya idaman semua wanita di luar sana!

IKLAN

3. Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream.

Bagi mereka yang inginkan elemen menenangkan, produk yang diformulasi dengan ‘water burst’ ini ialah produk terbaik untuk kamu! Krim ini memiliki tekstur gel yang ringan dan tidak melekit, meresap jauh ke da bawah kulit untuk memberikan ‘result’ yang terbaik. Sesuai dengan namanya, kamu boleh tidur lena tanpa sebarang masalah dengan produk ini!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI