Harus diakui , teknik shading adalah yang yang paling sukar sekali untuk dimahiri. Silap teknik, bimbang muka akan kelihatan seperti hantu pula nanti . Untuk anda yang tidak sukakan mekap yang nampak tebal, teknik ini mungkin tidak berapa sesuai untuk dipraktiskan sebagai mekap harian, namun sekali -sekala ke majlis atau untuk bergambar, apa salahnya bukan?
Kunci dalam menjayakan teknik adalah menggelapkan sesetengah bahagian muka dan mencerahkan sesetengah bahagian yang dengan menggunakan bedak asas berlainan tona. Paling penting selepas itu anda perlu blend semua sapuan tersebut dengan sebaiknya.
Secara umum, teknik ini memerlukan anda mengkaji jenis bentuk muka anda terlebih dahulu kerana bahagian yang perlu disapukan bedak asas gelap dan cerah adalah berbeza mengikut bentuk wajah.
#1.Bentuk bujur
#2. Muka panjang
#3. Bentuk bulat
#4. Bentuk hati
#5. Bentuk berlian
#6. Bentuk pear
#7. Bentuk bersegi
Gambar : Cosmopolitan
Bahagian yang digelapkan adalah bahagian yang ingin “dikuruskan” manakala bahagian yang di highlight adalah bahagian yang ingin “ditonjolkan. ” Contohnya untuk hidung yang nampak lebih mancung, highlight diletakkan pada bahagian batang hidung manakala warna lebih gelap disapukan pada bahagian tepi hidung.
Sumber: Wanista
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI