Terdapat pelbagai warna gincu bibir di pasaran. Rasanya mustahil jika kita hanya mempunyai satu warna dalam koleksi gincu bukan? Mungkin ada yang memiliki lebih dari 5 warna untuk dipakai harian atau ketika menghadiri majlis-majlis tertentu. Setiap warna gincu ini boleh disesuaikan mengikut mood, dijadikan main center penampilan, atau digunakan untuk melengkapkan solekan atau gaya tertentu yang ingin dibuat.

Ayuh lihat di sini dari 5 warna gincu bibir yang telah dipilih, adakah anda mempunyai semua warna ini sebagai koleksi?

1. MERAH MUDA
Warna merah muda perlu ada dalam koleksi anda! Gincu bibir warna ini memberi penampilan yang lembut dan manis. Tetapi jika dipadankan dengan cara lain, anda akan kelihatan seksi. Merah muda adalah warna yang feminin dan tidak terlalu menonjol.

KYLIE COSMETICS POSIE K, BEAUTY BOX URBAN LIPS VICTORIA

2. MERAH
You can’t never go wrong with red. Walapun warnanya agak garang tetapi ia boleh mengubah penampilan anda secara total. Warna ini menunjukkan rasa yakin si pemakai, nampak fierce dan senjata untuk anda yang inginkan perhatian. Anda akan nampak segar dan stand out!

IKLAN

THE BALM MEET MATT(E) HUGHES LOYAL, WARDAH INTENSE MATTE LIPSTICK VIBRANT RED

3. COKLAT
Warna gincu bibir yang satu ini kembali jadi trend apabila Kylie Jenner mengeluarkan warna coklat di jenama kosmetiknya. Kenapa warna coklat ini perlu dimiliki? Coklat tergolong sebagai warna neutral dan masuk dengan kulit wanita Asia. Jangan lupa warna ini sebagai koleksi anda okay!

IKLAN

ANASTASIA BEVERLY HILLS LIQUID LIPSTICK ASHTON, DOSE OF COLORS CHOCOLATE WASTED

4. BERRY
Warna berry mampu memberi statement untuk rias wajah secara keseluruhan dengan begitu mudahnya. Pemilik gincu bibir ini menggambarkan mereka berkarakter dan unik kerana mempunyai warna sedikit merah, ungu, dan fuchsia yang ada di dalamnya.

ELF MATTE LIP COLOR BERRY SORBET, DOSE OF COLORS BERRY ME 2

IKLAN

5. PEACH
Gincu bibir warna peach adalah warna yang sangat ideal kerana ia tidak tergolong sebagai merah muda, tidak terlalu coklat, dan juga tidak terlalu menjolok mata seperti warna oren. Warna ini sangat sesuai digunakan pada semua jenis warna kulit wanita Asia, tidak kira peringkat umur.

EMINA CRÈME DE LA CRÈME LIPSTICK EMILY’S PEACH, WARDAH INTENSE MATTE LIPSTICK PEACH PERFECT

Jadi dari 5 warna yang ada di atas, adakah semuanya terdapat di dalam koleksi gincu bibir anda? Jika belum tidak mengapa, kerana jika mempunyai hanya 2 atau 3 warna lipstik sahaja sudah cukup. Tetapi, sebagai peminat lipstik yang tegar, “the more the merrier” betul tak sis?

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI