Memasuki taman syurga Raudhah memang menjadi impian semua muslim ketika mengerjakan umrah. Nikmatnya memasuki taman itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang memahami perasaan itu. Sebak,terharu. Segala perasaan itu bercampur-baur.
Namun, adakalanya hajat itu tidak kesampaian. Seperti yang dikongsikan oleh pelawak popular iaitu Ajak Shiro, isterinya Afifah Amin begitu sedih sekali apabila tidak dapat memasuki Raudhah kerana didatangi haid.
“Usaha masuk Raudhah dari maghrib hinggalah ke 1 pagi”
Pagi ni Baba nak pergi sembahyang subuh..Sekali nampak Ibu menangis..Rupanya malam tadi dia usaha dapatkan Raudhah..Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi..Tapi xdapat..Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang..Ini kali ke dua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini.Xpe syg..Insyaallah..Raudhah ialah syurga dunia..Awak menangis teresak2 xdapat masuk..Baba doakan Allah berikan Syurga sebenar untuk ibu nanti..Insyaallah.. Ibu pohon rezeki dengan Allah..Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu kesini lagi..Amin..
. @afifahamin . #insyaalah#mywife#pipah#love#insyaalah
Ads
Netizen juga tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat dan positif buat Afifah.
InsyaAllah, walaupun tiada rezeki untuk memasukinya, tapi Tuhan tahu segala yang terbuku di hati itu. Moga urusan Ajak sekeluarga di sana dipermudahkan dan diluaskan rezekinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin, Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Edisi Utara yang berlangsung di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah berjaya mencapai objektif konsert bagi mengumpul dana bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat Palestin!
HIJABISTA difahamkan, dana melebihi RM30,000 itu akan disalurkan kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia khusus buat saudara se-Islam di Palestin yang kini sedang bergolak dan bertarung nyawa menentang kekejaman rejim Zionis demi mempertahankan masjidil Aqsa yang merupakan Qiblat pertama umat Islam itu.
Mengulas lanjut berhubung usaha ini, Ratu Rock negara Ella atau pemilik nama Nor Zila Aminuddin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ilahi, kerana dapat mengadakan konsert amal solidariti ini sebagai usaha menghulurkan bantuan terhadap Palestin.
Jelasnya lagi, sebagai penyanyi ni adalah caranya tersendiri untuk turut sama mengimarahkan isu umat Islam yang ditindas di sana.
Ella berkata, dalam berhibur, para peminat turut dapat menyumbang sesuatu kepada warga Palestin sebagai tanda kita juga mengambil berat terhadap mereka.
“Konsert Jilid Akhir Puteri Kota diteruskan juga meski waktu saudara Palestin sedang berdepan situasi genting kerana, pada pandangan Ella, sebab dari Konsert ini kita dapat mengambil peluang untuk bersama-sama membantu Palestin.
“Kalau tidak apa cara lagi yang kita boleh? Jadi dari perspektif Ella sebagai penyanyi. Konsert ni memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk memberi kesedaran untuk membantu saudara Islam di Palestin.
“Jadi ini masanya, bila lagi kita nak bersama dalam 14,000 hingga 15,000 orang tu, ini masanya! Dan melalui konsert ini juga, kita telah berjaya mengutip sumbangan lebih daripada RM 30,000 sewaktu Konsert berlangsung,” kata Ella ketika ditemui team HIJABISTA.
Melalui konsert berdurasi tiga jam itu, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock ini mendedikasikan segmen khas untuk konflik yang mendapat perhatian dunia itu.
Selain menzahirkan kesedihan atas apa yang berlaku dan mengibarkan bendera Palestin sebagai pembuka tirai persembahan.
Penyanyi bersuara serak basah itu turut mendendangkan dua lagu berjudul Kasih dan Penawar, sambil visual mengenai kemusnahan berlaku di Tebing Gaza ditayangkan di layar gergasi disediakan.
Sebagai pelengkap, bacaan doa memohon agar rakyat Palestin terus dilindungi, diikuti laungan takbir disempurnakan suami Ella iaitu Azhar Ghazali.
Sekadar info, usai melaksanakan konsert, keesokan harinya Ella turut melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah warga emas Darul Hannan di Pulau Pinang untuk menyantuni dan menghiburkan komuniti orang tua disana.
Rock Queen turut memberi sumbangan berbentuk hiasan landscape bagi menceriakan lagi suasana Rumah Warga Emas Darul Hannan dan menaja makanan minum petang serta makan malam sebanyak 150 pax bagi penghuni dan staf penyeliaan rumah berkenaan.
Menurut Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr. Linda Mat Hassin dan Ella, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Komples berkenaan.
Untuk rekod, Dr. Linda dan Ella sememangnya anak kelahiran Pulau Pinang. Meski tidak memperoleh peluang dan kesempatan untuk membesar di Pulau Pinang. Mereka kini tetap kembali ke negeri tanah tumpah darah mereka itu dan menabur bakti selayaknya.
Mendapat zuriat sudah tentu menjadi anugerah yang besar buat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Tidak ada satu pun yang enggan mempunyai anak kecil yang akan berlari di rumah.
Banyak persoalan yang diajukan kepada pelakon serta pengacara, Zulin Aziz, apabila ramai yang tertanya-tanya mengenai soal anak. Lantas Zulin memberikan satu penjelasan untuk semua yang ingin tahu.
Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz memuat naik satu video di TikTok yang menjelaskan tentang zuriat. Ramai yang masih menantikan pengacara tersebut memaklumkan tentang hal itu buat sekian lama.
Dia sedang bercuti di korea Selatan bersama suaminya, Farhan Norzaini, mengambil keputusan untuk menjawab pertanyaan yang sering diasak oleh orang ramai. Video kemesraan pasangan itu merupakan kompilasinya bersama suami ketika berbulan madu di sana.
“10 bulan usia perkahwinan kami. Asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak? Kami pun macam pasangan lain, pastinya inginkan zuriat. Kami tak pernah berhenti berusaha.” katanya melalui video itu.
“Mohon doakan yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan? Sebab itu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.” ujarnya lagi.
Tidak melepaskan peluang, Zulin juga meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua. Pasangan itu akan sentiasa bersabar sehingga tiba saatnya nanti untuk menimang cahaya mata.
Sumber: TikTok @zulinaziz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bulan penuh kemuliaan yang dinantikan oleh semua umat islam. Walaupun ada yang berduka tidak menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah Haji janganlah berduka kerana perancangan Allah lebih baik dari kita.
Namun kita juga dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan sama seperti mereka yang mengerjakan Haji ganjaran dan manfaatnya sudah tentu berganda. Antaranya puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah.
Dan masanya bermula pada satu haribulan Zulhijjah sehingga sembilan haribulan Zulhijjah dan puasa pada sembilan Zulhijjah ini ialah puasa arafah. Puasa Zulhijjah ini ganjarannya seperti berpuasa selama setahun.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda:
Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.”
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Dan adapun puasa sunat arafah ertinya berpuasa pada 9 haribulan Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji yang mana ganjarannya adalah dihapuskan dari orang yang berpuasa akan segala kesalahannya selama dua tahun yaitu setahun yang sebelumnya dan setahun yang selepasnya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda:
Puasa hari arafah sangat berharap aku atas Allah bahawa menghapuskan kesalahan setahun yang sebelumnya dan setahun lagi yang selepasnya.”
(Hadith riwayat Tirmizi)Arafah juga merupakan tempat di mana Adam dan Hawa berjumpa di bumi setelah turun dari syurga. Para jemaah akan membaca Talbiyah dan doa ini berulang-ulang:
Ya Allah, ampunilah dan hapuskanlah dosa-dosa kami, dan kami meninggalkan dunia bersama orang-orang yang benar, untuk dosa-dosa yang tak terampuni kecuali oleh-Mu, Engkau-lah Maha Pengampun
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridai Islam sebagai agamamu. (Quran 5:3)
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintai oleh-Nya daripada hari sepuluh hari tersebut.“ (Tirmidzi)
1. Para jemaah akan menggabungkan solat Zohor dan Asar, serta menghabiskan waktu untuk berdoa seharian.
2. Para jemaah akan menghadap kiblat dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka sehingga matahari terbenam. Ini adalah salah satu hal penting dalalm ibadah haji.
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi]
Hari Arafah adalah kemuncak dari sepuluh hari pertama Zulhijjah di mana jutaan umat Muslim berkumpul untuk memohon pengampunan. Ada banyak cara untuk memohon pengampunan. Kita boleh melakukannya setiap kali selesai solat, kita boleh solat pada waktu malam, dan juga melakukan solat sunah seperti Tahajjud dan solat taubat. Hal yang perlu dilakukan hanyalah menyenaraikan semua hal yang ingin kita doakan kepada Allah untuk di dunia mahupun di akhirat.
Pentingnya berdoa di Hari Arafah juga disebutkan dalam hadis ini:
Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” (Muslim)
Membaca Allahu akbar, SubhanAllah and Alhamdulillah pada hari ini akan membuat kita dilimpahi berkah. Zikir adalah salah satu bentuk penyucian diri dan kita perlu membersihkan hati setiap hari, terutama dilakukan pada hari pengampunan. Mari kita manfaatkan kesempatan ini untuk memupuk amalan baik tersebut dalam kehidupan seharian. Semoga kita dapat benar-benar memanfaatkan bulan Zulhijjah ini untuk mengingat Allah, bersyukur, serta terus beramal dan melakukan perbuatan baik dalam kehidupan seharian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.