15 Hari Bertarung NYAWA, Bayinya DiJemput Jadi Anak SYURGA. Wanita Ini Akur Tarik Bantuan Pernafasan Lepas JANTUNG Terhenti

Share

Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling agung. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata buat penyeri rumah tangga. Kalau boleh mahu lihat dia membesar cukup sempurna dengan penuh kasih sayang. Tetapi bagaimana pula yang hanya diberi tempoh singkat untuk bergelar ibu. Bagi Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32 tahun hanya berpeluang menjadi ibu selama 15 hari sebelum bayi ketiganya yang diberi nama Aisya Hanani Mohd Hannan meninggal dunia.

Malah dia turut berpengalaman melihat detik terakhir nyawa anaknya sebelum menarik keluar tiub pernafasan. Walaupun kejadian ini berlaku sekitar Jun

lalu, tetapi kita sebagai wanita yang bergelar ibu dapat merasai kesedihan atas kehilangan anak tersayang.

Ikuti perkongsiannya yang menurut laporan di Harian Metro, anaknya itu dilahirkan lebih awal pada usia kandungan 26 bulan dengan berat hanya 880gm. Namun setelah 12 hari dilahirkan, Aisya mengalami gangguan pernafasan sehingga terpaksa dimasukkan tiub pernafasan sehinggalah nafas terakhir.

Wanita ini cukup redha dengan pemergian anaknya itu walaupun belum puas untuk membelainya. Dan dia juga sempat merasai pengalaman memberi susu ibu selama 7 hari yang diminum melalui tiub.

LAHIR TAK CUKUP BULAN

Menurut ibunya, Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32, berkata, bayinya dimasukkan ke NICU sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram. 

Bagaimanapun, ketika berusia 12 hari, Aisya mengalami gangguan pernafasan (Apnea) secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum Aisya menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…

“Sejak anak dirawat di HUSM, saya akan datang melawatnya setiap hari untuk melakukan pelukan “Kangaroo mother care” sekurang-kurangnya satu jam setiap hari kerana percaya pelukan itu mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan. Namun pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal. 

“Setiap kali menatap wajahnya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu,” katanya. 

BERSERAH PADA ALLAH

Biarpun doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hatinya bahawa semuanya akan kembali pulih. 

“Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kalhirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah. 

“Saya hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada Aisya yang diminum menggunakan tiub,” katanya. 

Kali terakhir Shahidatul melihat anaknya itu pada jam 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu. Kira-kira jam 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang memaklumkan anaknya berada dalam keadaan tenat. 

HENTIKAN BANTUAN PERNAFASAN

Shahidatul berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suaminya, Dr Hanna Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof, untuk segera datang ke hospital. 

“Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya. 

“Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti. Allahuakbar. 

“Saya redha dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

KREDIT FOTO: INSTAGRAM BABY_AISYA

IKLAN