Setiap kali keluar rumah, pasti anda akan mengenakan solekan pada wajah agar wajah tampak lebih berseri dan bermaya. Antara perkara yang penting sebelum mula bersolek adalah memakai makeup base. Makeup base berfungsi sebagai penutup pori wajah dan buat wajah tampak mulus. Malah, solekan juga akan kekal lebih lama.

Anda tentu bingung dan keliru untuk memilih makeup base yang sesuai dengan kulit wajah anda kan? Kini anda tidak perlu runsing untuk memilih makeup base yang sesuai kerana wanita bernama Azreena Azmi ini telah berkongsi 13 jenis makeup base dengan fungsi yang berbeza mengikut keperluan kulit masing-masing. Semua ini boleh didapati di drug stores berhampiran anda.

Fungsi Makeup Base

Kali ni makeup base pula. Mostly makeup base yang jual kat Watsons or any drug stores semuanya ada fungsi yang sama iaitu tutup pores dan bagi nampak halus. Susah nak cari yang boleh bagi mekap lasting, ada satu dua produk ja. Tapi jangan risau, ampa boleh pakai 2 jenis makeup base kat muka.

Semua ena letak standard 16 jam. Sebab memang semua produk depa letak ‘setengah hari’ tahan. Ada yang kurang daripada itu bergantung pada kulit masing-masing.

First, pakai yang bagi lasting. Second, makeup base yang boleh tutup pores, sapu kat kawasan yang big pores ja.

Kalau untuk kulit kering ada satu dua produk jugak. Sebab kat drug stores tak dak juai yang oil-based. Sebab oil-based ni sesuai untuk dry skin. Macam argan oil or any oil. Actually bio-oil pon boleh buat makeup base. Haaaaa. Tapi untuk kulit kering je la. Yang berminyak tu jangan gatai pi pakai. Nanti lagi nampak berminyak, boleh goreng teloq. Hahahaha

Kalau pores terlalu besaq macam iols memang tak boleh buat apa nak bagi nampak licin. I’m so sorry. Memang akan nampak.

Makeup base ni hampa nak pakai dia saja pon boleh, nak pakai before pondesen pon boleh. Ikut la mana satu hampa mau. Janji hampa hepy. Muahahaha.

So macam biasa harga yang display semuanya NORMAL PRICE kat WATSONS.

1. Pure Beauty Pink So Blur Cream SPF15

Foto: Facebook Azreena Azmi

Mesti ramai tertanya-tanya fungsi blur cream ni. Hahaha. Ni pakai last sekali lepas sunblock ataupun step pertama sebelum apply makeup. Boleh dijadikan makeup base atau pakai dia saja. Fungsi dia untuk tutup pores dan bagi effect muka nampak sihat dan bermaya dan berseri.

Ni fav ena, dah 4 botoi pakai rasanya.
Ena pakai yang ni sahaja, lepas tu apply baby powder ja. Dia bagi effect glowing, muka nampak pinkish sebab warna cream dia pink lembut. Tapi tak berminyak pun, sesuai untuk depa yang keja bawah aircond. Sebab yang ni bagi kulit lembab.

Untuk oily skin boleh nak pakai, tapi tak tahan lama. After apply yang ni better pakai loose powder untuk tahan lebih lama.

Texture: light cream (tak heavy)
Tahap lasting: 6 jam (bila lebih dari tu kulit ena mula keluaq minyak 😂)
Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin
Tak clogged pores
Dalam masa yang sama boleh merawat kulit untuk tona lebih sekata.
Sesuai untuk mereka yang nak kulit ala-ala kpop walaupun muka tak berapa kpop. Hurmm boleh la tuuu.

ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS)

Harga: RM52.90

2. Luna Pro-Lighting Base SPF30

Foto: Facebook Azreena Azmi

Haaa yang ni untuk sapa yang suka muka nampak merelit papp papp. Berkilat bagaikan batu permata kat cincin.

Iols suka yang macam ni. Nak buat makeup nampak glowing mowing.

Bukan untuk tutup pores. Dia lebih kepada lembabkan kulit. Kalau ada pro makeup kat sini boleh perasan texture dia macam becca backlight priming filter. Cepat absorb. Cepat kering bila apply.

Texture: liquid
Boleh clogged pores sbbkan dia punya shimmer, so kena buat deep cleansing
Tahap lasting: 16 jam
Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin

ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS)

Harga: RM89.00

3. Revlon Photoready Pore Reducing

Foto: Facebook Azreena Azmi

Yang ni pun ena pakai bila nak buat heavy makeup, or nak attend any function. Sebab ena ada big pores and kulit shining-shining. So, sesuai untuk mereka yang nak makeup nampak matte (kering, no kilat-kilat) . Boleh cover pores. Boleh buat makeup tahan juga. Setakat ni pakai memang puas hati 😇

Texture: liquid balm (ala macam balm gamat tu, ha macam tu la texture dia cuma dia cayaq sikit 😅)
Tahap lasting: 16hours (lama-lama pakai mekap buat apa? Bagi jerawat berkampung kat muka ada la)
Boleh clogged pores. So kena buat deep cleanse.
Sesuai untuk normal to oily skin.

Harga: RM69.90

4. Revlon Photoready Brightening

Foto: Facebook Azreena Azmi

Sesuai untuk mereka yang suka effect cerah. Sebab lepas pakai muka nampak instant cerah (berseri) buat kulit nampak smooth. Boleh cover pores. Kesemua makeup base brand Revlon ni ada fungsi yang sama.

Texture: light balm
Tahap lasting: 16hours
Boleh clogged pores.
Sesuai untuk all skin types

Harga: RM69.90

5. Revlon Colorstay UV Primer SPF40

Foto: Facebook Azreena Azmi

Untuk yang suka makeup light-light, sebab dia ringan. Ada SPF40. Makeup lasting 24 hours tapi dia tak boleh tutup pores. Heee.

Texture: liquid
Tahap lasting: 24jam kau hadooo??
Tak clogged pores. Tapi pakai lama-lama boleh clogged
Sesuai untuk all skin types

Harga: RM69.90

6. Maybelline Baby Skin Pore Eraser

Foto: Facebook Azreena Azmi

Ni ramai orang tau kan. Femes jugak kat luaq negara. Dia tak kering. Boleh cover pores. Buat kulit nampak halus mulus bak kulit bayi. Breathable (kulit masih boleh bernafas), shine-free (tak bagi muka nampak berkilat) and dia ada cherry extracts yang bagus untuk antioxidants (perlindungan dari pencemaran udara)

Texture: liquid balm (light, weightless)
Tahap lasting: 16jam
Tak clogged pores. Sama jugak kalau pakai lama-lama boleh clogged. Muahahahahaha.
Sesuai untuk all skin types

Harga: RM29.90

7. Maybelline Dream One Day Perfect SPF18

Foto: Facebook Azreena Azmi

Ni produk baru keluaq ja tahun lepas. Hehehe. Dia serap minyak dgn baik. Boleh cover pores. Tak mengeringkan kulit dan tak membuat makeup nampak cakey. So sesuai la untuk all skin types.

Texture: liquid
Tahap lasting: lama jugak la, dalam 16 jam jugak la. Standard la bro. Hahahaha
Sesuai untuk semua jenis kulit tambah-tambah kulit yang berminyak

Harga: RM52.90

8. L’oréal Paris Base Magique

Foto: Facebook Azreena Azmi

Macam biasa, buatkan kulit nampak halus mulus dan cover pores.

Texture: balm
Tahap lasting: 16hours
Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM63.90

9. L’oréal True Match Blur Cream

Foto: Facebook Azreena Azmi

Yang ni sama ja fungsi dia macam mak dia (base magique) cuma yang ni texture dia lebih pekat sikit. Dia sama macam Benefit Porefessional. Hehehehehehehe. Macam biasa, cover pores dan buat kulit nampak halus mulus.

Tahap lasting: 16hours
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya oily skin.
Boleh clogged pores.

Harga: RM49.90

10. L’oréal Lucent Magique Pure Light Primer

Foto: Facebook Azreena Azmi

Yang ni bukan untuk cover pores. Dia lebih kepada makeup nampak glowing. Sebab dia ada sedikit shimmer. Dia punya tahap kelembapan berpanjangan sampai malam. So sesuai untuk dry skin.

Texture: liquid
Tahap lasting: 16 hours

Harga: RM63.90

11. Kate Tokyo Makeup Lock Primer

Foto: Facebook Azreena Azmi

Iols berkenan pulak yang ni. Sebab dia ada banyak fungsi dalam satu tube kecil ni. Boleh control oil, cover pores, siap boleh serap lebihan minyak kat muka. Patut ramai orang beli. Huhuhu. Boleh instant bright lagi. Bagi kulit nampak cerah berseri.

Texture: cream (oil-free)
Tahap lasting: 24 jam 😎
Sesuai untuk all skin types terutamanya oily skin
Tak clogged pores.

Harga: RM39.90

12. Kate Tokyo Secret Skin CC Base Zero SPF30

Foto: Facebook Azreena Azmi

Ni produk baru je, siap ada cc lagi (color corrector, sesuai untuk pale skin, muka yang pucat lesu tak bermaya) instant brightening effect. Boleh improve skin complexion. Yang ni dia pink base. Macam biasa boleh cover pores jugak, kurang berminyak.

Texture: cream (non-oily)
Tahap lasting: 16jam
Sesuai untuk all skin types
Tak clogged pores

Harga: RM47.00

13. Peripera Blur Pang!

Foto: Facebook Azreena Azmi

Yang ni ketiga-tiganya ada fungsi yang sama iaitu boleh mencerahkan kulit. Glowing mowing. Ni antara best selling dalam watsons sebab chinese suka beli. Kulit depa cerah gebu elok la pakai hat ni. Nak kulit ala-ala kpop la katakan boleh la cuba yang ni. Different dia yang peach tu ada SPF30 dan bau peach. Milk pula ada skin care effect, which is boleh mencerahkan kulit. Banana pula ada bau pishangggg.

Texture: light cream (oily sikit je, sbb dia tak bagi kering kulit)
Tahap lasting: 10 hours
Sesuai duduk bawah aircond sebab dia tak kering
Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin.

Harga: RM49.59 (satu, bukan tiga-tiga tu tau)

Sumber: Facebook Azreena Azmi

Tinggalkan Komen