Bijak melaram dan tak pernah kalah dalam bergaya! Ini membuktikan, bertudung tak semestinya tak boleh bergaya. Asalkan tidak keterlaluan. Malah, seseorang itu akan kelihatan ekstra cantik dengan gaya fesyen sopan dan berhijab.
Hijabista membariskan 10 selebriti pilihan paling stylish 2024. Gaya dan personaliti mereka sering dijadikan inspirasi.
Cukup terserlah sikap ringan tulang adik bongsu kepada Muabellaz ni. Sejak tamat pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) tahun lalu, adik bongsu Muabellaz dilihat banyak membantu kakak kesayangannya itu terutama dalam urusan bisnes.
Sekilas pandang nampak macam sebaya je dua beradik ni. Macam kembar pun ada, kan? Sama-sama cantik dan fotogenik!
Apa yang penting terserlah keakraban hubungan kakak dan adik ini. Begitulah, air dincincang tak akan putus.
Makeup artist, pempengaruh dan usahawan terkenal Muabellaz baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya.
Dalam hantaran itu, kelihatan Muabellaz dan adik bongsu kesayangannya Azila bergambar di tepi pantai selepas keluar makan bersama.
Walaupun ketika itu angin bertiup kencang namun aksi mereka di depan kamera tetap kelihatan tenang dan mesra.
“P makan Nuri tadi… lajak p ambik gambaq dekat tepi pantai.. Amboii anginn kuat smpai tudung bellaz lari laa.. Hat tudung Adik bellaz mantain lagi awning dia.”
Muabellaz juga bertuah kerana adik bongsunya, Azila yang kini berusia 22 tahun seorang yang ringan tulang dan ceria.
Azila yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Pejabat, banyak membantu Muabellaz dalam urusan bisnes termasuklah ketika sesi ‘live’ di TikTok.
“Ni lah Azila adik bellaz hat bongsu sekali… habis belajaq dah lani duk tolong kak dia laa banyak.. kelai hari2 laa kata.. hat bellaz duk panggil dalam livee dia ni laaa.”
Kedua-duanya nampak manis menyarungkan baju daripada jenama terkenal Leeyanarahman. Rona pastel menyerlahkan lagi keayuan Muabellaz dan Azila yang sememangnya cantik semula jadi.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji keakraban dan kecantikan kakak dan adik ini.
“Adik beradik memang cantik”
“Segak aihh 2 beradik..”
“Cantik dua2.. Tapi adik lagi menyerlah”
“Mata dia macam Siti Nurhaliza.. hehehe..”
Semoga keakraban Muabellaz dan adiknya, Azila kekal utuh selamanya. Seterusnya berjaya dalam karier masing-masing.
Untuk info, Muabellaz merupakan jurusolek profesional yang berasal dari Kedah.
Meraih jutaan pengikut di media sosial dek kerana bakat solekannya yang luar biasa serta sukses dalam bisnes kosmetik telah meletakkan Muabellaz kini salah seorang wanita inspirasi di Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat pertama kalinya NASA telah mencipta tudung khas untuk angkasawan Nora Al Matrooshi setelah beliau lulus program latihan NASA baru-baru ini.
Nora Al Matrooshi mencuri perhatian orang ramai kerana menjadi wanita Arab pertama yang lulus program Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat atau NASA.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, NASA membangunkan strategi untuk menutup rambutnya sambil memakai sut angkasa dan topi keledar ikonik dikenali sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular atau EMU.
“Sebaik sahaja memasuki EMU, anda akan memakai topi (dilengkapi mikrofon dan pembesar suara) yang menutupi rambut,” kata Nora Al Matrooshi kepada AFP seperti yang dilaporkan oleh France24.
Cabaran datang apabila Nora Al Matrooshi menanggalkan tudung yang biasa dipakainya, sebelum memakai topi keledar khas. Ini lebih rumit kerana hanya bahan khas boleh digunakan dalam EMU.
“Jurutera pakaian menjahit tudung sementara supaya saya boleh memakainya, masuk ke dalam pakaian angkasa dan kemudian memakai topi komunikasi. Kemudian menanggalkannya dan rambut saya akan ditutup. Saya benar-benar hargai,” kata Nora.
Nora Al Matrooshi bersedia untuk melangkah ke angkasa lepas bersama rakan-rakan angkasawannya, memakai pakaian yang direka khas oleh NASA.
NASA merancang untuk menghantar Nora ke bulan pada 2026 untuk misi Artemis 3.
Untuk info, Nora Al Matrooshi merupakan seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak. Beliau menjadi inspirasi kepada para wanita khususnya yang berhijab untuk terus mencapai impian mereka.
“Bergelar seorang Muslim menyedarkan saya tentang sumbangan nenek moyang saya, para ulama dan saintis Islam sebelum saya yang mengkaji bintang. Saya menjadi seorang angkasawan hanya untuk membina legasi yang mereka mulakan beribu-ribu tahun dulu,” kata Nora.
Selepas dua tahun bekerja keras termasuk berlatih berjalan di angkasa lepas, Nora Al Matrooshi bersama rakan sekerjanya dari Emirat, Mohammad AlMulla dan 10 orang yang lain dalam kelas latihan, telah melayakkan diri sebagai angkasawan.
Kumpulan itu yang dikenali sebagai “The Flies” kini layak untuk misi NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), pelancaran Artemis ke bulan. Jika semuanya berjalan lancar, mereka juga boleh terbang ke Marikh.
“Saya mahu manusia kembali ke bulan dan pergi lebih jauh. Saya mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan itu,” kata Nora.
Nora Al Matrooshi memuat naik pelbagai aktivitinya sebagai angkasawan menerusi Instagram peribadinya. Beliau juga aktif dalam misi kemanusiaan terutamanya bersuara dalam mempertahankan Palestin.
Setiap insan di dunia ini pasti mendambakan kebahagiaan dan mahukan kehidupan yang tenang, aman dan sentosa. Namun, kadangkala disaat leka mengatur kehidupan, barulah kita sedar bahawa kebahagiaan itu adakalanya sukar untuk dikecapi.
Sehubungan itu, baru-baru ini penyanyi, pengacara dan usahawan jelita, Nana Mahazan telah membuat satu perkongsian dari bapanya tentang tiga cara untuk mengenggam kebahagiaan yang masih dijadikan pedoman dalam kehidupan Nana sehingga kini.
Perkara berkenaan dikongsikan Nana menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam video berkenaan Nana menjelaskan jika mahu mengecapi bahagia harus patuh kepada tiga peraturan kehidupan yang diamalkan oleh bapanya, Mahazan.
Jelasnya lagi, jika setiap individu memahami dan mampu melaksanakan tiga pedoman yang digariskan oleh bapanya ini pasti mereka dapat menjalani kehidupannya dengan tenang dan mudah.
“Ini adalah pedoman saya yang saya selalu pegang. Bapa saya selalu ingatkan saya 3 Rules in Life ni. Kalau tiga perkara ni kita tahu, kita akan lebih tenang, senang dan Insha Allah kita akan menang.
“Yang pertama, apa yang bapa saya pesan kita kena faham manusia adalah berbeza-beza. Cara pembesarannya, environment, cara kefahaman, tahap pembelajarannya berbeza.
“Bila kita faham perkara itu, kita tidak akan stress. Kita tak perlu persoalkan kenapa perlu macam tu. Kita selalu fikir orang kena sama dengan kita tapi percayalah, manusia berbeza-beza,” katanya dalam perkongsian video berkenaan.
Selain itu, bapa Nana turut berpesan supaya tidak meletakkan sebarang pengharapan kepada orang sekeliling, kerana tindakkan ini hanya akan mengundang rasa kecewa sekiranya orang sekeliling gagal memenuhi harapan dan kehendak seperti apa yang kita impikan.
“Rules yang kedua, jangan expect anything from sesiapa. Maksudnya kita kenalah buka hati dan minda kita, bersikap terbuka menerima apa yang berlaku.
“Kita punya pengharapan hanyalah kepada Allah yang satu tu betul. Tapi bila kita letak banyak pengharapan pada orang tapi orang tak deliver macam mana yang kita mahu, kita akan lebih mudah kecewa.
“So, konsep dia adalah kita kena selalulah berlapang dada, berfikiran baik, berfikiran terbuka, Insha Allah, kita akan lebih tenang, senang dan menang,” ujar Nana.
Mengulas perkara sama, Nana turur mengambil kesempatan mengingatkan peminatnya dan juga wargamaya supaya tidak mudah membandingkan kelebihan diri dengan keupayaan orang lain. Tegasnya perkara ini hanya merundumkan keyakinan diri dan memberikan ketidakselesaan dalam menangi sesetengah perkara atau masalah.
“Point yang ketiga, jangan biarkan orang lain dictate apa yang kita rasa. Jangan biarkan orang lain tukar mood kita. Jangan biarkan orang lain pengaruhi apa yang kita rasa.
“Maksudnya kita jangan mudah memberikan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Contoh even yang simple kat di media sosial kita rasa macam kita kecil bila tengok perkongsian orang lain. Kita menjadi orang yang live with people validation.
Tambahnya, ketiga-tiga perkara ini jika difahami dan diteliti dengan mendalam cara perlaksanaanya, pasti seseorang itu mampu peroleh kebahagiaan di dunia dan meneruskan kehidupan dengan hati yang tenteram dan berlapang dada.
“Kalau you guys betul-betul faham, Insha Allah kita akan lebih tenang, senang dan menang (bahagia),” jelasnya.
Memang mudah sebenarnya untuk mengecapi kebahagiaan jika kita tidak terlalu memikirkan perkara-perkara berunsur negatif. Selain, amalkan pedoman bapa Nana ni, kita juga hendaklah meminta kepada pemberi ‘bahagia’ agar melimpahi kehidupan kita dengan ketenangan dan rasa syukur terhadap semua nikmat yang telah diberikan.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!