Busana yang diinspirasikan daripada potongan kebaya Kota Bharu, Kelantan ini dianggarkan bernilai RM134,950. Wow!
Busana yang direka khas untuk usahawan yang juga pengasas Bawal Exclusive, Hajjah Haliza Maysuri bersempena majlis ulangtahun kelahirannya yang ke-47 baru-baru ini meraih perhatian ramai.
Busana bertemakan ‘Kebaya’ dan diinspirasikan daripada potongan kebaya Kota Bharu, Kelantan ini turut mendapat sentuhan khas daripada pelapis pereka rumah fesyen, Faizul Surani yang mewarisi jenama RI Couture.
11 Info Menarik Tentang Busana Haliza Maysuri: –
• Direka khas oleh Rumah Fesyen RI HAUTE COUTURE.
• Palet warna yang dipilih adalah dari palet rona ashblue dan perincian sulaman, batuan kristal dari palet warna emas dan zamrud.
• Mengambil masa selama dua bulan pembuatannya termasuklah perancangan, perbincangan serta pemilihan fabrik dan batu swarovski yang dibawa khas dari Austria.
• Menggunakan fabrik yang dibawa khas dari Eropah terdiri daripada fabrik antique lamer dan satin silk.
• Menggunakan fabrik lebih daripada tujuh meter untuk setiap jenis fabrik.
• Direka khas menggunakan teknik drapping. Perincian maniknya pula menggunakan taburan pelbagai jenis batu kristal swarovski yang dibawa khas dari Austria.
• Menggunakan lebih dari tiga jenis teknik sulaman yang terdiri daripada tambour embroidery, fixed iron dan teknik khas sulaman tangan.
• Jumlah batuan kristal swarovski yang digunakan ialah sebanyak 15 jenis batuan yang berbeza bentuk dan saiz.
• Jumlah batu dan manik swarovski yang digunakan ialah sebanyak 36 ribu bji batuan kristal swarovski. Ia dijahit menggunakan teknik manual.
• Taburan batuan kristal swarovski dijahit mengikut corak yang diinspirasikan menggunakan teknik lukisan tangan dan mengikut corak dari ukiran kayu rumah Melayu lama.
• Anggaran nilai busana ini lebih dari RM50,000. Jumlah harga untuk batuan swarovski bernilai RM84,950 menjadikan jumlah keseluruhan nilai busana ini ialah RM134,950.
Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita tinggal tahun 2017. Pastinya tahun ini memberikan 1001 kenangan serta kejayaan yang kecapi. Dan pastinya kehadiran 2018 memang ditunggu-tunggu untuk meneruskan kecemerlangan bagi sesetengah orang. Tahun ini juga menyaksikan beberapa selebriti berhijab yang turut menempa kejayaan dan menjadi perhatian netizen. HIJABISTA senaraikan selebriti atau personaliti berhijab yang memang paling trending dan menjadi carian tertinggi di laman web. Antaranya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa yang kita tahu memang cukup berjaya tahun ini.
Tahun 2017 memberikan momen paling bererti buat Siti Nurhaliza. Mengumumkan dirinya hamil anak sulung dan itu merupakan berita paling ditunggu-tunggu peminatnya. Bakal melahirkan anak sulungnya tahun depan setelah hampir 11 tahun menunggu. Siti juga turut tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia dan baru-baru ini dia juga turut menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bukan sahaja popular dengan kontroversi demi kontroversi, tetapi Neelofa juga menjadi antara selebriti berhijab paling popular. Pelbagai kejayaan diraih tahun ini dan salah satu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 serta hujung tahun paling manis apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerangan AirAsia. Usahawan dan pengacara Meletop ini juga turut mengembangkan sayap dalam perniagaan dengan membuat beberapa rekaan terbaru hijab buat peminatnya.
Menjadi antara selebriti berhijab yang popular dan paling trending tahun ini. Bukan sahaja di negaranya Indonesia, tetapi juga Malaysia. Bella yang berkahwin dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran ini diminati peminatnya di sini dan tidak hairanlah followernya kini telah mencecah 20.1 juta. Berulang alik dari sini ke Jakarta dan dalam masa sama dia juga baru-baru dilantik jadi juri jemputan dalam rancangan Ceria i-Star 2017 serta turut membuka kedai bakery di sana. Hubungan baiknya dengan Erra Fazira dan anaknya Aleesya mendapat pujian netizen.
Walaupun bukan dalam bidang seni, tetapi populariti founder FashionValet dan dUCk Scarves ini setanding selebriti popular. Bayangkan apa sahaja yang dijual akan cepat ‘sold out’ dan ramai sanggup beratur untuk mendapatkan hijab keluaran dUCk Scarves yang limited edition. Walaupun harganya mencecah ratusan ringgit tetapi peminat hijab ini tidak lepaskan peluang memilikinya. Hebat sekali penangan Vivy Yusof malah turut ada program sendiri di Astro, Love Vivy yang masuk musim kedua.
Menjadi antara selebriti berhijab yang juga popular sepanjang tahun ini. Elfira yang selamat melangsungkan pertunangan dengan jejak pujaan hatinya, Suffian Suhaimi dijangka akan menamatkan zaman solonya tahun depan. Baru-baru ini namanya kembali menjadi bualan netizen setelah menghabiskan RM10 ribu dalam masa sejam membeli barangan mekap di butik di luar negara.
Memanglah usianya masih kecil, baru 12 tahun. Tetapi populariti anak kedua pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini juga sering menjadi perhatian netizen. Ini kerana kecantikan dan kejelitaaan wajah Marissa yang memang sangat manis biarpun dalam hijab labuh serta jubah yang digayakannya. Dia memang mewarisi kecantikan ibunya, Abby Abadi. Malah Abby juga rajin mengusik anak daranya ini dengan memuat turun video Marissa di laman sosialnya. Marissa juga sedang belajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan.
Namanya mula jadi sebutan sejak kisahnya jadi viral di mana suaminya kini menyambut hari jadi dengan kereta mewah. Syafiqah Aina seorang influencer dan instafamous yang turut popular di kalangan netizen. Mempunyai follower hampir mencecah lebih setengah juta dan baru-baru ini Syafiqah Aina selamat di ijab kabulkan bersama suaminya. Perkahwinannya turut jadi bualan kerana mendapat tajaan kereta mewah.
Sama seperti Datuk Siti, Mawar isteri kesayangan Fizo Omar juga antara selebriti berhijab yang mencuri tumpuan tahun ini. Bukan kerana video viral berebut tudung tetapi dia disahkan hamil setelah menjalani rawatan kesuburan dengan Doktor Hamid Arshat. Pastinya ia berita menggembirakan kerana Mawar dan suaminya Fizo sudah empat tahun berkahwin dan memang menanti kehadiran zuriat.
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini juga jadi bualan hangat di kalangan netizen. Populariti bukan disebabkan dia anak kepada TPM, tetapi perkahwinannya bersama suaminya sekarang, Datuk Saiful Nizam. Mereka bernikah di kota Mekah Syawal lalu dan istimewanya dia turut berkongsi kasih dengan isteri pertama. Nurul sangat positif dan menjalani kehidupan bermadu dengan penuh kasih sayang. Malah hubungan kedua-dua buah keluarga juga cukup erat dan begitu bahagia sekali. Boleh dilihat kebahagiaan dan kemesraan mereka di laman sosial masing-masing.
Nama Aishah kembali menjadi viral setelah menjuarai program realiti Gegar Vaganza 4. Ternyata kehebatan Aishah dalam bidang nyanyian tiada tandingan. Walaupun namanya sebelum ini seperti dilupakan, tetapi kemunculannya di pentas GV 4 ini membuka mata ramai pihak. Malah ramai netizen menggelarnya ‘The Living Legend’. Aishah menerima hadiah wang tunai RM100 ribu serta barangan lain setelah memenangi pertandingan itu. Walaupun niatnya hanya untuk menyanyi dengan menyertai program berkenaan tetapi akhirnya usaha beliau berbaloi.
Sebaik melahirkan anak, Hanis Zalikha lebih senang menjadi suri rumah menguruskan keperluan si kecilnya. Namun kemunculannya di program Meletop malam Selasa lalu walaupun sekejap bagi menggantikan Neelofa membuatkan namanya kembali tular. Hanis dikatakan membuat persediaan lengkap sebelum muncul di kaca TV bersama Nabil. Ramai sebenarnya yang rindukan hosting Hanis Zalikha dan harapnya akan terus bergerak aktif dalam pengacaraan.
Walaupun dia bukan artis, tetapi usahawan kosmetik ini memang cukup trending tahun ini. Gara-gara masalah rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun yang akhirnya membawa kepada perceraian. Apa sahaja yang dilakukan mendapat kecaman netizen dan tidak kurang ada yang bersimpati. Sepanjang kesnya berlangsung, carian tentang dirinya agak tinggi di laman web kerana ramai yang mahu tahu siapa dia sebenarnya.
Selebriti berhijab ini juga antara yang menjadi perhatian netizen. Sama ada melalui video panasnya ataupun setiap kali dia memberikan pendapat di laman IGnya sendiri. Tidak tahu apa motif pelakon cantik ini tetapi diharap Fathia akan kekal istiqomah berhijab walaupun ada antara rakan selebriti lain yang menanggalkan tudung tatkala dihimpit pelbagai kontroversi.
Si cantik manis ini memang sering jadi pilihan peminatnya yang suka melihat lakonan mantap di kaca TV. Tetapi bakat Mira bukan sahaja di bidang lakonan tetapi juga pengacaraan. Baru-baru ini Mira turut dilantik menjadi host terbaru rancangan Nona di TV3 menggantikan pengacara sedia ada. Tak sabar untuk menonton hosting Mira kerana dia bukan sahaja bijak, cantik dan sangat berbakat. Maklumlah bukan calang-calang orang dapat menjadi pengacara rancangan yang sudah laman disiarkan di TV3.
Isteri kesayangan Sam ini juga turut terkena tempias dek kerana melahirkan anak sulung mereka. Tilla dikatakan kembali popular kerana menjadi ibu kepada Syeriv Samheizy. Ramai yang suka membaca caption untuk setiap posting yang ditulis oleh Tilla di laman IG anaknya itu. Memang pekat loghat utara dituturkannya hinggakan mampu membuat kita pecah perut. Gaya Tilla yang simpe juga amat digemari netizen kerana tidak seperti ibu-ibu lain yang terlalu menjaga penampilan setiap kali beraksi.
Aduh…duit habis lagi bila dah tengah-tengah bulan, dah tak cukup untuk buat belanja sampai waktu gaji. Kenapa ya? Sudah aturkan dengan baik tapi masih sama, habis juga.
Pasti anda pernah mengalami situasi yang sama seperti di atas bukan? Manakan tidak, min pun sama sekarang ini, jadi macam mana kita nak uruskan kewangan dengan mudah? Ada caranya.
Ha, sudah pasti anda sudah tahu punca masalah yang menyebabkan anda kehabisan wang sebelum sempat hari gaji yang seterusnya. Jadi perlu ke kita lihat dengan terperinci? Jawapannya–ya, kita perlu.
Sifat terlalu boros membuatkan kita alpa untuk menyimpan wang dan aturkan kewangan dengan baik. Apatah lagi tren-tren terkini yang tular membuatkan lagi nafsu untuk membeli-belah semakin gian.
Bila ada sahaja sale atau jualan gudang, adakah anda menjadi salah seorang yang menempah kepada personal shopper untuk dapatkan produk atau barangan itu? Pasti alasannya–“Oh, apa salahnya untuk belanja buat diri sendiri. Self-reward.”
Anda kena tahu, Self-reward itu sudah tentu bagus caranya buat anda tetapi jangan terlalu spend kepada diri sendiri. Anda kena tahu untuk aturkan strategik yang bagus supaya tiadalah hujung-hujung bulan kena pinjam duit kawan.
Jadi persoalannya anda ikut atau tidak plan atau strategik yang anda lakukan itu? Adakah ia efektif dan sebagainya? Jawapannya hanya pada diri sendiri.
Sejujurnya masalah kewangan ini kita tidak dapat untuk elakkan. Kadangkala, ada masa yang memerlukan kita untuk memakai wang tersebut dengan segera. Ada juga masa yang kita terpaksa korbankan sejumlah wang yang banyak sehinggakan kita terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Di sini kami ingin kongsikan cara untuk anda aturkan perbelanjaan supaya lebih teratur. Mana tahu, di hujung bulan pun anda masih boleh order minuman seperti Starbucks, Tealive, dan sebagainya.
Pastikan anda dapat mengawal nafsu anda, jika keluar dengan rakan-rakan pasti anda akan terikut sekali dengan cara perbelanjaan mereka. Seperti orang kata, pengaruh rakan sebaya, tetapi adakah anda perlu ikuti cara mereka?
Sebenarnya, tidak, anda perlu tahu limitasi perbelanjaan anda. Min tahu anda mesti nak sertai sekali kumpulan rakan anda berbelanja sakan oleh kerana tidak mahu terasa tersisih. Fikir semula, adakah anda sanggup tersisih atau bergadai nyawa membayar hutang?
Sudah pasti anda akan aturkan serta bahagikan sejumlah wang yang menjadi untuk hal-hal kecemasan. Mungkin dalam jumlah yang banyak mahupun dalam seratus hingga dua ratus ringgit sahaja.
Meskipun begitu, tidak menjadi alasan kepada anda untuk menggunakan duit kecemasan tersebut jika tidak ada wang yang cukup untuk membeli barangan yang bukan keperluan. Contohnya, membeli smart watch yang baru. Nafsu lebih dari keselamatan hidup anda?
Bila membuat sesuatu anda pasti akan fokus bukan? Begitu juga dengan membuat simpanan dan perbelanjaan wang. Jangan fikirkan duit itu akan masuk semula pada setiap hujung bulan dan anda akan cuba ikut plan anda. Ingatlah, adakah anda akan ulang perkara itu selama 10 tahun yang akan datang?
Jadi akhir kata, semuanya terpulang kepada diri anda, tepuk dada tanya selera. Perlu atau tidak barangan-barangan yang anda fikir boleh menggembirakan anda itu? Mungkin buat seketika waktu. Self-reward itu boleh tetapi bukan satu alasan untuk shopping sakan.
Masalah Kulit Sering Dialami Selama Kehamilan dalam masa itu bahagia adalah kata yang dapat menggambarkan perasaan ibu mengandung. Semasa mengandung, kesihatan perut ibu dan anak adalah yang utama.
Daripada pemakanan ibu dan bayi kepada amalan sukan untuk wanita hamil seperti berjalan, berenang, gimnastik, Pilates, mengambil vitamin dan jumlah air yang betul, kepada menggunakan pelbagai persediaan untuk penjagaan kulit yang disasarkan.
Menjaga kulit anda adalah salah satu perkara yang paling penting untuk diperhatikan semasa kehamilan, kerana terdapat perubahan dalam tahap hormon dan aliran darah dalam badan semasa kehamilan. Selain itu, sistem imun wanita hamil turut terjejas sehingga menyebabkan pelbagai masalah kulit.
Melasma bukan sahaja disebabkan oleh pendedahan matahari dan penggunaan produk penjagaan kulit atau kosmetik, tetapi juga oleh perubahan hormon semasa kehamilan.
Walaupun melasma tidak berbahaya kepada kesihatan kulit, ia sering meresahkan mereka yang terjejas. Tetapi jangan risau, bintik-bintik hitam itu boleh dicegah dengan kerap menggunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30.
Perubahan hormon semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan melasma tetapi juga jerawat. Ini kerana kelenjar sebum menghasilkan lebih banyak sebum pada masa ini.
Untuk mengelakkan masalah kulit yang menjengkelkan ini daripada berlaku, anda boleh menggunakan produk penjagaan kulit bebas minyak dengan kerap. Daripada pencuci muka hinggalah kepada pelembap.
Vena varikos adalah keadaan yang menyebabkan saluran darah melebar pada pesakit. Keadaan ini kadangkala disertai dengan rasa sakit dan kegatalan, membuatkan pesakit berasa tidak selesa dan tidak selamat apabila keluar dan keluar.
Sudah tentu, masalah kesihatan ini juga boleh dicegah dengan berpegang kepada pengambilan vitamin C, mengehadkan pengambilan garam, kerap bersenam, dan mengehadkan pengambilan makanan harian untuk mengelakkan penambahan berat badan.
Mesti kenal dengan istilah stretch mark kan? Stretch mark adalah regangan kulit akibat perubahan drastik dalam berat badan. Umumnya, masalah kulit ini terdapat pada bahagian perut, peha dan punggung.
Anda tidak perlu terlalu risau tentang masalah ini, walau bagaimanapun, kerana tanda regangan boleh dicegah dengan menggunakan minyak zaitun secara kerap.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.