Memiliki muka yang runcing dan juga kulit yang tampak sihat menjadi kepentingan untuk kebanyakan orang. Ada juga yang gemar menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mendapatkan kulit wajah yang di ingini.
Terdapat juga beberapa teknik tradisional seperti urutan muka menggunakan alat yang di panggil Gua Sha juga telah lama menjadi bualan di sosial media. Ramai juga menggunakan teknik ini, namun, ada juga yang mendapat kesan buruk.
Gua Sha ‘alat mengukir’ muka tradisional
Gua Sha merupakan alat tradisional kecantikan yang berasal dari Tiongkok, China. Ia merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘Gua’ bermaksud ‘Mengikis’ manakala ‘Sha’ pula membawa maksud ‘pasir’ bagi sesetengah orang. Ada juga terdapat makna yang lain iaitu ‘kemerahan kulit’.
Alat ini di katakan boleh untuk membantu dalam menyembuh penyakit dengan kaedah mengikis penyakit, demam atau beberapa jenis penyakit dari badan secara amnya. Prosedur penyembuhan ini di inspirasi dari perubatan tradisional Asia Timur.
Ads
Teknik menggunakan Gua Sha ini pula dengan membuat strok urutan kearah menaik pada kulit muka. Ada yang tertanya juga jika teknik itu boleh menyebabkan kedutan? Jawapannya sudah tentu ya. Oleh disebabkan itu ramai pakar dermatologi beri amaran untuk berhati-hati dalam penggunaan rawatan sebegini.
Tampak menarik tapi memudaratkan jika salah teknik
Bagi sesiapa sahaja yang telah melihat cara dan teknik yang di ajar melalui video tutorial di sosial media, sudah tentu sahaja tertarik untuk mencuba. Tapi anda harus tahu kebanyakan orang yang mencuba Gua Sha ini telah mendapat kesan sampingan yang tidak mereka ‘bayangkan’.
Ads
Hal ini kerana kebanyakan orang tidak membuat soal selidik mengenai penggunaan cara yang betul dan hanya berlandaskan satu pautan video sahaja. Teknik strok yang agresif dengan gerakan yang tidak betul adalah punca ‘bahana’ baru yang muncul di muka anda.
Mengikut perkongsian Dr Whitney Bowe, ramai sahaja menggunakan Gua Sha dan suka akan efek kepada kulit mereka. Namun, jika strok yang di buat pada muka agak agresif membolehkan berlakunya kesan tekanan yang melampau pada hujung rahang. Keadaan ini boleh membuatkan seseorang itu terkena TMJ iaitu temporomandibular di mana ia boleh mengganggu sendi rahang dan pergerakan pada otot rahang.
Jelas lagi beliau melalui video itu, mereka yang mempunyai jerawat, tidak di sarankan untuk membuat teknik ini kerana ia boleh memberikan kesan yang lebih teruk di mana jerawat. Terutama sekali jerawat yang besar dan kemerahan.
Ketahui teknik asas penggunaan Gua Sha:
Sapukan face oil untuk memudahkan teknik strok.
Pastikan badan anda dalam keadaan yang baik dan tenang.
Alat Gua Sha perlu di pegang dengan kuat dan bersudut 20-45 darjah pada kawasan yang anda akan buat strok pergerakan.
Hanya strok dalam satu arah.
Lakukan dengan tenang dan jangan terlalu agresif.
Setiap strok hanya perlu lakukan sebanyak 10 hingga 30 kali sahaja sebelum ke kawasan muka yang lain.
Peringatan untuk anda bahawa bukan sahaja alatan tradisional seperti Gua Sha ini yang perlu di titikberakan, malah penggunaan bahan skincare juga perlu berhati-hati kerana takut ia tidak sesuai dengan kulit. Cantik tapi perlu berhati-hati.
Wajah manis Nurshazwani Shamsuddin, atau Cik Manggis sentiasa menyenangkan mata yang memandang.
Sesuai dengan gelaran ‘Ratu Transition’, penyanyi dan pelakon yang mengumpul lebih 800K pengikut ini kerap berkongsi pelbagai video kreatif melalui aplikasi Instagram serta TikTok miliknya.
Namun di sebalik wajah riang dan bibirnya yang tak lekang-lekang dengan senyuman, anggota kumpulan De Fam itu sebenarnya jarang mengungkap isi hatinya kepada peminat. Tambah-tambah pula isu zuriat hasil perkongsian hidupnya dengan suami tercinta.
Perkahwinan yang dibina dengan Syazmin Firdaus Aminuddin pada Oktober 2014, sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata. Satu dekad melayari bahtera cinta bersama, Cik Manggis yang kini berusia 35 tahun mengambil pendekatan redha dengan takdir mereka berdua.
“Tak semua perkara yg kita plan, menjadi. Tapi tak bermakna tak jadi hari ni, tak jadi selamanya. Dan yang ‘menjadi’ hari ni juga tak bermakna ia menjadi selamanya.
“Rezeki Allah punya. Allah boleh beri dan tarik bila-bila masa. Tiada sebab untuk kita mendabik dada, kerana kita hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa-apa.” ujar Cik Manggis
Memetik luahan Cik Manggis kepada Gempak, jelasnya dia tidak ingin menyalahkan sesiapa termasuk pasangan dalam soal tersebut. Suka sangat dengan sikap positif Cik Manggis dan kematangan wanita ini kala diajukan soalan ‘sensitif’.
“Tiada zuriat salah siapa? Bukan salah siapa-siapa. Jangan tuding jari pada pasangan sebaliknya tawakal dan usaha sama-sama.
“Jika masih belum dikurniakan rezeki anak, tetap syukur. Allah nak bagi kita dating lama-lama lagi la tu. Tu pun rezeki tu! Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat,” ujar ahli kumpulan De Fam itu.
HIJABISTA mendoakan agar suatu hari nanti, Cik Manggis dikurniakan rezeki bergelar ibu dan semoga kehadiran malaikat kecil berkenaan membawa kebahagian dan menyerikan lagi mahligai cinta sedekad yang di bina oleh Cik Manggis dan suami.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Ujian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Seperti perkongsian gadis ini yang ada pengalaman menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan pada tahun lalu. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan.
Ikuti pengalamannya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut
Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
Dalam perkembangan terbaru Amalina, dia telah muat turut posting terbaru memberitahu cyst yang dialami bukanlah kanser. Dia juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya selama ini.
Dia juga turut memberitahu, sejak dimuat turut pengalamannya itu di laman sosial facebook, Amalina berkata tidak putus menerima mesej bertanyakan lebih lanjut mengenai pengalamannya itu.
Kehilangan orang yang disayangi memang menyakitkan. Apatah lagi saat baru menyulam kasih, insan yang dicintai pergi menghadap Illahi. Begitulah yang terjadi kepada pasangan ini.
Pada 6 November yang lalu, sepasang suami isteri dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Perling, Johor. Lebih meruntun hati apabila suaminya iaitu Muhd Harith Iqbal tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, manakala sang isteri yang dikenali sebagai May hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan itu baru bernikah pada 13 Ogos lalu dan mereka sepatutnya melangsungkan majlis persandingan pada 27 November akan datang. Segala persiapan perkahwinan pun sudah dilakukan. Namun siapa sangka, Allah SWT lebih menyayangi suaminya itu.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosialnya, si isteri terlihat lemah longlai dan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah si suami. Dapat dilihat juga, si isteri setia menunggu jenazah suami di hadapan Jabatan Forensik.
Yang paling menyayat hati adalah ketika di penghujung video, May dilihat berbaring dan tidur di sisi suaminya yang sudah dikafankan di masjid sementara menunggu urusan pengebumian.
Usai daripada hantaran tersebut, seorang wanita telah memuat naik satu video berkongsi tentang detik sedih ketika May cuba memanggil suaminya yang terbaring. Wanita tersebut(saksi) akui sedih apabila teringat kembali kemalangan nahas yang berlaku di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, Allahyarham berada dalam keadaan nazak sementara si isteri sangat terkejut sambil menggoncangkan badan si suami.
“Ayu tengok budak tu dah terbatuk-batuk, nazak sangat dah. Dan Ayu dapat tahu dia baru 3 bulan berkahwin. Luluh gila hati, depan mata Ayu, isteri dia kejut dan goncang badan suami, ‘B bangun B, bangun’” ujarnya.
Kisah pasangan ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan sedih dengan apa yang dilalui wanita ini. Netizen turut mendoakan agar wanita terbabit tabah dan kuat meneruskan kehidupan akan datang.
“Allahu…semoga awak kuat la dik. Redha ye Allah lebih Sayang suami mu dik. doa byk2 semoga Allah tingkat kan lagi derajat mu.. Percaya pada Qada & qadar.Sabar Itu ilmu tingkat yg paling tinggi.U are strong.Salam takziah”
“Dugaan Allah yg amat susah utk Kita hadapi…tp semua ini telah tertulis buat Kita semua..Ya Allah kau bagilah kekuatan buat isteri arwah…”
“Allahuakbar dengar si isteri nangis auto air mata ni mengalir. Salam takziah dik. Semoga adik terus kuat dan tabah untuk menerima segala ketentuan.”
“Salam takziah May.. Semoga terus kuat dan tabah dengan ujian yang berat”
“Sebabtu orang kata hargai la pasangan. Sebab kita taktahu bila moment kita akan kehilangan, semua berlaku sekelip mata sahaja kalau Allah nak ambik. Al-fatihah buat arwah suami akak semoga terus kuat juga menjalani hari-hari tanpa suami di sisi…”
MasyaAllah, betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Team Hijabista turut mengucapkan takziah, dan mendoakan agar wanita ini diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.