Wajah yang berminyak pastinya mengganggu kerana masalah ini akan menyebabkan wajah mudah diserang jerawat sehingga anda hilang keyakinan diri. Walaupun wajah anda berminyak dan berjerawat, ini tidak bermakna anda tidak boleh tampil menawan dengan mengenakan solekan.

1. Pastikan anda membersihkan wajah dengan pembersih muka atau skrub muka. Penyental yang dihasilkan daripada bahan semula jadi akan membuatkan kulit wajah anda mudah ‘bernafas’ dan lebih bersih.

2. Sapukan pelembap di seluruh bahagian wajah. Seeloknya gunakan pelembap yang mempunyai kandungan pengawalan minyak kerana ia sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Biarkan seketika sehingga ia boleh meresap ke dalam kulit.

3. Untuk memudarkan kesan kusam dan parut jerawat, pakai concealer di bawah mata, pipi dan hidung. Ratakan dengan berus agar warnanya bersatu dengan kulit. Beri keutamaan pada zon T dan kawasan di mana jerawat anda nampak kemerahan.

4. Sapukan foundation di seluruh wajah dan leher secara rata dan tepuk wajah dengan jari. Jangan sesekali menggunakan span untuk mengaplikasikan foundation pada kulit yang berjerawat.

5. Selepas memakai concealer dan foundation, sebaiknya gunakan bedak tabur. Bedak tabur berupaya menyerap kelebihan minyak kerana ia lebih ringan berbanding bedak daripada jenis two way cake.

6. Jika anda memilih untuk memakai bedak compact pilih daripada jenis matte kerana ia akan menjadikan wajah lebih mulus dan gebu.

7. Pakai pemerah pipi, aplikasikan dengan sentuhan ringan dan elakkan daripada jenis krim.

8. Tonjolkan efek pada mata dengan sapuan pembayang mata secara sederhana bersama penggaris mata dan maskara.

9. Oleskan gincu bibir daripada jenis matte untuk bibir yang menawan dan mungil atau sedikit pengilat bibir jika anda ingin wajah yang segar.

10. Untuk countouring atau shading wajah anda, gunakan shimmer yang tidak terlalu terang dan jelas untuk mengelakkan kulit tampak lebih berminyak dan berkilat.