Hari-hari baca doa tapi antara faham ke tidak apa yang anda baca. Mungkin dari doa di dalam Bahasa arab anda hanya menghafal tanpa endahkan maknanya. Selepas ini boleh tukarkan doa-doa yang kita baca itu kepada Bahasa Melayu pula.
Bila dah faham doa, pasti lebih seronok untuk memohon permintaan dari Allah. Sekali gus kita juga akan lebih khusyuk dan lebih menghayati doa yang dibacakan. Di saat inilah kita disarankan perbanyakkan doa agar dijauhkan dengan wabak yang tular.
Teknik 1: Berilah kekuatan vs lapangkan kesulitan
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”
Teknik 2: Berilah vs kurniakanlah
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku..”
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
Teknik 3: Dimurahkan rezeki vs dilimpahkan rezeki
Sebelum ni kita selalu berdoa, “semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah, “semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja. Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Teknik 5: Cara mengaminkan doa
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, “Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
Ads
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah, “Amin Ya Allah Ya Mujib”.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
Teknik 6: Doa untuk orang lain
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.
Ads
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan.
Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
Teknik 7: Doa ketika bersedekah
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
Ads
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”
Teknik 8: Doa orang yang terlalu sibuk berniaga
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”
Teknik 9: Doa mendapatkan zuriat
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
Teknik 10: Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaan
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
Mata boleh jadi lesu dan kurang bermaya tanpa rehat yang cukup ini boleh menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar ,Namun ada beberapa beberapa perkara lain jua mendorong anda kelihatan lesu dan tidak bermaya seperti tidur lambat atau mendapati tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan mata kelihatan sembap serta menimbulkan masalah lingkaran hitam dibawah mata.
Jika tidak atasi masalah ini sekarang, anda mungkin mengalami kedutan kekal dibawah mata sehingga membuatkan penampilan tampil kurang menarik. Oleh sebab itu, krim mata amat penting untuk dipakai sebagai rutin penjagaan kulit untuk menghilangkan atau mengurangkan masalah lingkaran hitam. Ini adalah senarai krim mata pilihan kami.
Rejimen kecantikan yang sempurna adalah melakukan penjagaan kulit wajah dengan terbaik dan ikuti langkah yang betul. Semua wanita di dunia ini mahukan kulit wajah yang cantik dan segar serta tampil awet muda sepanjang masa. Tetapi tahukah anda bahagian wajah yang manakah seringkali membuatkan penampilan kita tampak kusut dan kelihatan tua sebelum usia? Ya, mata. Kesan penuaan yang paling ketara akan timbul adalah pada sekeliling kawasan mata.
Oleh itu, penggunaan krim dibawah mata adalah sangat digalakkan dan direkomendasi oleh pakar kecantikan. Ianya sangat penting untuk mengelakkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya serta menghapuskan kesan lingkaran gelap dibawah mata. Antara kebaikan menggunakan krim mata;
Bukan sahaja pemilihan krim mata bersesuaian dengan kulit tetapi juga cara penggunaan harus bertepatan agar bahan kandungan di dalam krim tersebut dapat bergerak aktif dalam membaikpulih dan mmberi kesan lumayan buat kulit wajah anda. Ada langkah-langkah yang tepat untuk anda amal dan jadikan rutin harian. Krim mata ini seharusnya digunapakai secara konsisten.
Pastikan juga urutan pemakaian skincare anda bertepatan dengan langkahnya. Cara yang tepat untuk penggunaan krim mata adalah;
Gunakan krim mata ini sedikit demi sedikit untuk setiap sapuan. Jika krim mata anda jenis roll-on, pastikan anda mengoles pada kulit wajah dengan lembut. Jangan terlalu kasar. Nanti kulit akan cepat teriritasi.
Guna jari manis anda untuk menyapu krim tersebut ke seluruh kawasan mata. Ini kerana jari ini mempunyai tekanan yang lembut dan tidak akan menyakitkan bawah mata anda. Elakkan dari menarik kulit bawah mata semasa mengaplikasikannya.
Elakkan sapuan krim pada betul-betul lid mata. Ini kerana bahan yang terdapat di dalam krim ini akan membuatkan mata anda cepat pedih. Krim ini juga dapat menyerap dalam jarak seinci dari mata.
Jangan menggosok krim tersebut pada kulit terus. Tepukkan secara perlahan agar penyerapan krim ini maksima pada kulit anda.
Jangan salah faham pula ya. Krim mata ini bukan menghapus kedutan tetapi mencegah daripada terjadi. Selamat mencuba!
Berikut senarai krim mata terbaik:
Roll-on mata sesuai untuk remaja – murah dan mampu dimiliki
Krim mata ini dilengkapi dengan roller ball untuk memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit bawah mata sebaik sahaja anda mengaplikasikannya. Ianya dapat mengurut kawasan bawah mata anda dengan lembut. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Pro-Vitamin B5 dan Glycerin tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam sebaik sahaja bangun dari tidur.
Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit wajah. Dilengkapi dengan sensasi dingin, anda akan terasa nyaman sahaja setiap pagi.
Kandungan herbal sesuai untuk kulit berminyak
Krim bawah mata ini yang diperkaya dengan ramuan herba semulajadi seperti Red Ginseng Saponin, Yai Jiu Hua dan ekstrak madu melancarkan peredaran darah dibawah mata agar tidak lagi timbul lingkaran gelap atau kedutan dengan ketara. Ianya mengurangkan cela pada bawah mata anda dan mengembalikan kesegaran pada kulit agar anda tampil berseri serta bermaya sepanjang hari.
Sesuai untuk kulit berminyak, krim ini jenis tidak melekit pada kulit wajah. Tiada lagi masalah dark circle atau puffy eyes dengan krim bawah mata ini!
Terbaik untuk wanita berusia 30an – hilangkan kerutan dalam sekelip mata
Kemunculan kedutan dan garis halus adalah disebabkan oleh kulit yang sering terdedah dibawah sinaran UV. Nah, gunakan Pond’s Age Miracle Eye Cream ini. Dengan mengandungi Retinol-C Complex dan Instant Blurring Technology, krim ini mampu melindungi cela diwajah dan tidak lagi kelihatan penampilan kedutan di kulit wajah anda.
Ianya dapat mengekalkan lembapan dan memberi hidrasi kepada wajah anda sepanjang masa. Bahan kandungan aktif dalam krim ini pula mampu berkerja selama 24 jam untuk membaikpulih keadaan kulit wajah anda. Tampil awet muda dengan krim bawah mata ini!
Krim mata terbaik dan berkualiti tinggi
Ini adalah krim mata yang mengandungi bahan herba organik dan semulajadi untuk meningkatkan keanjalan di kawasan mata. Ia merupakan krim jenis gel tanpa wangian untuk mengurangkan bengkak dibawah mata akibat tidak cukup tidur. Krim ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Krim mata anti-aging – berkesan menghapus kedutan dan garis halus
Krim mata ini diterbangkan khas daripada Poland, berkesan untuk membantu menghapuskan kedutan dan garis halus yang timbul pada kulit wajah akibat tidak melakukan penjagaannya dengan baik. Ianya dapat mengurangkan lingkaran hitam dibawah mata dan puffy eyes.
Krim mata ini bukan sahaja berkesan untuk menghapus kedutan, malahan ianya mengekalkan lembapan pada kulit wajah anda agar sentiasa kekal dan tampil segar sepanjang hari. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat kulit wajah anda.
Sesuai untuk kulit sensitif dan kegunaan wanita 20an
Krim ini diformulasi untuk kulit kering terutamanya di bahagian kawasan bawah mata agar tidak terjadi iritasi. Kaya dengan Avene Thermal Spring Water dan Soothing Alpha Bisabolol, krim mata ini mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada sekeliling kawasan mata. Sesuai buat kulit sensitif, krim ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben dan bebas wangian tiruan.
Wanita berusia 50an, krim mata ini terbaik dari drugstore
Krim ini memulihkan kulit disekitar mata kerana ianya mengandungi kolagen dan kulit juga akan berasa dingin selepas memakainya. Krim ini bukan sahaja mampu menghapuskan lingkaran gelap dibawah mata tetapi juga dapat mengembalikan keserian pada kulit. Dengan mengandungi SPF50, krim ini dapat melindungi kulit wajah anda daripada terkena sinaran UV.
Perlindungan selama 12 jam, tiada lagi masalah kulit terjadinya pembentukan melanin dan terhapus daripada kekusaman.
Krim mata dari Korea yang terbaik untuk merawat mata panda
Yang ini khas untuk yang mempunyai masalah lingkaran hitam. Diterbangkan khas daripada Korea, ianya merupakan kapsul diperbuat daripada 50% susu dan ceramide bagi memberi kelembapan supaya dapat meresap pada kulit di bawah mata. Diperkaya dengan bahan organik seperti brokoli, Niacinamide dan Glutathione untuk mencerahkan kulit akibat lingkaran gelap bawah mata yang serius.
Juga mengandungi 9 kompleks nutrien yang melindungi kulit wajah anda daripada pencemaran udara serta krim ini juga bebas daripada paraben dan phenoxyethanol.
Mengandungi retinol, khas untuk wanita berusia 40an
Dengan mengandungi formulasi Pro-Retinol, Vitamin C dan ekstrak Grape Seed, krim ini mampu mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata serta membantu mengurangkan kedutan dan garis halus di sekeliling kawasan mata. Krim ini mengekalkan hidrasi pada kulit di sekitar kawasan mata anda agar sentiasa tampil segar dan bermaya sepanjang masa.
Teksturnya berkrim dan ringan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit wajah anda dan memberi hasil serta-merta. Yang penting, anda harus menggunakannya secara konsisten setiap hari.
Roll-on emas mengandungi mulberi lebih lembut dari serum
Dengan hujung emas yang mengalir dan menyejukkan, krim mata ini mengandungi mulberi putih untuk mencerahkan mata di bawah masa. Zarah berlian juga dengan serta-merta merangsang sinar dan mengurangkan lingkaran gelap pesky. Krim mata ini mampu menghilangkan lingkaran gelap dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana teksturnya lembut daripada serum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan jerawat sahaja yang sulit dihilangkan. Bekasnya pun kerap bertahan lama dan malah jadi penghuni setia di wajah. Lantas, bolehkah mencegah bekas jerawat dan mengapa bekas jerawat ini boleh muncul?
Bekas jerawat yang dimaksud di sini adalah yang berbentuk pockmarked, luka, luka atau cedera kecil yang diakibatkan oleh kerosakan tekstur atau struktur kulit. Artikel ini tidak akan membahas bekas jerawat yang berupa perubahan warna kulit, seperti bekas gelap, flek hitam, atau kemerahan.
Dalam dunia perbolehan, bekas jerawat sebetulnya tergolong sebagai jaringan parut (scar). Mengikut laporan dari laman American Society for Dermatologis Surgery, bekas jerawat biasanya muncul dari peradangan akibat dinding folikel dalam pori yang pecah.
Sel-sel kulit sihat sebetulnya akan terus berusaha memperbaiki area kulit yang sedang terbentuk luka dengan membentuk serat kolagen baru.
Namun, hasil dari perbaikan ini biasanya tidak semulus kulit asli sebelumnya.Luka atau cedera yang kecil biasanya sembuh dengan cepat. Namun, jika ada bekas yang dalam pada dinding pori bekas ruang yang berisi nanah, luka yang lebih dalam boleh terbentuk. Cyst berisi nanah ini menghancurkan rangkaian kulit yang tidak terganti selama proses perbaikan. Akibatnya, area ini kosong akan pecah dan meninggalkan lekukan atau bekas luka di wajah.
Dalam dunia perbolehan, bekas jerawat terdiri dari dua jenis, iaitu:
Parut hipertrofik adalah bekas luka yang muncul ketika tubuh menghasilkan terlalu banyak kolagen ketika luka jerawat sembuh.
Akibatnya, ada kelebihan massa rangkaian itu yang terbentuk dan sedikit terangkat di permukaan kulit. Kondisi ini kerap disebut dengan keloid yang biasanya muncul pada area punggung dan dagu.
Bekas luka yang satu ini berkembang ketika ada jaringan yang hilang. Berdasarkan kajian spesialis kulit dari pakar perbolehan, parut atrofi dibahagi dalam 3 kategori iaitu:
Pockmarked dengan bentuk lebar seperti huruf U dan memiliki sisi yang tebal. Pockmarked jenis ini boleh menjadi dalam boleh juga cetek.
Bekas jerawat yang satu ini berbentuk seperti huruf V dan umumnya cukup dalam. Jenis pockmarked yang satu ini paling sukar untuk dikembalikan seperti semula kerana memiliki cekungan yang cukup dalam.
Bentuk pockmarked biasanya cukup lebar dengan tepi yang membulat dan tidak teratur.
Lantas bolehkah bekas jerawat dihilangkan? Ketika kecil kemungkinan bekas jerawat boleh kembali normal seperti kulit asalnya. Namun tentu saja ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi bekas jerawat.
Untuk menentukan perawatan yang paling tepat, ada empat faktor utama yang perlu dipertimbangkan, iaitu:
Menurut pakar perbolehan, bekas jerawat baik atau keloid hanya boleh diatasi dengan rawatan pakar, bukan dengan krim kecantikan. Sejauh ini, belum ada penelitian yang membuktikan bahawa bekas jerawat mahupun porkmarked boleh disembuhkan hanya dengan krim tanpa rawatan pakar pebolehan. Untuk membantu mengurangkan penampilan bekas jerawat, berikut pelbagai perawatan yang boleh membantu mengurangkan bekas jerawat:
Laser resurfacing dilakukan dengan menghilangkan lapisan atas kulit yang rosak sehingga kulit baru yang sihat dan lebih rata boleh tumbuh. Selain itu, laser jenis ini juga bantu megetatkan lapisan tengah kulit sehingga membuat permukaanya lebih halus.
Biasanya diperlukan bius lokal sebelum melakukan prosedur laser untuk mengurangi rasa sakit. Laser paling lama memakan waktu hingga satu jam. Setelah itu, diperlukan 3 sampai 10 hari agar kulit boleh sembuh sepenuhnya pascaperawatan.
Laser fraksional adalah jenis laser yang merangsang pertumbuhan kolagen dan menegangkan area kulit di sekitarnya. Laser jenis ini terbukti meningkatkan jaringan parut jerawat terutama untuk bekas jerawat atrofi jenis rolling.
Laser ini memang dapat menyebabkan kemerahan di kulit tetapi hanya sementara saja dan tidak benar-benar merosak permukaannya.
Kaedah ini adalah waktu pemulihan yang lebih cepat dibandingkan resurfacing. Selain itu, laser jenis ini juga mampu mengurangi penggelapan kulit pada area bekas jerawat. Fractional Laser umumnya dapat pulih dalam waktu 3 hingga 8 hari.
Biasanya manfaat dari fractional Laser boleh dirasakan setelah 2 sampai 5 kali perawatan. Orang dengan kulit yang lebih gelap biasanya akan memerlukan lebih banyak perawatan dibandingkan dengan mereka yang berkulit lebih cerah.
BACA JUGA:
Dermabrasi adalah teknik pengelupasan kulit dengan menggunakan alat yang berputar di permukaan kulit wajah. Tujuan dermabrasi iaitu untuk mengangkat area luar kulit wajah agar terganti dengan lapisan baru yang lebih halus.
Prosedur yang satu ini bermanfaat untuk mengatasi bekas jerawat atrofi dengan cekungan yang cetek seperti boxcar atau rolling. Setelah dermabrasi, mungkin diperlukan sekitar 10 hari sampai 3 minggu sampai kulit benar-benar pulih.
Chemical peeling adalah prosedur untuk mengurangi bekas jerawat dengan menggunakan senyawa asid yang kuat. Larutan asid yang disapukan ke kulit wajah ini dapat menghilangkan lapisan atas kulit dan mengurangi bekas luka yang cukup dalam.
Sebenarnya ada beberapa produk chemical peeling yang boleh digunakan sendiri di rumah. Namun, formulanya tidak sekuat yang diberikan doktor saat perawatan di klinik.
Oleh kerana itu, minta pendapat doktor mana yang paling sesuai untuk mengatasi bekas jerawat anda. Umumnya chemical peeling boleh digunakan semua jenis bekas jerawat termasuk yang cukup dalam.
Microneedling dilakukan dengan menggunakan alat rol kecil yang berisi jarum. Alat ini akan digerakkan di area bekas jerawat. Microneedling umumnya ditujukan untuk bekas luka yang cukup dalam. Penelitian yang diterbitkan dalamInternational Journal of Women’s Dermatology, menyatakan bahawa microneedling membantu mengurangi kedalaman bekas jerawat.
Namun menurut American Academy of Dermatology, perawatan ini dapat memakan waktu hingga sekitar 9 bulan sampai hasilnya kelihatan.
Suntikan corticosteroid boleh membantu mengatasi jaringan parut jerawat hipertrofik atau keloid. Perawatan ini biasanya tak cukup dilakukan sekali dan terdiri dari beberapa rangkaian. Setiap suntikan akan dipantau hasilnya apakah memberikan efek yang berkesan atau tidak.
Dermal Filler terkadang jadi salah satu prosedur yang kerap disarankan untuk mengurangi penampilan jaringan parut akibat jerawat. Dermal filler adalah prosedur yang dilakukan dengan cara mengisi jaringan kulit yang berparut menggunakan produk berbahan dasar kolagen. Namun sebelumnya, doktor akan melakukan ujian alergi agar keselamatannya terjamin.
Selain kolagen, isian dermal filler juga cukup pelbagai dari mulai polymethylmethacrylate (PMMA), asid hialuronat (HA), dan asid poli-L-laktat (PLLA).Dermal filler bekerja paling baik untuk bekas jerawat atrofi. Perawatan biasanya berlaku antara 6 sampai 18 bulan.
Selain rawatan pakar, umumnya doktor akan mencadangkan beberapa produk yang bantu menyamarkan bekas jerawat, iaitu:
AHA banyak ditemukan dalam produk khas untuk jerawat kerana boleh menghilangkan kulit mati dan mencegah pori tersumbat. Selain itu, AHA juga biasanya membantu menyamarkan bekas jerawat.
Sebagai asid, AHA akan membantu pulihkan lapisan luar kulit dengan membantu hilangkan perubahan warna bekas jerawat dan kulit yang kasar.
Dalam Journal of Cosmetic Dermatology, asid laktik ditemukan mampu meningkatkan tekstur, paparan, dan pigmentasi kulit. Asid laktik dapat meringankan jaringan bekas luka gelap meskipun terkadang menyebabkan hiperpigmentasi.
Selain itu, penelitian ini juga menemukan bahawa menyapukan asid laktik ke kulit setiap 2 minggu sekali selama 3 bulan dapat meringankan bekas jerawat.
Untuk mendapatkan manfaatnya, anda boleh membeli pelbagai produk yang mengandung bahan yang satu ini. Jika ragu menemukan produk yang tepat, mintalah cadangan doctor pakar.
Untuk menghindari efek sampingan yang parah, ujilah produk yang mengandung asid laktik pada area kulit yang lebih kecil. Jika tidak ada efek sampingan, barulah gunakan produk ini ke area bekas jerawat.
Retinoid atau retinol adalah produk lain yang boleh bantu menyamarkan bekas jerawat. Selain mempercepat regenerasi sel, retinoid juga mampu memperbaki tekstur kulit. Bahkan, retinoid juga dapat membantu mengurangi perubahan warna dan membuat bekas luka menjadi tak sejelas sebelumnya. Bekas jerawat jenis atrofik yang cukup dalam biasanya dapat sedikit dikurangkan dengan produk turunan vitamin A ini.
Akan tetapi, produk yang mengandung retinoid biasanya membuat kulit anda jadi sangat sensitif terhadap sinar matahari.
Oleh kerana itu, retinoid biasanya digunakan waktu malam sebelum tidur. Usahakan juga untuk selalu menggunakan tabir suria setiap hari saat menggunakan produk yang mengandung retinoid.
Asid Salicylic termasuk ke dalam zat yang banyak digunakan untuk mengatasi jerawat aktif. Bahan aktif ini bekerja dengan membersihkan pori-pori, mengurangi pembengkakan dan kemerahan, serta pengelupasan.
Dengan berbagai manfaatnya ini, asid salicylic dianggap sebagai salah satu perawatan yang kuat untuk bekas jerawat. Produk yang mengandung asid salicylic boleh digunakan sebagai chemical peeling di rumah dengan aturan yang disediakan.
Namun, hati-hai saat menggunakan produk yang mengandung asid salicylic kerana boleh menyebabkan kekeringan atau iritasi.
Sepatutnya, minta pandangan pakar sebelum melakukan pelbagai rawatan untuk bekas jerawat. Doktor pakar akan mencadangkan rawatan yang sesuai dan paling tepat.
Bekas jerawat sebenarnya tidak 100 peratus boleh dicegah. Akan tetapi, ada beberapa cara yang boleh meminimalkan peluang untuk mengalami bekas jerawat, iaitu:
Untuk mencegah jerawat semakin parah, hal terbaik yang boleh dilakukan adalah mengubatinya saat baru muncul. Jangan biarkan jerawat sampai meradang baru diubati.
Dengan perawatan yang cepat, jerawat boleh mengecil dengan segera dan mencegah nanah terbentuk di dalamnya. Jika ubat bebas yang anda gunakan tidak memberikan efek, berunding dengan doktor untuk mendapat ubat yang terbaik.
Jerawat yang berukuran besar dan meradang jauh lebih mungkin meninggalkan bekas daripada jerawat dan blackheads yang tidak meradang. Oleh kerana itu, jika jerawat sudah terlanjur meradang, lakukan pelbagai cara untuk mengurangi radangan.
Misalnya, mengecilkannya dengan ais batu atau sapukan lidah buaya untuk meredakan radangan. Selain itu, hindari berbagai produk atau tindakan yang boleh menyebabkan iritasi kulit. Jangan sekali-kali melakukan scrubbing pada area yang berjerawat kerana kulit boleh iritasi dan membuat jangkitan merebak.
Terkadang sukar menahan keinginan untuk memegang atau memicit jerawat. Benjolan jerawat terutama yang sudah bernanah sangat menggoda untuk dipecahkan dengan tujuan supaya lekas kempis. Namun, memicit jerawat sama dengan menekan infeksi lebih dalam. Akibatnya, infeksi boleh menyebar ke tempat yang lain. Cara ini membuat radangan akan semakin teruk.
Hal ini terutama berlaku untuk jerawat yang cukup besar sehingga cukup dalam seperti benjolan atau luka berisi nanah. Saat keinginan untuk memicit jerawat muncul, ingatkan pada diri anda bahawa memicit jerawat hanya akan membuat penyembuhan semakin lama. Selain itu, memicit jerawat hanya akan meninggalkan bekas luka kekal.
Oleh itu, biarkan jerawat anda sembuh dengan sendirinya. Hal yang terpenting tak boleh diabaikan iaitu mengubati jerawat dengan pilihan ubat yang tepat untuk mengurangi peradangan.
Di area jerawat yang diubati, kepingan kulit kering biasanya akan terbentuk. Kepingan kulit kering merupakan pembalut alami kulit yang akan melindungi luka dalam proses penyembuhan.Ketika anda melepas atau menarik kepingan kulit kering dari jerawat, luka yang belum siap untuk sembuh justeru akan meradang kembali. Akibatnya, penyembuhan menjadi semakin lama. Risiko munculnya bekas jerawat pun akan meningkat.
Seperti yang sudah disebutkan di awal, jerawat harus segera diubati di awal kemunculannya. Namun, jika setelah diubati jerawat ternyata makin parah, tak usah fikir panjang, segera berunding dengan pakar.
Jerawat yang besar dan dalam seperti jerawat batu boleh menghancurkan jaringan kulit dan bekas luka. Perawatan yang tepat dari doktor boleh mengurangkan risiko terbentuknya luka yang terlalu dalam. Jika anda mudah mengalami jaringan parut hanya kerana luka kecil, lebih baik periksa ke doktor saat jerawat pertama kali muncul.
BACA JUGA:
SUMBER: HelloSehat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah nampak tudung berjenama mewah tetapi dijual dengan harga yang sangat murah? Lebih menarik, ianya dijual di pasar malam atau pun dibeli oleh rakan-rakan yang baru pulang melancong.
Jika harga tudung berjenama biasanya dijual dengan harga RM100 ke atas tetapi dengan adanya tudung tiruan ini, ianya cuma berpuluh ringgit sahaja. Jauh daripada harga tudung asal.
Lambakan tudung di pasaran menwarnai industri perniagaan dan ramai juga pengusaha hijab mengeluarkan jenama-jenama baru di pasaran. Pasaran luar negara yang lebih bijak dan pantas meniru hasil karya tempatan, negara paling popular ialah Vietnam di mana mereka mengeluarkan tudung ‘fake’ dari jenama yang terkenal di Malaysia seperti dUCk scarve, nealofa, tudung people, ariani dan banyak lagi.
Jadi, ada dua persolan di sini, mengapa ada orang yang sanggup membeli tudung mahal jika boleh mendapat dengan harga murah dan mengapa pula ada yang membeli tudung tiruan jika dia sebenarnya tidak mampu pun?
Ini respond Vivy Yusuf ketika unboxing fake dUCks :
Menonton video yang berdurasi 20 minit melalui Vivy Yusuf channel di youtube, beliau menerima hadiah daripada bapa tercinta, kawan bapanya yang telah membeli beberapa koleksi dUCks ‘fake’ yang dihasilkan dari Vietnam.
Pertama kali membuka bungkusan yang diterima, ya! Memang sakit hati apabila hasil usaha seluruh theduckgrup telah di cetak rompak dan membawa keuntungan di atas angin kepada pihak-pihak tertentu dengan harga yang berbaloi dan kualiti yang jauh berbeza dengan yang asli.
Melalui perbandingan beberapa koleksi di bawah ini, pembadingan untuk rujukan pembeli tegar dUCks ‘fake’ bahawa dUCks asli mempunyai kualiti 100 di jamin dan setanding harga di pasaran.
2. Pembungkusan
Hijabi yang pernah membeli dUCk scarve ternyata dapat menilai pembungkusan yang mereka terima sejurus membelinya secara online mahupun di store, dUCk didatangkan dengan kotak yang eksklusif dan mempunyai nota ringkas tentang koleksi. Malahan setiap koleksi disertakan benang ekstra untuk anda menjahit semula logo duck chain dan di balut di dalam paper tisue yang lembut dan dihiasi riben sesuai di jadikan hadiah.
Berbeza sekali dengan yang palsu mereka hanya membalut tudung anda dengan plastik biasa. Ternyata bagi mereka pengeluar tudung ‘fake’ ini hanya mementingkan kuantiti dari kualiti.
3. Fabrik
Perbezaannya juga dapat dirasai jika anda memegangnya, fabrik ‘fake’ dUCks seperti material plastik berbanding asli.
3. Kekemasan dan penambahan aksesori (Pleats Duck)
4. Jahitan Ham & kualiti cetakan
Lihat sahaja kualiti percetakan dan hasil kekemasan tudung yang palsu memang akan mengecewakan tetapi bagi mereka untuk menjana pendapatan yang besar, kekmasan itu adalah perkara terakhir dititiberatkan. Walhal theduckgrup mempunyai kualiti kontrol yang mempunyai pelbagai proses.
Baru beberapa helai Vivy Yusuf meneliti helaian ‘fake’ ducks, beliau merasakan semangat menurun kerana usaha pengusaha palsu ini terlalu gigih mengeluarkan ‘fake’ ducks dengan tidak melihat kualiti yang mereka hasilkan.
Pernah dikaitkan dengan isu berkaitan agama dengan apabila beliau menegaskan membeli dan menyokong perbuatan dalam membuat ibadah itu tidak rasa bersalah ke?
” Dalam kita membuat kebaikan untuk Allah , kenapa harus kita menyokong sesuatu perbuatan mereka yang menyalahi undang-undang? ”
Sekiranya anda tidak mampu untu membeli yang mahal, belilah yang semampu yang mungkin asalkan tidak menyokong kegiatan yang melanggar undang-undang.
Bagi admin, anda harus letak diri anda pada tempat mereka. Berusaha mengeluarkan sesuatu yang kualiti pastinya mempunyai usaha yang berpanjang demi menjaga jenama dan kualiti sudah tentu akan ada pulangan yang membolehkan mereka ini terus berada di pasaran.
Sama seperti jenama antarabangsa , tidak salah kalau anda menyokong jenama tempatan dan berbanggalah pada jenama sendiri supaya mereka di luar mengangkat jenama tempatan setanding mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!