Bergelar Haji dan Hajah merupakan impian kebanyakan muslim di dunia ini. Sememangnya beruntunglah sesiapa yang dapat menunaikan rukun islam yang ke-5 ini pada usia muda. Seperti 10 orang selebriti ini, mereka diberikan rezeki untuk menunaikan haji ketika masih muda. Mari kita lihat siapakah gerangan selebriti tersebut.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara ini telah menunaikan haji pada tahun 2007 bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Khalid Jiwa.
2. Neelofa
Pelakon drama bersiri Red Velvet ini telah bergelar Hajjah pada tahun 2016. Ibu bapanya juga turut serta bersama.
3. Vie Shanti Khan
Wanita cantik manis yang juga seorang ahli perniagaan ini telah menunaikan haji pada waktu yang sama dengan Neelofa.
4. Mizz Nina
Mizz Nina dan suaminya, Noh Hujan telah menunaikan haji bersama-sama pada tahun 2013. Kini, dia aktif mendekatkan diri dalam hal keagamaan dan juga kemanusiaan.
Ads
5. Datin Seri Shahida
Isteri kepada usahawan terkenal iaitu Dato Seri Aliff Syukri ini telah menunaikan haji pada tahun 2016. Suaminya tidak ikut serta kerana telah menunaikan fardhu ain itu pada usia 19 tahun.
6. Nia Ramadhani
Pelakon Indonesia yang popular dengan watak Siska dalam drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih ini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan haji bersama suami tersayang.
Ads
7. Fouziah Gous
Pelakon dan ibu kepada dua orang anak lelaki yang comel ini juga sedang menunaikan haji bersama suaminya, Zhafran. Pasangan ini telah bertolak ke Makkah beberapa hari yang lalu.
8. Rossa
Penyanyi yang popular dengan lagu Pudar ini telah bergelar Hajah pada tahun 2002. Ibu kepada Rizky Langit Ramadhan ini juga telah menunaikan umrah pada tahun yang sama.
Ads
9. Nabil Ahmad
Pada tahun 2015, pasangan pengacara Neelofa dalam rancangan Meletop ini telah bergelar Haji pada usia 32 tahun.
10. Hafiz Hamidun
Penyanyi yang hit dengan lagu Jodoh Berdua ini telah menunaikan haji pada tahun 2016 ketika berusia 32 tahun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Merenung di persekitaran ini banyak golongan ini yang rajin solat tetap miskin, tapi yang sering melakukan maksiat tidak solat lebih kaya. Mungkin di atara mereka itu teman dan saudara kita yang jarang solat apa lagi zikir dan tanpa amalan-amalan tertentu, boleh kaya dan makmur hidupnya. malah yang sering solat dan zikir hidupnya biasa-biasa sahaja.
Yang rajin solat malah susah dan miskin
Yang tidak pernah solat malah kaya raya
Yang muslim banyak yang kurang bijak
Yang kafir malah banyak yang pintar
Ini fakta:
Seharusnya kalau muslim menyandarkan kepada yang Maha Besar, pencipta langit dan bumi seharusnya tidak seperti itu.
Biasa terjadi dalam golongan ini, ada yang mempunyai limpahan rezeki namun ia adalah orang yang gemar maksiat. Misalnya ia tempuh jalan kesyirikan melalui ritual persugihan, dan benar ia cepat kaya.
Ketahuilah bahwa mendapatkan limpahan kekayaan seperti itu bukanlah suatu tanda kemuliaan, namun itu adalah istidraj.
Istidraj ertinya suatu perangkap berupa kelapangan rezeki padahal yang diberi dalam keadaan terus menerus bermaksiat pada Allah.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Bila kamu melihat Allah memberi pada hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahwa hal itu adalah istidraj (perangkap berupa nikmat yang disegerakan) dari Allah.” (HR. Ahmad 4: 145. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadis ini dilihat dari sisi lain).
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al An’am: 44)
Dalam Tafsir Al Jalalain (hal. 141) disebutkan, “Ketika mereka meninggalkan peringatan yang diberikan pada mereka, tidak mau mengindahkan peringatan tersebut, Allah buka pada mereka segala pintu nikmat sebagai bentuk istidraj pada mereka.
Sampai mereka berbangga akan hal itu dengan sombongnya. Kemudian kami siksa mereka dengan tiba-tiba. Lantas mereka pun terdiam dari segala kebaikan.”
Syaikh As Sa’di menyatakan,
“Ketika mereka melupakan peringatan Allah yang diberikan pada mereka, maka dibukakanlah berbagi pintu dunia dan kelezatannya, mereka pun lalai. Sampai mereka bergembira dengan apa yang diberikan pada mereka, akhirnya Allah menyiksa mereka dengan tiba-tiba. Mereka pun berputus asa dari berbagai kebaikan. Seperti itu lebih berat siksanya. Mereka terbuai, lalai, dan tenang dengan keadaan dunia mereka. Namun itu sebenarnya lebih berat hukumannya dan jadi musibah yang besar.” (Tafsir As Sa’di, hal. 260).
Kesimpulannya adalah, banyak muslim yang tidak sepenuhnya muslim, maksudnya tidak sepenuhnya menyerahkan diri kepada Kekuatan dan Ilmu-Nya, dan lebih menuhankan ratio akal pikirannya. Mereka lebih percaya kecerdasannya dari pada kecerdasan Allah Yang Pemurah. Tapi itu bukanlah anda.
Contoh: Sedekah ilmu kaya, itu Janji Tuhan. Dan kita ternyata sukar sekali percaya Ilmu Tuhan tentang sedekah. Tawakal dan adalah saranan mendapatkan rezeki tak terduga.
Dan kita masih seringkali kalah sebelum tawakal. Sabar dan solat adalah penolong. Kita lebih banyak meminta tolong kepada mahluk dan masih banyak sekali yang lainnya.
Tetapi marilah sejenak lupakan antara muslim miskin dan non-muslim yang kaya raya. Sejenak renungkan bahawa kaya dan miskin tetaplah ujian. Kaya dan miskin adalah ukuran dunia sahaja sementara kalau kita membicarakan akhirat bukan melalui kaya dan miskin secara material semata namun lebih kepada kaya hatinya.
Bagi muslim yang ingin kaya maka berusahalah sebagaimana non muslim yang bekerja dan berusaha keras untuk merubah nasib. Jadikan usaha mereka sebagai contoh terbaik.
Bezanya non muslim lebih mentuhankan kecerdasan sendiri, sedangkan muslim seharusnya tidak demikian. Ia tetaplah berusaha keras dengan bekerja sebaik mungkin kemudian percaya akan kuasaNya.
Syukurilah di saat ini kita masih mempunyai rezeki dariNya tanpa harus iri dengan kenikmatan orang lain percayalah Allah sudah menyiapkan yang terbaik untuk hambanya yang rajin menyiapkan untuk di akhirat nanti.
Sumber: Amal Makruf
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ustaz selebriti, Ebit Lew adalah figura yang tidak asing lagi di Malaysia kerana pendakwah bebas itu sering dilihat menghulurkan tangan dan meringankan beban individu yang kurang ‘bernasib baik’ dan sedang ditimpa musibah tanpa mengira kaum.
Malah, bantuan yang diberikan bukan setakat di dalam negara, Ebit Lew juga pernah menghantar bantuan kemanusiaan bagi saudara se-Islam di Gaza.
Terbaharu, Ebit Lew tampil membawa misi kemanusiaan sama seumpamanya, turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa tragedi yang terkesan musibah gempa bumi di Turkiye.
Perkara berkenaan, dimaklumkan Ebit menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya.
Menerusi paparan video tersebut, dapat disaksikan Ebit Lew bersama pasukannya sedang sibuk memberikan bantuan berbetuk barangan keperluan asas iaitu makanan kepada mangsa yang terlibat.
Mengulas perasaan ketika menyaksikan sendiri suasana umat Islam di tempat musibah itu berlaku, Ebit Lew akui dirinya turut merasa sebak ketika menemubual salah seorang mangsa gempa bumi yang masih menanti dan berharap agar anak-anaknya yang masih tertimbus dibawah bongkah batu akibat gempa itu dapat diselamatkan.
“Sebak sayu menanti anak-anaknya. Ditimbus dalam runtuhan. Semua rumahnya musnah dan tiada apa yang tinggal.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Menangis je makcik ni. Semoga Allah beri kekuatan pada makcik dan diizinkan Allah dapat jumpa anak-anaknya.” Tulis Ebit Lew ringkas pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya turut sebak, sebaik melihat ujian yang menimpa rakyat Turki dan Syria.
Malah ramai mendoakan agar urusan Ebit Lew dan pasukan dalam melakukan misi kemanusian dipermudahkan dan terus memberi manfaat kepada umat manusia sejagat.
“Semoga Allah berikan kekuatan buat mereka semua untuk menghadapi ujian ini. Aamin Ya Rabbal Alamin.”
“Allahuakbar. Sebaknya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Innalillahiwainnailaihirajiun.”
“Teruskan berjuang kerana Allah, Ustaz. Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz..Aamin.”
“Teruskan beri manfaat buat orang lain ya Ustaz, jangan pernah berhenti sebar kebaikan.
Sekadar info, pada 6 Februari 2023, satu tragedi gempa bumi dahsyat telah menggegarkan bumi Turkiye dan sebahagian Syria hingga mendapat perhatian seluruh warga dunia.
Pada masa kini, semakin ramai kaum wanita yang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi ijazah. Banyak juga di kalangan gadis-gadis muda yang sudah memasang impian untuk belajar hingga ke peringkat doktor falsafah namun tidak tahu mahu bermula dari mana.
Adakah hijabi juga begitu? Kalau ada fikiran yang sama, mari ikuti thread ini oleh Dr.Mar di twitter di akaunnya @MarAzlan.
Semoga penjelasan ini menjawab kekeliruan yang bermain di minda anda semua. Selamat mencapai cita-cita anda. Kentalkan semangat InsyaAllah anda akan sampai ke puncak yang tertinggi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.