Sabtu lalu menyaksikan satu anugerah berprestij diadakan iaitu Festival Filem Malaysia ke 30 berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf serta menghargai karyawan yang terbabit dalam industri dunia seni tanah air. Dan malam itu juga menyaksikan para selebriti berhimpun sambil menggayakan busana cantik dan anggun.
Rata-rata selebriti yang hadir memenuhi tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Sama ada datang berteman atau seorang kehadiran selebriti ini dengan busana cantik memang menyerikan lagi kemeriahan majlis ini yang menyaksikan filem One Tow Jaga arahan Namron membolot 5 anugerah termasuk Filem dan Pengarah Terbaik.
Antara selebriti yang mencuri tumpuan malam itu seperti Mira Filza, Datin Seri Umie Aida yang juga merangkul anugerah Pelakon Wanita terbaik bagi filemm Dukun serta beberapa lagi selebriti berhijab yang datang.
Ayuh kita lihat #OOTD mereka ini dan boleh menjadi idea untuk persiapan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
#1. Mira Filzah
Ads
#2. Umie Aida
#3. Fatiya Latiff
#4. Alia Iman Azmil Mustafa
Ads
#5. Siti Nurhaliza
#6. Azizah Mahzan
Ads
#7. Fazura
#8. Nynaa Harizal
#9. Farah Nabilah
#10. Ezzaty Abdullah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kadang-kadang, rasanya ada garis tipis antara mencintai tubuh anda dan membencinya. Tetapi sebenarnya ada banyak yang boleh anda lakukan untuk perbaikinya, ‘menyanyagi diri sendiri’. Semuanya bermula dengan membuat pilihan yang tepat untuk mencintai susuk tubuh sendiri.
Sekiranya anda ingin hidup lebih sihat, jauh lebih mudah daripada yang anda fikirkan untuk mencapai matlamat yang anda miliki untuk diri sendiri. Semuanya bermula dengan tabiat penurunan berat badan terbaik yang boleh anda guna dengan mudah.
Berikut adalah beberapa cara tanpa diet, tanpa bersenam untuk mula menurunkan berat badan dan untuk membantu anda mencapai jalan yang betul dan kekal selamanya
Kajian menunjukkan bahawa peramal nombor satu kenaikan berat badan anda yang sedang menjalani diet. Ini kerana pemotongan kalori secara dramatik mengurangkan kekuatan, jisim otot, dan ketumpatan tulang dan anda memerlukan otot yang kuat untuk membakar lemak viseral dan menjauhkannya daripada merekrut lebih banyak sel ke dalam skema simpanan lemaknya.
Satu kajian di Eropah mengesan 90,000 individu selama beberapa tahun dan mendapati bahawa pengamal diet yang cuba makan “rendah lemak” mempunyai risiko yang sama untuk mengalami kegemukan seperti mereka yang makan apa sahaja yang mereka inginkan. Sebagai gantinya, anda ingin memberi tumpuan kepada makan lemak sihat pada setiap hidangan.
Penyelidik Yunani melaporkan bahawa makan dengan lebih perlahan dan menikmati makanan anda dapat meningkatkan tahap hormon yang membuat anda merasa kenyang lebih lama. Sunah rasulullah yang tak perlu disangkal lagi!
Penyelidik Belanda mengemukakan sekumpulan subjek ujian pertanyaan seperti, “Jika anda lapar pada jam 4:00 petang, lalu … apa yang anda makan?” Jawapannya “Saya akan makan sedikit kacang almond” lebih berjaya menurunkan berat badan daripada mereka yang tidak. Cara terbaik, persiapan makan di mana anda akan menyimpan di dalam peti sejuk anda dengan makanan siap makan selama seminggu, jadi anda tidak perlu bertanya, “Apa untuk makan malam?”
Individu yang makan protein dengan kadar yang cukup tinggi dua kali lebih mungkin untuk menurunkan berat badan dan menurunkannya daripada mereka yang tidak. Jadi, masa untuk membuat stok dan mendapatkan protein harian anda!
Anda benar-benar tidak memerlukan rancangan latihan formal untuk tetap kurus. Namun, anda perlu meluangkan masa untuk bergerak. Rata-rata individu membuat dua kali keputusan setiap hari yang mempengaruhi berat badannya. Latih diri anda untuk mengatakan ya untuk lebih banyak pergerakan.
Dalam satu kajian, individu yang mengurangkan waktu TV harian mereka dari lima jam sehari menjadi dua setengah jam sehari membakar purata 119 kalori setiap hari. Itu mungkin tidak banyak, tetapi selama setahun, itu sudah cukup untuk kehilangan lebih dari 12 paun. Selama lima tahun, itu adalah kenaikan 60 paun. Oleh itu, hadkan menonton TV anda untuk mengelakkan sesi pesta sepanjang hari yang menyebabkan anda tidak bergerak dari sofa berjam-jam!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain berhadapan dengan masalah kulit seperti berjerawat, kaum wanita juga sering terdedah dengan bibir kering hingga menyebabkan menggelupas. Dan bila kita tarik kulit menggelupas itu akan menyebabkan ia jadi berdarah. Waktu itu sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Namun usah risau dengan masalah ini. Perkongsian wanita ini Hazirah Maulama di laman sosial facebook memberitahu petua melalui cara dengan membuat skrub menggunakan bahan dapur untuk menyelesaikan masalah bibir kering.
Malah cara ini juga diyakini selamat dan sangat bajet. Namun begitu diingatkan juga agar jangan lupa minum air masak secukupnya supaya tidak berlaku dihidrasi terutama pada cuaca tidak menentu.
HOME MADE SCRUB BIBIR
Lately ni hujan panas hujan panas. Cuaca tak menentu. Bibir pun ikut kering dan menggelupas. Bila tarik yang menggelupas tu siap berdarah. Sakitnya.
Pi lah dapur jap. Amik madu, minyak zaitun ngn gula. Campur campur kan bahan tu. Dah siap gosok gosok sental sental kat bibir sampai tanggal sel sel kulit mati.
Dah siap sental amik tisu dan lap bibir. Haa amik kau hilang semua yang menggelupas tu. Bibir pun jadi moist moist je.
Maklum lah. Kite ni memang pencinta natural. Guna selagi ape yang boleh guna kat dapur. Bahan pun selamat. Kalau korang nak cuba buat pun boleh. Selamat mencuba
P/s: Jangan lupa minum air masak yang cukup supaya tak berlaku dehydration di kala cuaca tak menentu ni.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular baru-baru ini apabila sebuah majlis perkahwinan di kejutkan dengan kehadiran ‘maskot beruang’ secara tiba-tiba. Kemunculan maskot itu bukan sahaja membuatkan para tetamu yang hadir ternganga, malah, pengantin juga menitis air mata melihat orang di sebalik ‘penyamaran’ itu.
Kejutan yang di buat itu pula bukanlah satu rancangan oleh tuan rumah sendiri. Pengantin juga tidak tahu kehadiran maskot itu boleh menjadi situasi ‘meleleh air mata’ yang bakal menjadi viral.
Apabila di lihat melalui video perkongsian di Tiktok itu, tiada jangkaan maskot atau apa-apa kejutan sebegitu yang di rancang oleh pihak penganjur majlis oleh kerana ramai yang pelik melihat keadaan tersebut. Meski pun begitu, ia menjadi perhatian orang di sekeliling.
Maskot tersebut menuju ke arah pengantin perempuan dan akhirnya menonjolkan dirinya sejurus membuka sarung kepala maskot beruang itu. Terus menitis air mata pengantin perempuan melihat individu di sebalik itu merupakan rakan baiknya.
Orang ramai turut tersentuh melihat video hasil perkongsian oleh Bella Yusof melalui TikTok akaun miliknya. Video yang berdurasi 1 minit 2 saat itu telah meraih sebanyak 2.6 juta penonton ketika ini.
Di temubual oleh mStar, gerangan wanita yang bernama Bella Yusoff merupakan dalang di sebalik setiap kejutan maskot. Dia merupakan seorang usahawan yang menyediakan khidmat sewaan maskot dan surprise delivery yang pada awalnya telah di hubungi oleh seorang pelanggan wanita.
“Wanita tersebut kata dia dari Nilai dan mahu sewa maskot untuk buat kejutan sempena majlis perkahwinan sahabat baiknya di Shah Alam, Selangor pada 8 Oktober.
“Saya ada 10 kostum maskot dan pelanggan wanita itu pilih maskot beruang. Video kejutan di majlis tersebut dirakam oleh seorang lagi rakannya. Dia kemudian kongsi video tersebut kepada saya,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.
Bella turut berkata ini merupakan pengalamannya untuk kali kedua melihat pelanggannya menyewa maskot untuk membuat kejutan sempena majlis perkahwinan sahabat baik masing-masing.
“Tapi video kedua ini paling tak sangka sampai lebih 1.5 juta jumlah tontonan.
“Mungkin reaksi pengantin perempuan yang mengalirkan air mata kerana terlalu tersentuh dengan effort sahabat baiknya, membuatkan netizen turut sama mengalirkan air mata.
“Mereka dapat rasakan betapa akrabnya persahabatan antara pengantin perempuan dan sahabatnya itu. Bukan senang bila ada kawan sanggup datang siap pakai maskot demi nak buat kejutan.
“Nampak macam simple tapi kenangan tersebut akan kekal sampai bila-bila,” sambungnya lagi.
Tidak juga untuk melepaskan peluang, usahawan berumur 29 tahun itu juga berceritakan sedikit sebanyak mengenai perniagaannya. Dia telah berkecimpung dalam dunia bisnes sejak empat tahun lalu hanya berbekalkan dengan bantuan seorang staf.
“Selain sewaan maskot, saya juga buat surprise delivery sekitar Selangor dan Lembah Klang. Lazimnya pelanggan akan sewa kostum maskot untuk majlis hari jadi, event sekolah, serta buat kejutan untuk pasangan.
“Sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bisnes ni, saya juga lazimnya terlibat ikut pelanggan hantar hadiah dan buat kejutan kepada orang kesayangan mereka.
“Ada seorang lelaki ni buat kejutan untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-10, di rumah mereka. Reaksi isterinya buat saya turut sebak. Seronok jadi sebahagian daripada momen manis mereka.
“Kesimpulannya, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Mahal murah sesuatu hadiah atau kejutan bukan soalnya, yang penting kenangan yang dicipta akan diingati sampai bila-bila,” ujarnya lagi.
Setiap momen yang terukir, Bella telah menyaksikannya. Ikuti perkongsian ini, hargai setiap kisah anda bersama dengan orang yang tersayang.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.