Tahun 2019 baru sahaja bermula, kini sudah memasuki bulan Febuari. Namun pelbagai fesyen hot selebriti berhijab menjadi ikutan hijabi yang gemar berfesyen.
Antara selebriti berhijab yang menjadi tarikan atau idola berfesyen adalah DS Siti Nurhaliza, Neelofa, Vivy Yusof, Mira Filzah, Mizz Nina, Elfira Loy, Hanis Zalikha, Irma Hasmie , Bella Dally dan Heliza Helmi.
Fesyen yang dipilih bukan sahaja sopan dan stailo, malah turut menjadi ikutan netizen untuk bergaya.
Keberanian selebriti berhijab dalam berfesyen boleh dijadikan contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil stailo, cantik, bergaya dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang Muslimah.
Ayuh kita lihat 10 Fesyen Hot Selebriti Hijabista sepanjang tahun 2018
Siapa kata wanita berhijab tidak boleh berfesyen? Dengan padanan gaya trend terkini, dan juga pilihan warna yang sesuai, anda siap untuk menjadi hijabista seperti selebriti berhijab yang anda suka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada Selasa lalu, Duchess of Sussex iaitu Meghan Markle dan suaminya Putera Harry telah berkunjung ke Masjid Auwal di Capetown, Afrika Selatan.
Mengambil kesempatan itu bagi melihat manuskrip pertama Al-Quran, penampilan Meghan juga menjadi tumpuan apabila dia telah tampil sopan dengan mengenakan dress STAUD khaki, sepatu flat Sam Edelaman dan juga selendang di kepala.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah hampir setahun pelakon Izreen Azminda bergelar isteri kepada pemuzik Ude Wahid. Walaupun kisah perkahwinannya cukup kontroversi dan jadi bualan sepanjang tahun, tetapi selebriti ini tetap tabah mengharungi dugaan. Dan sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama, Izreen dan suaminya telah mengadakan majlis resepsi di sebuah villa mewah di Melaka. Memilih persalinan dress moden serba putih di majlis persandingan, memang cukup terserlah kejelitaan di wajah pelakon berbakat ini.
Dengan solekan kemas serta hiasan pelamin berlatar belakang warna kuning diraja bagai sebuah singgah sana indah menjadikan pasangan ini kelihatan sama cantik sama padan.
Izreen yang berkahwin dengan Ude sekitar Ogos tahun lalu kelihatan cukup bahagia di samping suaminya yang juga segak mengenakan baju Melayu warna putih lengkap samping dan songkok.
Hijabista doakan semoga pasangan yang sangat viral di media sosial ini kekal bahagia till jannah.
Warna putih sinonim dengan majlis pernikahan dan persandingan, berada dalam kelas tersendiri, yang sering menjadi pilihan pasangan raja sehari. Namun untuk dijadikan pakaian harian, pasti tidak semua hijabi berani memilih warna ini.
Kebanyakan wanita berpendapat agak sukar untuk dipadankan dengan solekan, apatah lagi di majlis pernikahan. Ada juga yang merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam dan gelap. Merungkai kekusutan hijabi, melalui perkongsian juru solek selebriti yang terkenal melalui aplikasi TikTok, Syed Dewa berkongsi pendapat bagaimana untuk terus rasa yakin menggayakan tudung berwarna putih dan gaya solekan.
Ada kemungkinan warna wajah akan nampak lebih gelap dari warna asal, Syed Dewa menyangkal pendapat itu, malah dia sendiri yang telah menyolek pelbagai rona kulit untuk majlis pernikahan, “putih bersesuaian dengan semua rona kulit, anda cuma perlu tahu cara mengimbanginya, kata Syed Dewa.
Syed juga menyarankan ketika bersiap, apabila disolek oleh juru solek anda disarankan memakai tudung warna putih, iaitu tudung ekstra selain dari tudung yang hendak dipakai ketika majlis. Juru solek akan lebih jelas dan nampak hasil solekan, di situlah solekan dapat diimbangi dan dapat mengelakkan warna kulit jadi gelap dari rona asal kulit anda. Ujarnya lagi warna foundation memainkan peranan penting, di mana warna asas ini perlu di terangkan sedikit bagi melawan warna putih tudung.
Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.
Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.
Pilihan fabrik terbaik yang lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin. Untuk menggelak ketidakselesaan dalam tempoh yang panjang, perlu elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas. Pilihan fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan cantik di mata anda.
Cadangan warna untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Manakala gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu lavender, merah dan hitam serta merah dan putih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.