Berdepan dengan kemelut rumah tangga yang akhirnya membawa kepada jalan perpisahan. Biarpun berlaku di bulan penuh keberkatan ini, namun bagi pelakon Bella Dally menganggap itu semua adalah takdir Illahi. Bercerita sisi lain, pelakon cantik manis ini turut berkongsi pengalamannya menempuh malam Lailatulqadar. Ternyata dia antara insan yang beruntung kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan malam yang dinantikan oleh semua umat Islam.
Menurutnya juga yang merupakan Muse Ariani ini, pengalaman itu dirasai ketika dia masih kecil dan masih di bangku sekolah.
“Inilah nostalgia Ramadan yang tidak pernah saya lupa. Ada satu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah. Masa itu subuh baru lepas sahur. Suasana ketika itu sangat sunyi dan tenang sekali.
“Apabila keluar rumah saya nampak bintang banyak sekali bertaburan di kanvas langit. Sangat indah dan perasaan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Ads
“Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatulqadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa lagi dengan malam seperti itu,” ujarnya ketika ditemubual bersama majalah Nona.
Menurutnya bercerita tentang aktiviti seni sepanjang bulan puasa, Bella mahu lebih fokus meraih keberkatan Ramadan pada tahun ini.
Ads
“Saya suka make myself busy agar tidak terasa masa yang berlalu. Kalau ada shooting masa puasa, saya rasa hari berlalu dengan cepat. Sedar-sedar dah tiba waktu berbuka.
“Sebenarnya saya akui jarang memasak ketika berbuka kerana tuntutan kerja dan masa yang tidak mengizinkan. Paling suka beli juadah di Bazar Ramadan terutamanya di TTDI Kuala Lumpur. Juadah favorite saya sudah tentunya nasi beriani. Beratur panjang pun tak mengapa,” tambahnya yang akan balik seminggu awal sebelum raya untuk berpuasa bersama keluarga di Sabah.
Walaupun akan merayakan Syawal tanpa kehadiran suami di sisi, namun Bella tetap positif. Baginya perpisahan jalan terbaik setelah kedua-duanya duduk berbincang dan mencari jalan terbaik kepada hubungan mereka.
“Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafasberbau. Sesetengah makanan boleh menyebabkan keadaan “halitosis” (mulut berbau). Dengan pelbagai trend diet yang ada pada masa kini, misalnya, diet rendah karbohidrat, berpuasa, dan “Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafas berbau.
Menurut Judy Ng Wei Chern, Pakar Dietetik Pusat Perubatan Prince Court, makanan yang
berperisa kuat misalnya rempah, bawang putih dan bawang merah menghasilkan bau yang
kuat disebabkan oleh bahan kimia yang mengandungi sulfur. Ia akan berlingkar dan
tersimpan dalam mulut serta diserap ke pengaliran darah, dan akan menyebabkan nafas
berbau.
“Selain itu, kafein dan minuman alkohol juga boleh menyebabkan mulut kering. Keadaan
yang kering ini sesuai untuk pembiakan bakteria tanpa air liur. Makanan ataupun minuman
dengan tambahan gula juga harus dielakkan. Hal ini disebabkan gula merupakan makanan
kepada bakteria dan mengalakkan pembiakan bakteria dan seterusnya membentukkan plak di gigi dan gusi.”
Tambahnya lagi, ada juga sumber pemakanan yang dapat mengelakkan masalah mulut
berbau. Judy juga turut menyarankan agar mereka yang mengalami mulut berbau
mengamalkan diet yang seimbang.
“Lebihkan banyak sayur – sayuran dan buah-buahan yang segar dan yang tinggi Vitamin C
yang membolehkan keadaan dalam mulut terhalang dari pembiakan bakteria. Berdasarkan
kajian, probiotik dalam yogurt tanpa gula juga boleh mengurangkan tahap bau dalam mulut yang disebabkan oleh hidrogen sulfida. Hal ini disebabkan strain kultur streptococci dan lactobacilli bersaing dengan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Selain itu, minum cukup air untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi untuk mengurangkan pembiakan bakteria. Air merupakan minuman yang paling sesuai untuk mencegah halitosis.”
Minuman bergas mengandungi asid yang boleh mengeringkan mulut, dan akan membolehkan pembiakan bakteria lalu menyebabkan nafas berbau.
“Selain itu juga, bukan semua teh menyebabkan nafas berbau. Sebagai contoh, kajian
menunjukkan bahawa teh hijau dan teh hitam boleh mengurangkan nafas berbau kerana ia
kaya dengan antioksidan, polifenol yang boleh memansuhkan pembiakan bakteria yang
menyebabkan nafas berbau. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus
mengambilnya secara berlebihan.meminum teh secara berlebihan.”
“Sentiasa berkumur dengan air atau minum banyak air selepas makan makanan yang berbau kuat seperti kari pedas, bawang putih, bawang untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi. Selain itu juga, bawa berus gigi dan ubat gigi di dalam beg anda. Mulut berbau boleh dikurangkan dengan menggosok gigi. Doktor gigi menggalakkan kita untuk memggosok gigi 2-3 kali setiap hari dan flos gigi kita sekali setiap hari. Anda juga boleh mengunyah gula- gula getah atau makan gula-gula berperisa pudina tanpa tambahan gula untuk merangsangkan air liur sekiranya anda tidak boleh menggosok gigi selepas makan makanan berbau kuat.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita kini menjadikan travel ke beberapa destinasi menarik seluruh negara ini sebagai hobi atau aktiviti terutamanya pada hujung tahun. Jika masih panjang umur, pasti akan kembali ke tanah air dengan selamat.
Namun jika sudah ditakdirkan meninggal dunia ketika travel di negara orang, siapalah kita untuk menghalang takdir Allah. Dalam hal ini bagaimana agaknya jasad kita mahu dibawa pulang jika meninggal di tempat orang lebih-lebih di negara yang bukan patuh syariah.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam dan Editor Penerbitan al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil menjelaskan jika seseorang itu travel ke luar negara terutama yang bukan patuh Syariah dan kemudiannya meninggal dunia dan ada di kalangan keluarga berhajat kepada jenazah ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Malaysia, prosesnya memang agak rumit.
Langkah pertama haruslah rujuk kedutaan Malaysia di negara yang mereka kunjungi. Ahli keluarga atau sesiapa juga boleh membawa masuk jenazah bukan warganegara Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan dari pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
“Jasad atau jenazah disedut keluar apa sahaja darah atau seumpamanya kerana dikuatiri jangkitan itu akan merebak yang boleh menyebabkan masalah keselamatan dan menyebabkan virus berlaku.
“Kebiasaaanya jasad itu akan dibekukan kemudian disimpan di tempat yang khas dengan suhu yang telah diaturkan. Dan untuk jasad ini dibawa pulang ke Malaysia akan melalui proses-proses tertentu,” ujar Ustaz Amiro Safwan.
Menurutnya yang meninggal dunia itu di di kalangan orang Malaysia dan pihak kedutaan akan bertanggung jawab menguruskan proses berkenaan.
“Pihak yang akan menguruskan jenazah adalah Kedutaan di negara berkenaan. Proses membawa balik ini akan mengambil masa paling kurang dua atau tiga minggu barulah jenazah boleh dibawa pulang,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Panduan membawa balik dan keluar jenazah atau abu mayat boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.