Ada pelbagai cara senaman yang mudah dilakukan oleh kita kaum wanita untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga.
Salah satunya adalah dengan melakukan senaman ringan seperti berjoging ataupun skipping. Namun ramai di kalangan wanita yang takut untuk skipping kerana bimbang bahagian tertentu anggota tubuh akan jatuh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Adakah benar cara ini boleh menyebabkan masalah berkenaan kerana skipping sebenarnya cara senaman paling mudah dan senang untuk dilakukan. Kebaikannya adalah bagus untuk jantung dan perjalanan darah menjadi lancar (jika diamalkan 15 minit setiap hari). Boleh dilakukan di rumah sebaik pulang daripada bekerja.
Dalam hal ini Fitness Trainer, Kevin Zahri menjelaskan, bahawa tidak semua masalah itu disebabkan oleh amalan skipping. Menurutnya, kejatuhan di bahagian anggota wanita ini adalah yang bersangkut paut dengan lemak dan graviti (over time), dan bukannya disebabkan oleh senaman lopatan skipping.
Malah banyak atlit sukan melakukan skipping tetapi bahagian ini tetap padu kurang lemak secara amnya. Manakala dalam penjelasannya berkenaan perakan pula lebih berkaitan teknik dan cara senaman daripada senama itu sendiri. Menurutnya jika melakukan dengan impak tinggi (ianya salah) dan sudah tentu stress/beban itu lebih tinggi.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fazura atau dikenali sebagai Faz iaitu pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal telah mengumumkan kejutan yang ingin dikongsikan kepada pihak media dan peminat diluar sana tentang beliau ingin menganjurkan konsert “FAZTIVAL FAZURA 2022” pada 11 september ini di Axiata Arena Bukit Jalil.
Konsert tersebut akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan Malaysia dan ada juga dari Indonesia khas buat semua peminat Fazura.
Seperti yang kita ketahui, Fazura mempunyai pelbagai produk dibawah rangkaiannya termasuklah tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty termasuk rangkaian fesyen serta aksesori iaitu Fazbulous. Fazura juga berkata konsert yang akan berlangsung ini adalah salah satu dari hasrat yang sudah lama oleh Fazura kerana semua penyanyi yang dijemput merupakan idola beliau sejak dari kecil sehingga kini.
“Konsert ini bertujuan untuk Faz menghargai peminat-peminat Faz dan juga penyokong yang membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh Fazura dan selain itu juga bagi menghargai semua Fazura Besties” kata Fazura
Barisan artist yang digabungkan dalam konsert ini juga merupakan nama-nama besar di Malaysia seperti Dato M.Nasir, Dato’ Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi. Selain itu, artis di Indonesia merupakan nama yang besar juga iaitu Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani bersama isterinya yang merupakan penyanyi terkenal juga iaitu Mulan Jameela.
“Fazura juga berharap agar penganjuran buat julung kali Faztival Fazura ini dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, InsyaAllah” Kata Fazura
Buat mereka yang bertanyakan tentang tiket pasti akan tidak sabar kerana harga tiket yang dijual menurut Fazura merupakan harga yang mampu milik dengan hastag #miliksemua di mana sangat sinonim dengan jenama Fazura dan boleh mula dibeli pada 19 Ogos 2022 dengan harga bermula RM147.
“Seperti yang semua tahu, memang motto perniagaan Faz adalah #miliksemua dan semua insyaAllah dapat memiliki dan Faz tak nak lah jual harga mahal-mahal sebab mesti ramai yang teringin nak pergi”
“Faz tak nak jual mahal kerana ramai juga yang dalam kesusahan dan masih susah tetapi Faz ingin mereka release stress dengan berhibur sebentar bersama artis-artis ternama ini dan mereka dapat beli dan dapat hadir.”
Oleh kerana tular isu nama Fazura di petik di “Live” salah seorang selebriti dan jawapan yang diberikan sangat tenang oleh Fazura. Lebih-lebih lagi apabila dia mengatakan dia tidak mengambil tahu hal sedemikian. Namun, Fazura berkata dia lebih seronok dan teruja tentang konsert Fastival Fazura yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda menghabiskan banyak masa, usaha dan wang untuk menguruskan rutin penjagaan kulit yang sempurna, tetapi mungkin sudah waktunya untuk mempertimbangkan bahawa pilihan solekan anda sama pentingnya ketika berusaha mengekalkan kulit yang halus dan bebas dari cela.
Fikirkanlah jika anda mengoleskan kulit anda yang dijaga rapi dengan foundation yang mengandungi bahan penyumbat pori, bahan-bahan itu duduk di kulit anda sepanjang hari. Anda bukan sahaja dapat menemukan foundation yang diformulasikan untuk memenuhi jenis kulit anda kering, berminyak, rawan jerawat atau matang. Menurut pakar dermatologi, anda juga boleh menemui foundation yang dirumuskan dengan ramuan yang membantu melawan masalah kulit yang biasa.
Cari titanium dioksida atau zink mikron dengan kekuatan sekurang-kurangnya 7-10%. Ini akan membantu mencegah hiperpigmentasi dari sebarang jenis menjadi lebih teruk, termasuk melasma. Langkah terbaik untuk mengelakkan foundation dengan minyak mineral, yang berasaskan petroleum, sehingga mempunyai beberapa masalah keselamatan. Ia juga bersifat komedogenik.
Untuk memilih foundation kulit yang terbaik. Sekiranya anda ingin terus kelihatan glam tanpa mengorbankan kulit anda, lihat cadangan pakar di bawah.
Apabila anda ingin meratakan warna kulit anda dan tidak merasa seperti anda memakai apa-apa di wajah, ini adalah produk yang mudah disapukan. Formula ringan boleh digunakan dan dicampur ke dalam kulit menggunakan jari anda jika anda tidak mempunyai berus solekan atau beauty blender.
Foundation penjagaan kulit generasi baru dengan liputan yang boleh dibina untuk hasil semula jadi yang sempurna, hasilnya kulit lebih cantik. Didatangkan dalam pelbagai warna yang sesuai dengan warna kuning, merah jambu & neutral. Bebas komedogenik & wangian.
Formula kesan kulit kedua yang menawarkan liputan tahan lama, menyembunyikan ketidaksempurnaan dan memberikan kulit yang halus dan sekata. Diperkaya dengan alga anti pencemaran dan asid hyaluronik semula jadi, menghidrat kulit anda dan bertindak sebagai pelindung terhadap serangan luaran cahaya biru serta pencemaran.
Ahli dermatologi mengesyorkan formula liputan sederhana ini dibuat untuk kulit berminyak dan kombinasi kerana ia bebas minyak dan sarat dengan asid salisilik untuk membersihkan liang-liang anda, selain kafein untuk menenangkan kemerahan.
L’Oreal Paris True Match Loose Powder Mineral Foundation
Untuk keadaan kulit yang meradang seperti rosacea, penyakit kulit, kulit sensitif atau jerawat, Foundation mineral amat sesuai kerana ia tidak bersifat komedogenik dan mengandungi jumlah keseluruhan bahan. Formula memperbaiki kulit yang mesra dompet ini yang mengandungi titanium dioksida (3%) dan zink oksida (5%) dan menawarkan liputan yang dapat dibina dalam 12 warna.
Sekiranya anda pernah mengalami parut jerawat, perlindungan sinar matahari sangat penting untuk mengelakkan pengumpulan gambar yang membawa kepada bintik-bintik coklat, juga dikenali sebagai hiperpigmentasi pasca-radang yang kemudiannya dapat berkembang. Ini adalah formula untuk anda, kerana ia merangkumi liputan SPF ringan. Tambahan lagi campuran antioksidan melindungi kulit anda dari tekanan harian yang jika dibiarkan sahaja dapat memperburuk hiperpigmentasi dari masa ke masa.”
Produk ini juga disyorkan kebanyakkan pakar, agar mereka yang mempunyai kulit rawan jerawat mencari produk dengan asid salisilik, bahan yang membantu membersihkan liang. Neutrogena SkinClearing Free-Oil Makeup adalah pilihan yang bagus, ia mengandungi 0.5% asid salisilik dan lidah buaya hingga radang.
Mengandungi asid hyaluronik, ekstrak lidah buaya, serta vitamin E & B5. Semua bahan ini membantu melembapkan kulit, terutamanya asid hyaluronik, yang menarik 1,000 kali beratnya di dalam air. Formula melembab ini untuk jenis kulit kombo, kering dan matang dan ia membantu mengatasi hiperpigmentasi dengan memberikan liputan yang sekata untuk melancarkan perubahan warna.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah diejek, dihina, apatah lagi dikasari, ini antara pengalaman aktres Zarina Zainuddin saat membesarkan kedua kembar autisme Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).
Menyelusuri perjalanan hidupnya membesarkan dua cahaya mata yang begitu istimewa, Zarina tidak pernah culas menggalas tanggungjawab sebagai ibu malah tidak memandang kekurangan itu sebagai pematah semangat, malah menjadikan ia sebagai sebuah kelebihan untuk mendidik diri menjadi ibu yang lebih sempurna.
Dalam temubual bersamanya, Zarina menyatakan kehadiran kedua-dua anaknya itu menjadikannya seorang wanita yang tabah dan sabar, malah tidak akan pernah lelah menjaga anak-anak autisme ini.
“Umum tahu, Azal boleh bercakap tetapi Azil sebaliknya. Rutin setiap pagi bagi Azil, adalah membeli surat khabar, jadi boleh atau tidak, saya akan memenuhi permintaannya. Berbeza pula dengan Azal, dialah pembantu saya, selalu ada di set pengambaran, membantu untuk memilih pakaian, aksesori, dan menemani saya ketika sedang berlatih skrip,” ujarnya.
Tambah Zarina, biarpun kadang-kala anak-anaknya akan ada tantrum dan sukar untuk dikawal, namun, dia sebagai ibu tidak pernah menjadikannya sebagai jarak pemisah dan membezakan kasih sayang untuk anak-anaknya itu.
“Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya..”
Bukan semua orang memahami situasi yang dilaluinya. Dia juga tidak meraih simpati kepada sesiapa, cuma dia ingin anak-anaknya hidup seperti kanak-kanak lain. Melihat kedua-dua puteranya itu gelak tawa dan bermain seperti kanak-kanak lain, cukup memberikan hatinya sebuah ketenangan
Jelas Zarina, biarpun mereka menghidap autisme, tetapi itu bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal.Biarpun pernah mengalami beberapa keadaan yang memeritkan, namun Zarina anggap ia sebagai tanda sayang Allah SWT kepadanya.
Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha.
“Ada satu situasi yang pernah berlaku apabila saya membawa mereka makan di luar. Tiba-tiba, ada keluarga mahupun individu yang duduk di sebelah meja kami bangun dan menukar tempat duduk mereka, jauh dari kami. Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya.
Perasaan itu agak perit. Namun, saya tidak boleh tunjukkan kepada mereka, malah saya harus cekal dan tabah untuk menjadi ‘role model’ kepada Azil dan Azal. Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha”.
“Video-video mereka untuk kita belajar tentang autisme..”
Kajian menunjukkan bahawa autisme adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Nama autisme itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisme membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’.
Rakyat Malaysia harini penulis kira sudah mula memahami tentang penegrtian autisme. Namun, masih ramai juga yang kurang kesedaran tentang anak-anak istimewa autisme ini. Salah satu cara yang dilakukan oleh Zarina adalah dengan memuat naik video anak-anaknya di laman Instagram untuk memberi kesedaran tentang autisme itu sendiri.
Saya percaya dengan memuat turun video- video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
“Saya percaya dengan memuat naik video-video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
Hari ini, ramai yang sudah boleh menerima keadaan Azil dan Azal jika tantrum mereka datang di khalayak ramai. Usaha ini juga adalah harapan saya supaya sekolah-sekolah di Malaysia ini menyediakan kelas khas untuk kanak-kanak autisme kerana kami sebagai ibu-bapa amat memerlukannya.
Bukan itu sahaja, malah ibubapa yang turut dikurniakan anak-anak autisme juga sudah berani berkongsi cerita mereka di laman sosial. Ini yang kita mahukan dimana pendidikan tentang autisme itu sudah mula meluas dan penerimaan masyarakat semakin baik,” komen Zarina.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai..”
Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan mahupun lakonan, namun Zarina meletakkan kedua-dua puteranya itu sebagai aspek penting dalam diari hidupnya.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai. Jagalah mereka seperti mana yang diamanahkan oleh-Nya. Bagi mereka yang memiliki anak-anak autisme, bersabar dan redhalah dengan ketentuannya. Sesungguhnya, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Maka bersyukurlah dan teruslah berdoa untuk sebuah kebaikan,” ujarnya menutupi kalam bicara ini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.