Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Ahmad Fadil berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ads
Sementara itu, sempena Hari Doktor semalam, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya barisan hadapan atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik itu.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tata cara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ads
Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Seri Paduka berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber kredit: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di dalam islam kita diajar untuk saling menyayangi sesama umat manusia, Ikatan silahturahmi sesama saudara harus selalu kita pupuk. Manusia hidup di dunia layaknya redha dengan ujian Allah s.w.t datangkan untuk kita. Apatah lagi ujian itu dalam bentuk kesihatan.
Ini bertujuan untuk menguji berapa tinggi iman kita kepada yang menciptakan kita iaitu Allah SWT. Ketika kita sedang diuji dengan sakit yakinlah itu datangnya dari Allah swt sehingga kita harus tetap bersyukur, bersabar dan berikhtiar kepada allah swt, kerana dengan ini jugalah bentuk kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.
Bentuk ihktiar atau usaha yang kita lakukan adalah dengan beristirahat, berubat dan menjaga pola pemakanan yang sihat agar cepat sembuh sesuai syariat islam sebagai pedoman yakni “makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Tidak lupa kita harus selalu berdoa dan mendoakan bagi yang sihat untuk orang sakit supaya sakitnya cepat sembuh.
Hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dari Jabir bin Abdillah dia berkata bahwa nabi bersabda :
Artinya : “Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala.” (HR. Muslim)
Bacaan : Bismillahir rahmanir rahim (1) alhamdu lillahi rabbil alamin (2) Ar rahmanir rahim (3) Maliki yaumid din (4) iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (5) Ihdinas siratal mustaqim (6) siratal lazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alihim wa lad dallin (7)
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kamu sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah jalan yang lurus (6) (yaitu) Jalan Orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada merek;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan buka (pula jalan) mereka yang sesat (7).
Dengan membaca surah al fatihah agar kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Supaya saat kita berdoa cepat sembuh supaya dimakbulkan oleh Allh SWT. Kerana surah Al-fatihah ini berisi rangkuman dari al-quran sangat disarankan bagi kita untuk membacanya.
Dan baginda Nabi Muhammad Saw juga membacakan doa ini untuk kesembuhan keluarganya dengan mengusapkan tangan kanan beliau sambil berdoa :
Ertinya : “Ya allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala pentakit, sembuhkanlah,Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan keculai kesembuhan-mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim).”
Dalam hadist Riwayat ( HR. Bukhari dan muslim ), Aisyah R.A berkata bahwa Rasulullah SAW pada suatu ketika berziarah kepada seorang keluarga yang sedang sakit keras. Beliau kemudian mengusapkan tangan kanannya pada kepala keluarga yang sakit tersebut sembari melafalkan :
Dalam Hadist Riwayat Abu Dawud, Attimidzi, dan Alhakim disebutkan bahawa Ibnu Abbas R.A pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa barang siapa yang melawat orang sakit sebelum tiba ajal baginya, Bacakanlah doa ini sebanyak 7 kali, Supaya Allah menyembuhkan ia dai penyakit tersebut. doa cepat sembuh yang di maksud :
Bacaan: “Asalullahal adhim, robbal Arsyil adhim an-yasyfiyaka wa yusfika”
Ertinya: “Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan engkau.”
Banyak doa cepat sembuh yang diajarkan Rasulullah kepada kita untuk orang yang melawat mahupun untuk orang yang sedang sakit.
Rasulullah juga mencontohkan kepada kita bagaimana orang yang sedang sakit untuk berdoa demi kebaikan dan kesembuhan dirinya sendiri, dengan cara meletakkan tangan kanannya pada bahagian tubuh yang sedang sakit sambil berdoa :
Bacaan: “Bismillah A’uudzu Bi’izzatillahi wa Qurdratihi Min Syarri Maa Ajidu wa Uhaadziru”.
Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya, dari kejelekan yang aku rasakan dan yang aku khawatirkan”.
Jika anda mahu atau sedang melawat orang yang sakit parah, Sehingga doktor berpendapat bahawa ini sudah sulit untuk disembuhkan lagi, lebih baik kita mendoakan orang tersebut dengan doa seperti :
Kita juga dapat mengamalkan selawat tibbil qulub agar kita selalu di jaga dari kesihatan, selawat yang memang mengandungi ringkasan untuk dijadikan pengubatan untuk kita . Dibaca 10 kali sambil sentuh bahagian tubuh yang sakit :
Ertinya : “Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita nabi Muhammad Saw, sebagai ubat hati dan penyembuhan, Penyihat badan dann kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya di dalam jasmani mahupun rohani, semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabat-sahabatnya”.
Bacaan dan amalan yang ada di atas anda boleh praktikkan ketika anda sedang sakit atau sedang melawat orang sakit.
Insya allah dengan bertawakal dan berikhtiar kepada Allah Swt dan atas izin-Nya penyakit yang sedang diderita boleh di sembuhkan, kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
Jangan pernah sesekali anda berputus asa, mengeluh menghadapi suatu penyakit atau masalah. Anggaplah musibah yang sedang di rasakan bentuk ujian Allah kepada kita untuk menjadikan kita lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Semoga bermanfaat untuk kita semua dan lebih mendekatkan diri kepada yang menciptakan kita Allah swt. Aminn!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia. Situasi semasa penularan virus COVID-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.
“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya.
Ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.
“Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid,” katanya.
Bagaimanapun katanya, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
“Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran,” katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Beliau berkata, sekiranya Covid-19 merebak dan tidak terkawal, dibolehkan solat Jumaat tidak dilakukan dan digantikan solat Zuhur di rumah masing-masing.
LELAKI WAJIB SOLAT JUMAAT
Syariat Islam mewajibkan bagi umat Islam dalam kalangan lelaki, baligh, berakal, orang yang bermukim di sesuatu tempat dan tidak mempunyai keuzuran, untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah. Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran, hadith dan Ijma’. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Surah al-Jumu’ah: 9)
Imam al-Sarkhasi dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa arahan untuk bersegera tersebut tidak memberi makna lain kecuali makna wajib, serta arahan untuk meninggalkan jual-beli yang pada asal hukumnya adalah harus kerana solat Jumaat menunjukkan kewajipan solat tersebut. (Rujuk al-Mabsuth lil Sarkhasi, 2:21)
Maksudnya: Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit. Hadith riwayat Abu Daud, (1:644)
Disamping itu, telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ berkenaan kewajipan solat Jumaat ke atas orang lelaki, muslim, baligh, yang bermukim di sesuatu tempat dan tiada keuzuran baginya yang membolehkan dia meninggalkan solat Jumaat secara berjemaah. (Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27:193).
Berdasarkan dalil dan hujah di atas, jelaslah kepada kita tentang kewajipan solat Jumaat yang dilaksanakan secara berjemaah.
Ulang kicau di tweet membuat ramai untuk berkongsi fasa yang rakyat Itali telah lalui. Berikutan ramai rakyat Malaysia masih tidak faham dengan tindakan kerajaan anjurkan. Hijabista ingin berkongsi 6 fasa Covid-19 yang dia lami rakyat Itali dan Malaysia tahap 3.
Mohon baca sampai habis sgt berguna sbg panduan utk masa kuarantin skrg…
Baca sampai habis – Sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.
Itali adalah contoh terdekat – Ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.
Sejujurnya, hingga kini *Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini.* Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan *3500 kes Covid-19 yang baru.* Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Dari segi progress, *kita hanya 2 minggu di belakang mereka.* Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Semalam, hari pertama *Kawalan Pergerakan* yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan. Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle dan auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobik di sana. Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. *Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.* Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Itali, seorang rakyat Itali telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy. Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi. Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.
7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.
8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19. Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing. Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata. Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.
Satu jer saya nak pesan, _”Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah….”_
*Mohon SHARE.* Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!