Pasangan sama cantik sama padan iaitu Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal memang sentiasa mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja berjaya sebagai pelakon, mereka kini mengorak langkah dan sudah menjadi usahawan berjaya dalam perniagaan.
Mengusahakan Wawa Cosmetics bersama-sama, mereka kini boleh berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai hari ini apabila sudah berjaya memiliki wisma sendiri.
.
Meluahkan rasa syukur di laman instagramnya, Aeril turut berasa terharu kerana mempunyai seorang isteri sebaik Wawa yang sanggup bersusah senang dengan dirinya sejak dari dahulu lagi.
Ads
Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diraih oleh mereka berdua. Congrats!
Kepulangan Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara ke alam abadi pada 18 Jun yang lalu begitu mengejutkan semua.
Berita itu telah menarik perhatian pelbagai media, rakan-rakan selebriti, peminat, orang awam dan sebagainya termasuklah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sendiri telah berkongsi coretan mengenai amalan Allahyarhamah yang patut dicontohi di laman Facebook.
Berikut perkongsian penceramah motivasi ini di platform media sosialnya. Moga ia memberi manfaat kepada semua.
1. Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.
2. Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.
3. Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau.
4. Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.
5. Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan.
Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.
6. Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.
7. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.
Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia.
Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.
Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya.
Video adik Maisarah, 7, kerap kali tular di media sosial disebabkan gelagatnya yang sangat comel menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kanak-kanak yang berasal dari Sandakan, Sabah ini mula buat orang ramai jatuh cinta padanya sejak videonya bermain hula hoop dan memanjat bukit mendapat perhatian netizen.
Ada sahaja telatahnya yang mencuit hati, melihat videonya sedang melakukan aktiviti sukan yang dimuat naik oleh gurunya iaitu Fazri Hassan ini pasti boleh menceriakan hari yang sedang anda lalui.
Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, ramai penggemar milk tea tidak menikmati minuman kegemaran ini, tetapi rakyat Malaysia tidak menjadikan ini batasan untuk membuat pelbagai aktiviti di rumah mahupun merekacipta resepi sendiri.
Milk Tea yang berasal dari negara Taiwan dan juga Thailand ini menjadi kegilaan kerana rasanya yang berlemak manis dan sedap diminum tidak kira masa. Tetapi, setiap kali mahu membeli milk tea viral ini pastinya perlu beratur panjang! Jangan risau kerana anda sudah boleh buat sendiri milk tea dessert ini di rumah dan boleh minum puas-puas. Melalui perkongsian seorang hijabi E-da Norsyaidah sekali tengok memang rasa nak cuba berkali.
Aroi mak mak… uuuuuih! Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu. So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat. Tapi buat sendiri lagi berbaloi. Cara ni kekda buat simple-simple je ,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara konon good-good jek kan. Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.
2.Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak-lemak susu cair tu.. Minum tengah hari panas-panas.. satu mangkuk licin sorang.
Hilangkan kebosanan anak-anak, jom cuba resepi kegemaran untuk merngeratkan silatulrahim. Selamat mencuba!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.