Penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu bukanlah semudah yang di sangka. Banyak rintangan perlu di tempuhi dalam mengekalkan iman dan taqwa kepada yang Maha Esa.
Pelakon Hannah Delisha tidak menafikan untuk kekal istiqamah itu amat sukar sekali. Meski pun sudah berhijab sejak 3 tahun lalu, dia masih melalui dugaan yang menggoda keimanannya.
Iman selepas berhijrah ada naik dan turun…
Menurut Harian Metro, Hannah Adlina Blackburne Birch atau lebih senang dikenali sebagai Hannah tidak mahu menghukum mana-mana selebriti yang membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Itulah lumrah manusia di mana iman mereka turun dan naik katanya.
“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik,
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya,
Ads
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas,
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan.” kata Hannah mengenai perkara ini.
Tidak faham komen “semoga istiqamah” sewaktu ketika dahulu…
Sumber dari Instagram @hannahdelisha
Seketika dahulu, dia juga pernah melihat komen “semoga istiqamah” pada hantaran selebriti yang mulai berhijrah. Pada awalnya dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan itu.
Ads
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu,
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah.” ujarnya lagi.
Ads
Pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi penghijrahannya bertudung pada September 2020. Dia membuat satu rakaman video yang telah dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi meraikan kejayaan dua gadis hijabi, Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina yang telah bertungkus lumus menguruskan perniagaan ‘Pulut & Kopi’ selama satu tahun.
Kedua hijabi ini memulakan langkahnya dengan ditemani sebuah van usang bersama sekaki payung comel berwarna putih, ditepi jalan di sekitar Kajang yang menjual makanan tradisi melayu iaitu secangkir kopi Arin dan Pulut Kuning Tradisi aneka lauk.
Hasil kegigihan dan titik peluh dua wanita muda ini yang tidak pernah mengalah dan berputus asa menghadapi cabaran, membuatkan perniagaan mereka berkembang pesat dan mengaut keuntungan di luar jangkaan.
Malah, Genap setahun mengusahakan perniagaan Pulut & Kopi, pasangan hijabi ini telah dikurniakan rezeki tak terjangka dari Allah iaitu mereka berjaya membuka kafe mereka sendiri, berbekalkan keuntungan perniagaan yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, kisah Pulut & Kopi ini tular dilaman sosial berikutan keunikan gerai jalanan mereka yang berkonsepkan ‘old school’ hingga berjaya meraih perhatian sekaligus menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan sebuah portal infortainment, dua usahawan muda berjaya ini, Nor Fazrina Fazrin, 28, atau Arin berkata, dia dan juga rakan kongsi perniagaan yang merupakan sahabat karibnya sendiri, Iffah Irdina tidak pernah menjangkakan semua ini.
Jelasnya lagi, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari, gerai tepi jalan yang diusahakan mereka bakal menjangkau ke tahap lebih tinggi, apatah lagi hingga berjaya memiliki kafe sendiri dalam tempoh singkat satu tahun.
“Masa mula-mula buka kafe Pulut & Kopi, sejujurnya terlintas juga perasaan takut dan bimbang di kepala saya dan Iffah. Sebab sebelum ini tak terfikir berjaya ada kafe.
“Bila dah ada kafe, semestinya komitmen pun bertambah. Memanglah orang kata, senang berniaga tepi jalan sebab tak payah bayar apa-apa komitmen. Tapi sampai bila nak berniaga tepi jalan?
“Jadi, berbekalkan keberanian, kami mencuba. Adat berniaga, turun naik mesti ada tapi apa yang kami buat adalah cuba untuk kekalkan kualiti dan rasa seperti sebelum ini,” ujarnya.
Apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah apabila Arin memaklumkan, mereka langsung tidak mengambil khidmat kontraktor bagi tujuan merenovasi kafe mereka, sebaliknya ia adalah hasil usahasama mereka berdua dengan bantuan dua lagi rakan lelaki.
“Dari bancuh simen, ikat bata hinggalah dekorasi, semuanya kudrat kami berempat. Sejujurnya, kami tidak mengambil sebarang loan untuk renovasi.
“Guna keuntungan dari rolling gerai saja. Jadi konsep kafe ini simple dan minimalis,” kongsinya.
Bagaimanapun, mengulas berkenaan perubahan menu kafenya itu, Arin menjelaskan bahawa mereka masih mempertaruhkan menu ‘signature’ iaitu kopi dan pulut kuning.
Cuma terdapat penambahbaikan menu kafe yang memperkenalkan menu baharu bertemakan makanan tradisi Melayu.
“Untuk menu makanan, kami tambah lempeng dan nasi impit untuk dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging atau sambal ikan bilis petai. Ada juga kuah kacang. Dan terbaharu ada kek sarang semut dan roti kukus. Semuanya menu Melayu, tiada menu masakan barat.
Sejak beroperasi di kafe pada Mac tahun lalu, Arin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima dalam tempoh kira-kira 10 bulan itu.
“Orang ramai yang mula-mula sokong sejak Pulut & Kopi bermula di rumah dan di gerai tepi jalan, masih terus menyokong sehingga ada kafe.
“Tak kurang juga, ada yang beritahu datang dari jauh selepas tahu dari media sosial.
Semua inilah yang membuatkan Pulut & Kopi sentiasa bersemangat waja untuk kekal berdiri megah meskipun terpaksa bersaing sengit dengan kafe-kafe hipster lain, yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai rekod, Kafe Pulut & Kopi terletak di Bandar Teknologi Kajang, kira-kira 300 meter dari lokasi tapak gerai sebelum ini. Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Pengasas produk kecantikkan Ainaa Beauty, Syafiqah Aina baru-baru ini membuat kejutan tahun baharu dengan menghadiahkan sebuah kereta Ferrari bewarna merah buat suaminya, Hafiz Mahamad yang dilihat banyak berkorban demi kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri.
Perkara berkenaan dimaklumkan Aina sendiri menerusi sebuah hantaran video di laman sosial miliknya semalam. Dalam video berkenaan dapat disaksikan Aina menyerahkan kunci kenderaan mewah itu kepada suaminya yang tersenyum bahagia.
“New year and this is for you. Reaction macam tak happy je hmm tapi hopefully awak boleh gunakan kereta ni untuk bagi manfaat pada orang ramai,” tulis Aina pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Aina, suaminya tidak kelihatan begitu gembira menerima hadiah itu. Mungkin kerana sifat Hafiz yang sentiasa mengutamakan isteri, anak-anak, keluarga dan orang lain berbanding dirinya sendiri.
Malah, sifat yang ditonjolkan Hafiz dan Aina sering menjadi sumber inspirasi khususnya bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati perkongsian kali ini telah menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, selain itu netizen turut menzahirkan rasa tumpang bahagia untuk pencapaian yang dikecapi Hafiz Mahamad itu.
Rata-ratanya bersetuji bahawa Hafiz layak menerima ‘penghargaan’ sedemikian kerana dia sendiri jarang dilihat memewahkan dirinya sendiri. Sebaliknya selalu membuat kejutan kepada ahli keluarga, teman rapat dan orang-orang terdekat disekelilingnya.
Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh wargamaya pada hantaran berkenaan.
“Asyik bagi orang je, nah sebijik mustang bini bagi”
“Naaaa dia bukan x happy tapi dia mesti akan bebel “awk duit awk tu boleh buat simpan benda lain saya nak awak dan anak2 je” hahahahaha dia sebak sangat tu sebab dia xpernah letak minat dia di tangga teratas sebab selalu letak AINAA dulu dari minat dia. THANKYOU NAAA BUAT RAMAI ORANG TERINSPIRASI ❤️
“Tahniah abg Hafiz!!! @hafizmahamad kereta idaman bohhh. You deserve it! More to go this year with AINAA 😍,” tulis wargamaya.
Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!