Fasiha Latiff, adik kepada pelakon jelita Fathia Latiff baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Trinity College Dublin, Ireland yang membawa gelaran Doktor. Tahniah diucapkan kepadanya telah Berjaya mencapai cita-citanya pada usia muda iaitu 25 tahun. Untunglah, sudahlah cantik, bijak pula tu ! Memang layak digelar beauty with brain.
Lepas ini pasti ramai kan yang ingin mendapatkan rawatan daripada Doktor Fasiha. Sememangnya dia layak untuk menjadi ikon kepada hijabi semua kerana bukan sahaja dia cemerlang dalam akademik, malah sangat pandai juga berfesyen. Moga Doktor Fasiha terus sukses dalam kerjaya yang diimpikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebiasaannya golongan ‘mak-mak’ pasti akan mengamuk jika bekas kedap udara Tupperware mereka hilang atau rosak. Boleh merajuk seminggu tau jadinya! Memang sayang bukan mainlah.
Jika sebelum ini sesetengah orang akan fikir ‘bekas makanan je pun’, namun kejadian banjir baru-baru ini benar-benar membuka mata kebanyakan rakyat Malaysia dan mula memahami kenapa ibu kita sayang sangat dengan Tupperware ini.
Jika barangan lain rosak teruk waktu banjir, namun situasi tersebut tidak berlaku terhadap bekas kedap udara ini. Perkara menarik ini menjadi bualan ramai selepas @Azfar_Az berkongsi mengenainya di laman Twitter.
Disebabkan itu,ramai netizen yang berseloroh mengatakan Tupperware patut menjual almari pula selepas ini supaya baju dan dokumen tidak rosak.
Penghawa dingin memang sangat selesa terutama sekali apabila ada di rumah. Sangat seronok apabila bekerja di bawah hembusan penghawa dingin. Ramai antara kita yang rasa selesa apabila adanya penghawa dingin. Jadi, pernahkah anda terfikir bahawa penghawa dingin boleh membuatkan kulit dan mengelupas.
Penghawa dingin dapat menyerap segala lembapan di sekekliling dan menyebabkan kulit menjadi kering dan tidak bermaya. Jadi apa yang menyebabkan penghawa dingin boleh mempengaruhi kulit kita? Udara sejuk sememangnya dapat membuatkan kulit kering dan mengelupas. Walaupun penghawa dingin juga bertindak untuk tapi segala kekotoran seperti debu dan asap di sekeliling kita.
Kajian mengatakan kulit yang tampak kering dan juga tidak bermaya, kurang fleksibel, malah tidak dapat memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Dalam pada masa yang jika kulit anda kering dapatkan mata kita mudah gatal dan juga merah-merah. Selain dari kulit yang kering, penggunaan aircond juga menyebabkan:
Tahukah anda kulit wajah anda akan menghasilkan minyak yang untuk kesihatan kulit kita dan untukmengekalkan keanjalannya. Akan tetapi penggunaan penghawa dingin membuatkan suhu di sekeliling and menjadi rendah dan menyebabkan minyak di kulit anda terbantut.
Kulit anda akan menjadi kering dan tidak bermaya lagi. Apabila kulit anda kering akan menyebabkan kulit tidak sihat dan mengalami dehidrasi.
Kelembapan di kulit membuatkan ianya menjadi rakan baik buat kulit kita. Tanpa kelembapan ia tidak akan dapat mengekalkan keanjalannya. Tetapi, apabila and aberada di bawah hembusan penghawa dingin, kulit akan jadi sangat kering dan kelembapan akan menghilang. Kondisi akan menjadi lebih teruk jika anda tidak minum air dengan mencukupi. Maka kekurangan air akan menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Ini akan menyebabkan wajah anda nampak lebih berkedut.
Masalah kulit kering ini sering dikenali atau menyebabkan dermatitis. Jadi untuk individu yang mempunyai penyakit kulit eczema, psoriasis atau rosacea boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. Selain itu juga perubahan suhu membuatkan kulit kering dan mengelupas yang sangat ekstrem. Tambah-tambah lagi apabila keadaan di Malaysia ini panas dan perubahan suhu merupakan sesuatu yang kerap berlaku.
Anda tidak perlu menutup peghawa dingin atau kekal duduk di bawah kapas untuk mendapatkan kulit yang cantik dan lembap. Penjagaan yang baik dan betul akan mengekalkan kulit anda sihat walaupun setelah berjam-jam di bawah pendingin hawa. Maka, kulit yang mengering dan mengelupas dapat di atasi dengan baik. Pastikan anda melakukan seperti yang dicadangkan oleh Hello doktor ini:
Akhir kata, bekerja di bawah penghawa dingin sangat seronok tetapi untuk memberikan kulit bernafas sekali-sekala. Pastikan anda biarkan kulit mengering dan juga mengelupas. Untuk mendapatkan kulit yang lembap dan cantik lakukanlah langkah di atas. Siapa lagi yang akan menjaga kulit anda.
Penyanyi yang popular dengan lagu Havana, Camila Cabello mengujakan para peminatnya apabila tampil berhijab ketika berkunjung ke masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.
Berkongsi gambarnya di Instagram, gambarnya dibanjiri ribuan komen daripada para peminatnya dan kebanyakannya memuji kerana sikapnya yang menghormati adat, budaya dan agama sesebuah negara.
Salah seorang orang yang saya kagumi, Anthony Bourdain pernah berkata, ‘ianya nampak semakin banyak tempat yang saya tuju, semakin saya sedar betapa besarnya dunia itu’- inisangat benar. Saya suka merasakan perasaan rendah diri itu apabila berkunjung ke suatu tempat dan merasai budaya yang sememangnya berbeza, ia membuatkan awak sedar betapa kecilnya dunia awak berbanding dunia yang sebenar.
Ia adalah mengenai bagaimana anda hidupkan kehidupan anda dalam jutaan versi. Tapi pada waktu yang sama, pengembaraan waktu membuatkan kita sedar yang kita bukanlah terlalu berbeza. Saya memakai hijab kerana rasa hormat apabila melawat masjid dan di kedai seorang gadis yang begitu manis telah menolong saya memakainya.
Kita tidak bertutur dalam bahasa yang sama, tetapi dia tersenyum sewaktu menolong saya dan ini membuatkan saya merasakan dia seperti teman rapat. Saya tak tahu bagaimana mahu mengambarkannya, tapi pengalaman ini memberikan perasan istimewa kepada saya. Jumpa malam ini, Dubai. ?????
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.