Pelakon jelita dan juga usahawan inai, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta baru-baru ini menzahirkan rasa sedih dan kurang senang dengan kelakuan orang melayu beragama Islam yang menyambut hari Krismas pada 25 Disember lalu.
Menurut Che Ta golongan ini terlalu berusaha mahu ‘acah-acah mat salleh’ dengan tanpa segan silu menyambut perayaan itu sambil bermain dengan anjing meskipun agama Islam melarang menyentuh haiwan berkenaan.
Sedih Tengok Orang Melayu ‘Acah’ Jadi Orang Putih
Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada aktor kacak Zain Saidin itu, menerusi satu hantaran di laman Instastory miliknya tengah malam tadi.
“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam!,” Tulis Che Ta
Ads
Moga Allah Kurniakan hidayah Kepada mereka
Sehubungan itu, ibu kepada Aisyah Dhia Rana itu juga berkesempatan menitipkan doa agar individu-individu ini kelak akan mendapat hidayah kurniaan Allah SWT.
“Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..” Tulisnya lagi.
Untuk rekod, isu artis dikecam kerana meraikan sambutn hari Krismas turut terpalit kepada penyanyi, Nourul Depp yang baru-baru ini tindakannya itu telah menjadi perdebatan hingga menerima kritikan hebat dari netizen, selepas berkongsi momen berkenaan di media sosial miliknya.
Ads
Bagaimanapun, Nourul menjelaskan bahawa dia dan keluarganya sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah sahaja, memandangkan kedua-dua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya pada musim-musim cuaca panas, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau keluar pada waktu tengahari atau petang, baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama ketika cuaca panas terik adalah sentiasa bawa kipas tangan, kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Musim jualan yang dinanti-nantikan sudah tiba! Siapa yang tidak suka mendapat tawaran menarik untuk barang kegemaran anda? Laman atas talian yang menjual pelbagai produk kecantikan dan fesyen menjalani minggu kecantikan 12.12 dari 1 hingga 13 Disember 2020.
Sekiranya anda ingin berjimat dan berbelanja secara besar-besaran, penjualan 12.12 pasti merupakan masa untuk menyimpan bekalan kecantikan anda sepanjang tahun. Dengan memberikan harga diskaun terbaik, anda boleh mencuba jenama kecantikan pilihan anda dan tidak merobek dompet anda kerana untuk meneruskan hidup cantik dan sihat dalam keadaan pendemik melaburkan wang untuk produk kecantikan anda akan berfikir dua kali ganda.
Pelembap yang memberikan kelembapan 26 jam dan menjadikan kulit lembut dan licin! Krim putih lembut dan tulen secara harfiah membungkus kulit dengan selesa, memberikan kelembapan tanpa kekeringan dan sesak selama berjam-jam.
Kemasan matte lembut dan tanpa berat seolah-olah kabur yang memberi keselesaan dibibir anda. Aplikasi halus tanpa bergumpal atau masuk antara garisa-garisan bibir.
Set penjagaan kulit ini menjadikan kulit terhidrat dan melembapkan pada waktu pagi. Semasa anda tidur, Lip Sleeping Mask Berry yang wangi manis menghilangkan sel-sel kulit mati sambil menyuntikkan bibir dengan ekstrak beri, antioksidan dan asid hyaluronik sehingga bibir menjadi lembut dan licin pada waktu anda bangun.
Dengan teknologi Sleep-Tox dan Moisture Wrap, Air Sleeping Mask ini membersihkan dan meremajakan kulit anda yang lelah dan sensitif semasa tidur, menjadikannya dalam keadaan optimum setelah seharian yang penuh tekanan dan membantu kulit anda mengekalkan kelembapan sepanjang malam. Formula yang sangat ringan dan selamat membolehkannya dipakai semalaman.
Dirumus khas untuk memperbaiki hujung yang rosak, serum Reparatif Phyto Keratine mengembalikan kelembapan dan bersinar dengan menyuntik jauh ke dalam keratin botani dan asid hyaluronik serat rambut
Gunakan sebahagian besar tip kalis bukti khusus untuk mengisi & membentuk kening. Gunakan tepi runcing untuk menentukan “ekor” alis anda. Campurkan dengan spoolie-brush hingga selesai! Mudah dan cepat.
Rumusan pembentukan semula yang membantu membetulkan bentuk kawasan perut dan pinggang, menjadikan penampilan lebih halus dan tegas. Rawatan yang disasarkan membantu bertindak pada lemak perut dan menyokong kulit dengan gabungan kafein aktif, teratai dan peptida willow putih.
Orang Perancis terkenal dengan jenama farmasi yang hebat dan Laboratoires Embryolisse adalah contoh utama yang paling baik dilakukan oleh para genius Gallic. Dicipta pada tahun 1950 oleh ahli dermatologi hospital, kultus mereka Lait-Creme Concentre kini menjadi bahan legenda; pemalar di belakang pentas di semua pertunjukan fesyen, yang disyorkan oleh pakar penjagaan kulit di seluruh dunia.
Serbuk penetapan # 1 edisi terhad yang diilhamkan oleh keanggunan balet Paris. Kemasan matte yang halus dan sempurna menjadikan pentas untuk persembahan 12 jam yang sempurna. Sentuhan liputan semata-mata dengan kemasan matte menjadikan solek an sempurna selama 12 jam. Formula tanpa kilas balik ini sangat sesuai untuk foto dan menghasilkan kesan fokus lembut untuk mengaburkan rupa garis halus dan ketidaksempurnaan secara halus.
Eksklusif untuk pembaca hijabista #zalorabeauty berbesar hati memberi hadiah barangan kecantikan untuk 3 pelanggan bertuah. Mudah sahaja hanya muat turun pengalaman kecantikan anda di pautan media social dan cerita dalam suapan dengan bersertakan tag @zaloramy dan hashtag #zbeautyhaul. Pemberian ini akan berlangsung dari 10 hingga 24 Disember 2020. Pemenang akan dipilih secara rawak.
Sesuai dengan suasana akhir tahun, zalora juga ingin menyoroti beberapa karya perayaan kami. Sama ada anda tidak sabar-sabar untuk berpakaian untuk majlis makan malam yang intim atau tinggal di rumah dengan orang tersayang, ada sesuatu untuk seisi keluarga dalam koleksi Disember ZALORA.
Dengan kategori Gaya Hidup baru ZALORA, menawarkan hiasan dalaman perayaan, memudahkan pelanggan untuk membeli barang-barang perayaan untuk diri mereka sendiri dan kediaman, semuanya dengan mudah di dalam satu pautan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sabtu lalu Neelofa telah mendedahkan anak kepada sepupunya disahkan positif COVID-19. Noor Sameera Mohd. Nazlee yang baru berusia tujuh bulan kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. Bayi ini dijaga oleh ibunya, Noor Cahaya.
Menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. Katanya setakat ini Sameera masih ada selera makan.
Sameera merupakan bayi paling muda positif Covid-19 di Brunei. Sebelum ini tiada gejala demam atau batuk dan Sameera seorang bayi yang sihat. Namun malangnya Sameera mendapat jangkitan ini dari salah seorang ahli keluarga mertua yang baru pulang dari luar negara.
Allahu..kita doakan moga baby Sameera segera sembuh dan Noor Cahaya dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta terutama bertemu anak sulungnya, Maryam yang amat-amat merinduinya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.