
Penampilan terbaharu pelakon jelita, Zahirah MacWilson bertudung, mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat tampil manis dengan imej sopan itu ketika bercuti bersama keluarga kecilnya.
Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram, Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, kelihatan menikmati momen percutian bersama insan tersayang.
Namun, apa yang paling menjadi tumpuan adalah imej sopan aktres itu yang tampil bertudung, sekali gus mengundang pelbagai reaksi positif daripada warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji penampilan Zahirah yang kelihatan semakin manis dan anggun dengan imej tersebut.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar pelakon itu terus dipermudahkan dalam setiap langkah ke arah kebaikan.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah, “Tidak apa perlahan-lahan, janji istiqamah.”
Kata-kata itu turut disambut dengan pelbagai doa positif daripada peminat yang berharap agar Zahirah diberikan kekuatan dan ketenangan dalam apa juga perjalanan peribadinya.
Penampilan Zahirah MacWilson bertudung itu ternyata mendapat perhatian pengikutnya, namun rata-rata memilih untuk meninggalkan kata-kata yang baik serta memberikan sokongan kepada aktres berkenaan.
Dalam soal penampilan dan perubahan diri, setiap individu mempunyai perjalanan tersendiri. Justeru, reaksi positif serta doa daripada orang sekeliling tentunya lebih menyenangkan berbanding membuat andaian mengenai keputusan peribadi seseorang.
Bagaimanapun, Zahirah setakat ini dilihat belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai penampilan terbaharunya itu.
Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu bagaimanapun dilihat memberi tanda suka pada beberapa komen positif yang ditinggalkan pengikut di Instagram.
Bagi Hijabista, setiap perubahan ke arah kebaikan adalah perjalanan yang sangat peribadi dan tidak seharusnya dibandingkan dengan perjalanan orang lain.
Semoga setiap langkah Zahirah dalam kehidupan sentiasa dipermudahkan dan segala kebaikan yang sedang diusahakan terus diberi kekuatan untuk dipertahankan.
Kadangkala, langkah kecil yang dilakukan dengan ikhlas dan konsisten itulah yang membawa kepada perubahan paling bermakna.
Sumber : IG Zahirah MacWilson