Tiada yang membahagiakan bagi seorang anak apabila dapat menggembirakan hati kedua ibu bapanya. Bagi pelakon Yana Samsudin, keberhasilan menyempurnakan niat untuk membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini adalah sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya.
Melalui perkongsian Yana dilaman Instagramnya, Yana berkongsi rasa gembira dan syukur kerana hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan haji termakbul juga akhirnya. Selepas 10 tahun, akhirnya hajat itu menjadi kenyataan.
Umrah selepas mengerjakan Haji Qiran 2022. MasyaAllah , alhamdulillah… Allahuakbar..
Yana tak pernah jejak kaki ke sini, tapi Allah bagi peluang menunaikan Haji & Umrah sekaligus terus..
Benar janji Allah bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa, kita berusaha melengkap kan rukun Islam ke 5 , berkorban membelanjakan segala harta ke jalan Nya, Allah bagi segalanya … malah lebih.
Ads
SubhanAllah.. aku telah menyaksikan semuanya…
Tiada lebih penting dalam hidup ku, hanya Allah, Muhammad, ibu bapa ku , suami ku dan keluarga ku…
IMPIAN 10 TAHUN YANG LALU
Impian aku membawa mereka sebenarnya dah lebih 10 tahun. Orang cakap artis tak mampu ke? Hanya Allah lebih mengetahui. Hanya aku yang melaluinya ..
Ads
Syukur, beruntung aku juga mempunyai suami yang sangat supportif, ianya juga hadiah pinjaman berharga dari Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih sayang atas segalanya @fadzilzahari.
Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah membantu perjalanan kami di sini @seahajjpr
Ads
Hari ini, di saat ini aku telah menyaksikan banyak perkara bahawa Allah itu Maha Esa , Maha Pemurah , Maha mengasihani & Maha mengetahui. Percayalah tiada RAGU , hanya SATU! La ilaha illAllah Muhamadurrasulullah… Semoga kalian di jemput menjadi Dhuyufurahman.Amin.
Tular kisah menyentuh hati di media sosial apabila pertemuan antara kedua anak dan ibu setelah sekian lama terpisah. Selama 20 tahun, kini Allah SWT pertemukan mereka berkat hasil pencarian oleh rakan.
Nurshahirah Sofea yang di jaga oleh bapa angkatnya sejak bayi telah mendapat perhatian orang ramai mengenai kisahnya. Kini dia dapat bersatu semula bersama ibunya setelah sekian lama.
Kisah seorang gadis yang bernama Nurshahirah Sofea telah tular sejak bulan Februari lalu. Dia yang di besarkan oleh bapa angkatnya sejak kecil akui tidak pernah mengenali ibu kandungnya dan hanya menumpang kasih oleh bapa angkatnya, Yakub Hassan, 76 tahun.
Menerusi temubual bersama mStar, Nushahirah Sofea atau mesra di kenali sebagai Sofea atau Sof, 20, mempunyai satu permintaan yang terhasrat di hati–iaitu ingin berjumpa dengan ibu kandungnya sendiri. Meski pun begitu, dia hanya memberitahu kepada dua orang kawan rapatnya dan masih belum bersedia untuk bersua bersama ibu kandungnya.
“Mula-mula ada maklumkan pada dua orang kawan rapat yang saya teringin nak cari mak kandung.
“Saya tak nak jumpa depan-depan sebab masih belum bersedia tapi nak tengok muka dia.
“Mula-mula hanya nak tahu dia masih hidup atau dah meninggal dunia sebab selama ini saya tak pernah berhubung dengan dia,” katanya sewaktu di temubual.
Namun begitu, kisah luahan hati Sofea atau Sof itu tidak dapat di sangkal di ambil serius oleh kedua rakan rapatnya itu, Hana dan Irsyad, apabila mereka sudah pun mengatur langkah untuk membantu Sof mencari ibu kandungnya itu. Mereka sudah pun mengambil langkah pencarian selama beberapa bulan untuk menjejaki ibu kandung rakannya itu, berkat Allah SWT, mereka berjaya temui ibu rakannya itu yang dapat di kenalpasti menetap di Johor Bahru, Johor.
“Masa kawan beritahu dia nak tolong cari, dia minta nama penuh saya. Saya pun tak fikir panjang terus saja berikan.
“Lama kawan saya diam saja tak ada khabar berita baik atau apa-apa pun. Lebih kurang sebulan lepas itu, dia cakap ‘Nama penuh mak kau sekian-sekian kan?’,
“Saya sangat terkejut apabila dia boleh tahu nama penuh mak. Jadi kawan saya yang seorang lagi itu mula mencari nama mak saya di Facebook dan akhirnya jumpa akaun mak.
“Mereka yakin itu mak saya sebab muka lebih kurang sama, jadi mereka cuba hubungi melalui messenger di laman Facebook,” katanya lagi.
Kedua rakannya yang membantu Sof untuk mengenalpasti adakah pemilik akaun Facebook yang mereka temui itu adalah sebetulnya milik mak kandungnya. Apabila melihat gambar profil Facebook wanita tersebut, ada terdapat maklumat yang sama dan tepat sepertimana yang di ketahui oleh Sof melalui bapa angkatnya.
Setelah betul sangkaan kedua rakannya itu, mereka mula untuk berhubung dengan wanita tersebut melalui messenger di Facebook. Percubaan mereka untuk menghubungi ibu kandung Sofea kini berjaya apabila pemilik akaun itu sudah memberikan respon melalui messenger kepada salah seorang rakannya itu.
“Pada mulanya saya sendiri tak yakin bahawa itu ibu kandung saya. Kawan Sof yang perempuan cuba untuk chat tapi tidak dapat apa-apa respon, apabila kawan yang lelaki itu mesej barulah dia balas.
“Apabila kawan Sof tanya pernah tak ada anak nama Nurshahira Sofea…dia mengaku ada. Ibu saya terus tanya soalan macam-macam dekat kawan lelaki saya itu. Apabila dah lama borak bersama ibu, dia ada ajak saya berjumpa.
“Akhirnya pada 30 Ogos yang lalu, kami berjumpa di sebuah kafe di Johor Bahru, tapi sekarang ini mak saya sudah mula bekerja di Kuala Lumpur.
“Sewaktu temuinya itu dia ceritakan segalanya. Kenapa dia mengambil keputusan untuk tinggalkan saya. Jadi daripada itu saya tahu punca mak buat keputusan seperti itu, cuma saya tak boleh ceritakan kisah ini pada umum,” jelas Sof.
Sewaktu pertemuan Sof dan ibu kandungnya itu, ibunya ada mengajak Sof untuk tinggal bersama tetapi Sof enggan membuat sedemikian dan menolak permintaan ibunya oleh kerana dia lebih selesa hidup bersendirian. Kata Sof lagi, dia sudah terbiasa berdikari sejak menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus bekerja di pusat membeli belah, Mid Valley Southkey di Johor Bahru sehingga ke hari ini.
Sebagai pengetahuan semua, Sof tulah muatnaik satu video perkongsian dari kisah cerita dan juga pertemuannya bersama ibu kandungnya itu di laman media sosial miliknya. Sof yang berjumpa ibu kandungnya selepas 20 tahun itu telah membuatkan ramai yang tersentuh apabila melihat pautan video tersebut.
Dinda Hauw merupakan seorang pelakon kelahiran Palembang, Indonesia. Namanya semakin meningkat naik semenjak dia memegang watak sebagai Keke; iaitu seorang kanak-kanak yang menderita sakit kanser otot rangka, dalam filem “Surat Kecil Untuk Tuhan” (2011).
Dinda atau nama sebenarnya, Nyimas Khodijah Nasthiti Adinda, mula menarik perhatian masyarakat di Malaysia selepas membintangi sebuah karya yang membawa penonton mendekati agama Islam yang bertajuk Cinta Subuh (2022).
Peminat Dinda pasti mengetahui bahawa melalui filem tersebutlah dia bertemu dengan suaminya, Reynaldi Mbayang, 24, serta mengakui terjebak dengan cinta lokasi. Bahkan, pasangan tersebut turut mengganggap filem Cinta Subuh sebagai ‘pengiring kisah cinta’ mereka.
Pasangan tersebut kemudiannya telah diijabkabulkan pada 10 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Arshakalif Muhammad Mbayag atau mesra dipanggil Shaka yang kini berusia setahun.
Buat hijabi yang sering mengikuti Instagram pelakon tersebut pasti mengetahui bahawa gaya fesyennya sering menjadi sorotan ramai. Ini kerana, dia sering memakai busana yang tampak mewah dan modest dengan gaya yang mudah untuk ditiru.
Baru-baru ini, pelakon tersebut telah berkongsi fotonya yang menampakkan ‘baby bump’ dan membuatkan netizen ‘gemes’!
Aktres tersebut telah memuat naik foto menyarungkan pakaian ‘all white’ sambil memegang perut melalui laman Instagram. Difahamkan, foto tersebut diambil ketika sedang bercuti bersama suami dan anaknya ke Shiwakawa Go, Jepun.
“Ibu mengandung bulan depan tak boleh naik kapal terbang dah. Masih ada 2 minggu lagi…” tulisnya.
Dalam foto itu, Dinda Hauw kelihatan anggun bersama baju turtleneck berbulu lembut yang menampilkan potongan klasik bersama seluar berwarna putih. Selain itu, dia juga memadankan pakaianya bersama hijab yang berwarna putih dan beret yang kini menjadi trend sebagai item pelengkap fesyen.
Wanita berusia 26 tahun itu turut menambahkan gayanya bersama beg putih yang kecil, sneakers putih dan cermin mata hitam. Suaminya juga dilihat memakai pakaian yang sedondon.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen yang teruja melihat baby bumpnya dan mendoakan kesihatan Dinda. Rakan artis serta para peminat turut memuji rupa paras serta OOTD Dinda yang stylish meskipun sedang menghitung hari untuk melahirkan.
“Sehat selalu ya bunda semoga lancar terus Amin…..”
“Bunda ‘on the way’ anak kedua, hamil atau tak auranya sama cantik… Tiada obatt masyaallah Tabarakallah”
“Masya Allah Tabarakaullahu cantiknya nak…Selalu sehat lancar selamat bahagia sampai persalinan Aamin Ya Allah Ya Robbalalamin”
Terdahulu, aktres dari seberang tersebut pernah mengalami keguguran dan enam bulan selepas itu dia mengumumkan khabar hamil anak kedua saat menjalani ibadah umrah.
Khabar sedih dikongsi oleh selebriti terkenal, Uyaina Arshad mengenai abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad yang meninggal dunia hari ini, 19 Ogos 2022. Menerusi hantaran Instagram tersebut, Uyaina memuat naik gambar abangnya dengan rona hitam putih memaklumkan tentang pemergian abang tersayangnya itu.
Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina meluahkan kata, “Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta.Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk Ummi.
Jelas isteri kepada Raja Syahiran ini, dia baru sahaja bertemu dengan abang sulungnya itu dan menerima pelbagai nasihat dan pesanan. Kongsinya, “Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang.Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam.
“Gelak sama-sama. Macam-macm juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia.”
Lebih menyentuh hati, dalam perkongsian itu juga Uyaina yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya berkongsi bahawa abangnya meninggal dunia pada hari jadi ibunya sendiri.
Luahnya, “Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata2.. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang.Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar.
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.”
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.