Warna Baju Boleh Pengaruhi Mood & Sikap Seseorang. Kalau Hijau Tanda Kreatif, Putih Pula Kesederhanaan!

Share

Selama ini, kita fikir baju hanya sekadar baju dan tiada makna di sebaliknya. Tanpa disedari, warna baju yang dipakai sebenarnya mempengaruhi mood anda dan warna pakaian tersebut juga mampu menunjukkan pesan tertentu pada orang lain.

Ketahui 9 warna pakaian yang punya maksud di sebaliknya.

1. Merah

Sekiranya anda mahu nampak lebih berani, bersemangat dan aktif, warna merah adalah pilihan warna yang tepat untuk anda. Warna merah juga sesuai dipakai untuk first date anda bersama si dia.

2. Biru

Warna biru menunjukkan kedamaian, peribadi yang segar dan percaya pada diri. Bahkan tanpa anda sedari, warna biru juga akan membuatkan orang menerima anda dengan lebih cepat. Betul atau tidak, cuba dulu di rumah.

3. Jingga

Warna jingga dikatakan sebagai warna yang ceria. Individu yang menggemari warna ini juga lebih mudah untuk bergaul dan mempunyai ramai kawan. Selain itu, individu ini juga suka bekerja secara berkumpulan berbanding secara individual.

4. Kuning

Dek kerana warnanya yang cerah, kuning dianggap warna yang membawa kebahagiaan dan keceriaan. Orang yang gemarkan warna ini juga biasanya suka apabila menjadi perhatian ramai.

5. Hijau

Individu yang sukakan warna hijau dikatakan seorang yang sangat kreatif. Selain itu, warna hijau juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bijak bersosial serta bergaul dengan orang ramai.

6. Ungu

Apabila anda memakai warna ungu, anda sebenarnya ingin menunjukkan kemewahan tanpa bersikap sombong. Orang yang memakai warna ungu juga biasanya mahu dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak pandangan.

7. Kelabu

Anda bingung dan tidak tahu nak pakai baju warna apa? Cuba pakai warna kelabu yang dianggap warna neutral. Selain itu, warna kelabu juga akan membuatkan anda nampak lebih berwibawa.

8. Hitam

Tidak dapat disangkal lagi, warna hitam mampu menyerlahkan sisi elegan anda. Apabila pakaian warna hitam disarung pada tubuh, anda akan nampak lebih cool.

9. Putih

Sekiranya anda mempunyai banyak pakaian warna putih di dalam almari pakaian, itu tandanya anda sukakan kesederhanaan. Warna putih boleh menonjolkan kebaikan serta kepolosan seseorang.

Sumber: cewekbanget.grid.id

IKLAN