Warisi Bakat Tok Ti, Netizen Terhibur Bila Dengar Aafiyah Buat Lirik Lagu Sendiri,

Share

Gelagat anak-anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti sentiasa mencuri perhatian ramai.

Terbaharu, perkongsian Tok Ti mengenai anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah menghiburkan hati semua apabila dia sudah pandai membuat lirik lagunya sendiri. Wah, boleh jadi penulis liriklah Aafiyah lepas ni!

Bila aafiyah dah pandai nyanyi & cipta lirik sendiri .. ibu takleh cari makan macam nih! 😬🤣😂 ..

Dengarkanlah cover “kalau rasa gembira” Aafiyah dengan tajuk baru “Sakit ekor , Siapa Nak bagi Air “
Semoga Terhibur!!

Aafiyah cover lagu ‘Kalau Rasa Gembira’

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah si cilik ini. Benar-benar mewarisi bakat ibunyalah katakan. Luculah Aafiyah ini!

Sebagai info, hasil perkahwinan Tok Ti bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Khalid, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aaifyah,3 dan juga Muhammad Afwa yang telah dilahirkan pada bulan April yang lalu.

IKLAN