Walau Gagal Maths Waktu SPM, Syifa Melvin Buktikan Tetap Boleh Jadi Businesswoman Berjaya

Share

Personaliti media sosial yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin berkongsikan kisahnya sewaktu bergelar pelajar dahulu. Jelasnya, dia telah gagal dalam mata pelajaran matematik dahulu sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Walaupun begitu, Syifa yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik, ‘Kekasih’ bersama adik-beradiknya tidak pernah patah semangat dalam mengejar cita-citanya.

“Okaylah Syifa ceritalah satu rahsia ni okay, since harini kami saja melawat tempat kenangan kami utk next content kami. Syifa bersekolah di SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, dari form 1- form 5.

“Form 1-3 duduk dekat kelas nombor dua okay la not bad total ada 4 kelas, masuk form 4-5 Syifa pilih aliran sastera sebab Syifa suka membaca dan menulis. Alhamdulillah sampai sekarang suka menulis.

“Masuk form 4 Syifa dah start jadi pemalas malas gila nak belajar,banyak main je sekolah pun asyik doa hujan pagi pagi sebab malas nak pi sebab pergi kelas naik basikalkan.

“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling excited nak jawab paper agama, bahasa melayu dan sastera sebab itu je yang aku mahir.

 “Mai paper math sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk! PMR pun tak cemerlang. Math aku sejenis benak memang tak faham cikgu ajar apa.

“Masalahnya aku yang benak. Cikgu tu ajar elok ja. Weh SPM aku failed math tau. Sumpah tak tipu. Ada A pun tak guna dah math gagal.

“Dah lama aku simpan aib ni tak semua orang tahu. Memang harapan aku nak dapat belajar UITM. Dah math pun tak kredit, itu yang sambung belajar dekat swasta. Tapi Alhamdulillah math ja bodoh kira duit tak bodoh,”

luah Syifa di Instagramnya.

Di ruang komen, salah seorang cikgunya sewaktu zaman persekolahan juga telah meluahkan rasa bangganya apabila dapat melihat kejayaan Syifa pada hari ini. Selain itu, ramai yang turut mengakui melalui perkara yang sama seperti Syifa dan terinspirasi dengannya agar tidak mudah mengalah dalam hidup.

IKLAN