Pada tanggal 27 September iaitu harini ini, genaplah ulangtahun kelahiran pelakon hebat iaitu Nur Fazura yang ke 36 tahun.
Tak lupa titipkan ucapan buat isterinya yang tercinta, Fattah Amin yang telah sah menjadi suaminya sejak November 2017 telah memuat naik sebuah video khas buat Fazura dengan ucapan yang sungguh manis sekali. Aww, sweetnya!
You make me smile for no reason, your love is my treasure, my love for you knows no season, because I love you beyond measure. Happy birthday to my sweet, loving, caring wifey @missfazura semoga Allah sentiasa lindungi, rahmati, kurniakan kebahagian, kejayaan dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin. I love you. 💙
Ads
Diruang komen, ramai peminat yang memberi pujian mengatakan Fattah sangat manis sekali terhadap isterinya yang disayangi itu. Memang pun kan! Hehe, Happy Birthday Queen Faz!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nampaknya bulan ini menyaksikan beberapa selebriti/personaliti popular mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Ada yang pergi dengan pasangan dan tidak kurang juga bersama keluarga masing-masing, Tujuan utama adalah untuk bertemu kekasih hati Allah SWT dan menumpukan sepenuh perhatian pada soal ibadah. Antara yang diberi peluang mengerjakan ibadah umrah kali ini adalah Fouziah Gous, Marsha Milan, Siti Sarah dan suami serta beberapa artis lagi termasuk isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida.
Masing-masing begitu teruja dan menyatakan kesyukuran kerana dapat mengerjakan umrah dan dalam masa sama melupakan seketika dunia seni yang diceburi selama ini.
Dan inilah masanya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada soal ibadah kerana peluang yang ada tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Maklumlah bukan semua insan yang dijemput untuk menjadi tetamu-Nya.
Malam tadi, bekas pengacara rancangan 999, Zakiah Anas telah membuat kemunculan khas sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3.
Penampilan istimewa personaliti televisyen berusia 55 tahun itu bersama 11 lagi bekas penyampai TV3 adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 38 stesen berkenaan yang akan diraikan pada 1 Jun ini.
Tetap anggun seperti dahulu, kemunculan Zakiah yang telah digandingkan bersama rakan penyampai Khairul Rizuan Azizan mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminatnya yang rindu dengan kehadirannya di kaca televisyen.
Di ruangan komen di Instagramnya, ramai yang menitipkan rasa rindu dan teruja dengan kemunculan istimewanya ini yang disifatkan sesuatu yang telah lama dinantikan oleh para peminatnya.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.
Justeru, enggan terus dibelenggu dan dihimpit duka, Sarah bangkit dan menuntut hak yang selayaknya. Malah, perjalanan hidup serta kisah peribadi sebenar Puteri Sarah dan keluarga yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini telah diterbitkan menerusi satu naskah buku hasil tulisan Emi Anvepa.
Buku pertama berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Supermom’ Puteri Sarah Liyana ini amat unik dan istimewa kerana penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, momen-momen dan saat jatuh bangun Sarah dari dulu hingga sekarang.
Malah, Hijabista difahamkan bahawa, buat julung kalinya menerusi naskah ini, keluarga Sarah telah ‘membuka mulut’ dan mendedahkan sisi sebenar Sarah, termasuk kehidupan dan perjalanan inspiratif figura hebat ini yang tidak diketahui banyak orang.
“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” ujar Sarah.
Sarah berkata demikian pada perlancaran bukunya itu, yang berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Turut bersama pada pelancaran ini adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang dan juga penulis utama buku merangkap pengurus serta kawan rapat Sarah, Emi Anvepa.
Ketika diminta mengulas berkenaan naskah istimewa ini, Emi berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan apa yang terbuku dalam diri sejak mengenali Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang di lalui, sepanjang 5 tahun mengenalinya.
“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami apa yang telah dilalui Puteri Sarah.
“Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ni, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi baginya selepas sekian masa menyelami perasaan Puteri Sarah, terutamanya dalam menghadapi masyarakat yang ‘judgemental’.
Justeru, Emi berkata ketika menulis buku ini, dia memberikan jawapan kepada pelbagai soalan dan komen netizen di media sosial yang sebelum ini tidak terjawab. Dalam masa sama, memberi ilmu berhubung ‘Legal Education Advocate’.
Jelasnya lagi, dirinya begitu teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan buku ini, kerana yakin buku Puteri Sarah ini dapat membantu memperkasa kaum wanita diluar sana.
“Dalam video di media sosial saya selalu tekankan wanita perlu berani dan bijak dengan melengkapkan diri dengan ilmu, kerana dengan ilmu inilah kita membina keyakinan dan keberanian dan Puteri Sarah adalah antara contoh terbaik.
“Saya yakin buku ini boleh menjadi rujukan kepada wanita untuk terus berjuang dan menyedari bahawa walau apapun keadaan dan cabaran kita, jangan mengalah, Sselagi kita terus melangkah, kita belum kalah,” ujarnya.
Sekadar info, buku keluaran Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk jualan ‘pre-order’ di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama dan akan promosi akan tamat pada hari ini 31 Mei 2023. Harga asal adalah buku ini bernilai RM49.90.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.