Tutorial: Gaya Hijab Less Than 5 Minute… Mudah & Stailo Buat Hijabi Bersiap Ringkas Ke Majlis Open House!

Share

Nampaknya minggu ini pati ramai yang mendapat undangan rumah terbuka. Apa kata untuk kelaina kita cuba gaya hijab lain daripada yang lain.  Tetapi buat hijabi yang sukakan gaya hijab yang simple tapi masih mahu nampak stailo, anda boleh cuba gaya ini. Tidak memerlukan masa yang lama, kurang dari 5 minit sahaja, terus siap. Percayalah penampilan anda nanti akan mendapat pujian rakan lain.

Selain sesuai untuk digayakan ketika majlis yang formal, anda juga boleh cuba gaya hijab ini pada hari kasual untuk tampak lebih bergaya.

Langkah Pertama : Untuk tutorial ini anda memerlukan hijab material shawl, tidak kira                                   shawl material biasa ataupun satin.

Langkah Kedua: Bahagikan bahagian kiri dan kanan shawl tersebut, ikut keselesaan.

Langkah ketiga: Lipat sedikit shawl di bahagian tepi muka, dan bawa ke bahagian sisi                                 kepala dan pinkan dengan jarum peniti.

Langkah keempat: Di bahagian sebelah lagi lilit kan di atas kepala dan bawa lebihan                                       lilitan itu kehadapan.

Langkah kelima: Lebihan di sebelah lagi yang pendek itu, masukkan di dalam baju.

Langkah keenam: Kemaskan dan siap !

Selamat mencuba !

IKLAN