World Hijab Day yang berlangsung pada setiap 1 Februari merupakan hari meraikan semua hijabi di dunia yang sentiasa strong in hijab. Sempena World Hijab Day, Hijabista ada satu kejutan untuk anda semua. Hujung minggu ini anda tak tahu nak ke mana? Jadi, Hijabista dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk menyertai satu program bersama pembaca iaitu The Missing Hijabi Casting. Casting ini bukan sekadar casting biasa tau. Ada pelbagai perkara menarik menanti anda!
Rasa ada keyakinan untuk menjadi seorang model tetapi tak tahu bagaimana? Ini caranya.
1. TUDUNG PERCUMA: Tudung percuma bernilai RM100 daripada jenama terkemuka. Lebih daripada 300 helai tudung untuk dimiliki.
2. HIJAB TUTORIAL: Selain berpeluang memiliki tudung secara percuma, hijabi juga berpeluang untuk belajar cara ikatan tudung terkini yang dibawa khas dari Radiusite.
3. MODEL HIJAB: Peluang cerah untuk menjadi model majalah dan diberi pendedahan secara meluas di media sosial.