Kecantikan

Tip Rawat Kulit Breakout Salah Satunya Pakai Birdnest, Kulit Kusam Berminyak & Penuh Parut Jerawat Kembali Flawless

Share

Masalah kulit breakout sering dihadapi oleh setiap wanita dan sekurang-kurangnya akan dialami sekali seumur hidup. Penting untuk merawat kulit yang sedang breakout. Kulit kusam dan penuh dengan parut jerawat akan kembali flawless jika kita guna produk yang betul.

Masalah kulit breakout sebenarnya boleh membuatkan kita jadi kemurungan. Secara tidak langsung kita akan hilang keyakinan diri. Nak jumpa orang pun malu. Berikut dikongsikan tip untuk merawat kulit breakout melalui perkongsian Farah Ilyiā

Ok la nak share sebab banyak tanya dok pakai apa muka sekarang kan. Ok Farah share sebelum ni memang muka sangat teruk kusam berminyak + parut jerawat. Kira dulu kalau mekap pakai pondesyen kan mesti bercapuk mesti x rata elok sebab skin kita dah teruk dah breakout.

Sebenarnya tak susah pun hampa nak dapat skin macam ni yang penting hampa kena konsisten setiap apa yang hampa guna tu.

Kebersihan hampa kena jaga betul-betul kalau boleh muka please jangan lap dengan tuala yang kita lap badan apa semua sebab kuman banyak kita mmg x nampak. So ajarkan diri lap muka menggunakan tisu atau tuala kecil untuk muka sahaja.

Di bawah ini Farah ada sertakan pic barang yang farah guna. Hampa boleh la p cari dekat watsons , birdnest tu sangat lah ok untuk muka breakout. Sekarang pi mana pun Farah jarang mekap sangat just keluaq pakai bedak baby saja macam gambar dekat bawah muka pakai bedak baby saja muka dah ok sangat2 cuma ada 1, 2 parut ja.

Kalau nak ok lagi, seminggu sekali cuba buat macam Farah. Madu + yogurt yang original low fat tu. Kacau-kacau sapu kat muka, dia akan mengelupas sedikit muka. Buang kotoran di muka guna barang organik saja. Best seminggu sekali mesti buat. Farah kongsi apa yang Farah pakai sahaja.

Dekat bawah ada list yaa. Boleh laa share untuk skin yang breakout. Yang penting KONSISTEN.

SIANG

1.Cleanser pure beauty


2.Toner nano white

3.Bio essence rosegold


4.Pudding cream pure beauty


5.Birdnest essence

 

MALAM

1.Cetaphill gentle cleanser


2.Toner nano


3.Bio essence rosegold


4.Birdnest essence


5.Night cream bio essence gold

Rawat muka 1 minggu sekali
1.Madu+yogurt biar 15 minit


2.Scrub muka guna stves bleackhead punya

CUCI MEKAP
1.Biore oil tisu

Selamat mencuba!

Sumber kredit: Farah Ilyiā

IKLAN