“Tidur Beralas Tanah & Berbumbung Plastik” – Catatan Misi Kemanusian Rohingya Heliza Ini Cukup Menyentuh Hati

Share

Heliza Helmi salah seorang artis yang kini dilihat begitu aktif dalam melakukan misi kemanusiaan. Melalui laman sosial instagramnya, penyanyi dan pengacara ini cukup aktif membuat kerja amal. Salah satunya adalah membantu misi kemanusiaan di Rohingya. Ternyata Heliza cukup terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Rohingya yang ditindas di negaranya sendiri. Heliza dengan  kerjasama MUSLIM Care Malaysia baru-baru ini telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk memberi bantuan kepada pelarian di sana.

Misi ini turut disertai Presidennya, Zulkifli Wahijan, sukarelawan yang disertai Exco Muslim Care dan juga empat doktor. Misi bantuan adalah bertujuan untuk  membina 20 telaga tiub bagi kegunaan lebih 200,000 pelarian di Kem Balukhali dan KutuPalong di Cox’s Bazar Bangladesh. Juga turut memberikan rawatan perubatan juga pengagihan pek makanan di kem pelarian terbabit.

Melihat gambar-gambar dikongsi bersama Heliza, menunjukkan penyanyi comel ini sanggup mengetepikan penampilan glamour, untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi masyarakat Rohingya di sana.

Dalam satu postingnya, membuat netizen cukup terharu apabila melihat sekeping gambar Heliza sedang memeluk seorang kanak-kanak perempuan. Dia memberitahu dia bukanlah orang yang mudah menangis tetapi pagi itu air matanya bergenang sambil mengenangkan apa yang kanak-kanak ini makan untuk pagi

, lenakah tidur mereka dan 1001 pertanyaan yang menganggu mindanya.

Dia juga yang bertindak sebagai sukarelawan misi kemanusiaan ini menceritakan pengalamannya yang tidak sempat untuk makan minum dan rasa haus yang hanya Tuhan yang tahu. Namun dia bersyukur kerana Allah beri kekuatan hingga tidak sedar seharian tidak menjamah makanan dan minuman.

Langsung Heliza terfikir bagaimana pula dengan pelarian yang berjalan 4 hari tanpa makan dan minum dengan membawa barang berat dan juga anak-anak. Berjalan bukan dekat tetapi hampir beratus-ratus kilometer mencari tempat perlindungan.

Ternyata pengalaman berada di sana hampir lima hari sebagai sukarelawan begitu menginsafkan Heliza. Mengenang betapa beruntungnya kita yang bangun sahaja tidur insya-Allah ada rezeki untuk makan dan minum, tetapi mereka belum tentu tidak. Kalau kita sakit ada ubat, tetapi masyarakat Rohingya ini hampir dikatakan tiada bantuan perubatan dan tidur mereka juga hanya berlantaikan tanah. Bumbung mereka pula beratapkan plastik dan juga sampah sarap. Meletakkan daun sebagai penyejuk khemah. Hatta mahu minum air putih juga agak sukar sekali untuk mendapatkannya.

Dia cukup terkesan melihat rata-rata anak-anak kecil tidak berbaju dan berseluar. Apatah lagi keperluan ‘pampers’ atau lampin, memang tidak ada di sana. Usahkan itu, berus gigi juga belum tentu ada. Segala-galanya ‘tiada’ yang tinggal untuk mereka.

Menurut Heliza lagi, ujian yang mereka lalui cukup hebat dan luar biasa. Malah mereka ini dilabel sebagai insan luar biasa. Dalam pada itu, Heliza cukup terharu sambutan yang baik diterima apabila anak-anak kecil mendahului mereka untuk memberi salam. Baginya setiap ujian yang hebat ini adalah untuk mendekatkan diri dengan pencinta dan tanda Allah sayang pada mereka.

Dalam catatannya lagi Heliza memberitahu dalam serba kedaifan itu di kem KutuPalong, terdapat sebuah pondok tahfiz kecil dan kedengaran suara merdu sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Biarpun status sebagai pelarian, tetapi tidak menghalang mereka untuk dekat dengan Al-Quran. Mereka belajar, menghafaz dan bacaan yang diperdengarkan sungguh sedap. Sekali lagi Heliza tidak mampu membendung air matanya yang tumpah di pipi ketika merakamkan mereka yang sedang membaca Al-Quran.

Artikel Berkaitan: Heliza Helmi Ajak Netizen Baca Sural Al-Mulk Sebelum Tidur

Dan dalam perkongsian ini turut dipaparkan bagaimana rupa telaga yang dibangunkan oleh Muslim Care sedalam 500 kaki dan dapat digunakan untuk keperluan harian, mengambil wuduk dan juga kegunaan lain. Air yang mengalir itu ibarat pahala buat anda yang telah menyumbang kepada penubuhan telaga ini sebagai bekalan di akhirat kelak.

Perkongsian pengalaman Heliza ke sana mendapat respon cukup positif dari netizen. Rata-rata mendoakan agar usaha dilakukan dipermudahkan Allah.

@njwa.nsuha21_ Ya Allah , kau permudahkan lah urusan mereka , bantu lah mereka yg dalam kesusahan,kesakitan,penderitaan dah kedukaaan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih kak ija bawak hati kami ke sana

@marialove82 Moga Allah permudahkan usahamu sis….insyaalah sya berdoa semua umat Islam selamat sejahtera dimna jua…..

@amirrasy Allahu,,terima kasih kak heliza,,perkongsian yg sgt menyentuh hati dan menyentap fikiran untuk kembali mengenangkan betapa susahnya orang lain berbanding kita yg senang lenang ini,,di manakah syukur kita,?di manakah doa kita untuk mereka,?ayuh sama samalah kita,,

@surianisaedah Mashaallah tabarakallah.. Sungguh beruntungnya dirimu duhai adinda dapat mencurahkan bakti buat hamba2 Allah yang di dalam kesusahan. Mudah2an ganjaran syurga buat dik @nurhelizahelmi dan team. Semoga sentiasa berada dalam perlindungan Allah walau di mana saja kalian berada. Amin.. Allahuakbar!

Admin menyokong usaha yang dilakukan oleh Heliza walaupun dia seorang wanita dan juga selebriti. Usaha dan niatnya itu cukup murni. Penyanyi kecil molek ini juga turut mengalu-alukan sumbangan/bantuan yang boleh kita sebagai Muslim salurkan untuk masyarakat Islam Rohingya di sana.

Semoga setiap yang dihulurkan mendapat keberkatannya dan secara tidak langsung meringankan beban yang ditanggung. Insya-Allah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HELIZA HELMI

IKLAN