Tewaskan Lebih 3000 Peserta Dari Asia, Rezeki Masya Masyitah Menang AS$40,000

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Rezeki telah berpijak pada penyanyi, Masya Masyitah apabila telah menjadi juara pertandingan mencungkil bangkat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, telah menewaskan penyanyi dari Filipina bernama Phem sekali gus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).

“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jelasnya, pertandingan tersebut sudah berlangsung selama empat bulan dan dia tidak menyangka mampu menjadi juara menewaskan lebih 3000 peserta yang bertanding.

Kefasihan Masya bertutur bahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas telah berjaya meraih perhatian dan membuatkannya menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.

 

Penyanyi lagu Halimunan itu telah mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia pada peringkat separuh akhir berdasarkan pilihan penonton.

Selain itu, personalitinya yang menarik dan menyenangkan membuatkan penonton daripada serantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir hingga menjadi juara.

Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer daripada Bon Jovi dan beberapa lagu bahasa Mandarin dan Tagalog.

kredit: Kosmo

IKLAN