‘Teringat Zaman Kanak-Kanak Dulu Bila Dengar Suaranya’- Yana Samsudin Terkesan Dengan Pemergian Farit Ismeth Emir

Share

Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir.

Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Pemergiannya memang mengejutkan ramai rakyat Malaysia termasuklah pelakon terkenal, Yana Samsudin.

Luahnya di laman sosial, suara Allahyarham sentiasa membuatkannya terkenang zaman kecil dahulu.

“teringat zaman kanak kanak dulu, kalau dengar suara uncle ni, dah tau dah lewat ni, kena tido sebab nak gi sekolah esok”

Al Fatihah buat Farit Ismeth Emir & salam takziah buat keluarga arwah…

Kami doakan moga rohnya tenang di sana, dan ditempatkan dikalangan yang beriman insyaAllah.

Allahyarham yang juga merupakan bapa kepada DJ Fuzz merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.

Pastinya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pembaca berita yang berkaliber di Malaysia termasuklah kelainan yang ditonjolkannya iaitu dengan memberikan mutiara kata pada penonton sebelum segmen itu berakhir. Al-fatihah.

 

IKLAN