Tepis Rasa Malu, Seorang Ibu Sanggup Jadi Ultraman Asalkan Anak Pergi Ke Sekolah

Share

Setiap ibu pasti ada cara tersendiri untuk menggembirakan anak masing-masing. Walaupun kadang-kadang permintaan itu sangat sukar untuk dituruti dan seperti tidak logik, namun sebolehnya seorang ibu itu akan berusaha juga untuk menunaikannya.

Seorang pengguna Facebook, Karinda Warsito  telah berkongsi pengalaman lucu menghantar anaknya yang autism ke sekolah. Menurutnya, anaknya mengugut untuk tidak pergi ke sekolah jika dia tidak menjadi Ultraman!

Demi seorang anak, ibu relakan jua!

Perkongsiannya mendapat ribuan reaksi daripada pengguna Facebook lain. Mereka ternyata terharu melihat kesungguhan ibu ini yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia.

IKLAN