Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 di Muzium Abu Bakar pada 5 Ogos 2024.
Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berangkat sama, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah bersama isteri, YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz,; YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ; YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah.
Ads
Bertemakan Pratishtha, koleksi IFF 2024 terdiri daripada koleksi reka bentuk yang memancarkan prestij dan maruah dan mencerminkan pakaian tradisional Melayu.
Koleksi yang dipersembahkan menampilkan gabungan pakaian Melayu tradisional yang telah diberi sentuhan moden antaranya baju Riau Pahang, Cekak Musang dan kebaya labuh.
Pada majlis tersebut KDPB Tengku Ampuan Pahang berkenan menyaksikan peragaan fesyen dari koleksi Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF), Tengku Seri Kelana D’Raja Dato’ Raja Rezza Shah serta pereka-pereka fesyen terkenal dari Malaysia dan Indonesia iaitu Jeny Tjahyawati, Torang Sitorus, Sugeng Waskito, Ezuwan Ismail dan Datuk Radzuan Radziwill.
Paduka baginda kemudiannya berkenan memotong kek dan pulut kuning sempena Majlis Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang juga jatuh pada 5 Ogos 2024.
Serius, admin memang cemburu melihat busana yang digayakan oleh pelakon Fazura ketika menghadiri pelancaran jenama Coach terbaru di New York baru-baru ini. Cantik sangat!
Pelakon Hero Seorang Cinderella ini memang dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup bijak bergaya. Apa jua disarung pada tubuhnya memang jadi perhatian netizen.
Lihat sahaja di laman IG miliknya yang berjumlah 3M, setiap gambar yang dimuat turun pasti akan mendapat respon sehingga mencecah ribuan ‘like’.
Selain Fazura, ada juga beberapa selebriti lain yang memang sering jadi perhatian follower mereka.
Mereka bagaikan melihat diari artis yang diminati untuk mengetahui perkembangan terkini, apa mekap dan stail yang digayakan setiap hari.
Lihat #OOTD 10 artis BERHIJAB ini yang bukan sahaja bijak bergaya tetapi sering menjadi perhatian para netizen di laman sosial.
Apa yang admin perhatikan, jika selebriti itu sudah bersuami atau mempunyai anak, gambar yang dimuat turun akan mendapat like hingga ada yang mencecah ratusan ribu like. Misalnya Hanis Zalikha dan juga Bella Dally.
Begitu juga dengan artis wanita muda yang meningkat naik seperti Wany Hasrita. Penyanyi muda ini nyata semakin diminati ramai. buktinya setiap gambar dimuat turun pasti mendapat komen cukup positif.
Memang tidak dinafikan, selebriti ini bagaikan idola untuk mereka lebih bijak bergaya dan yakin dengan diri sendiri.
Ada juga selebriti yang rajin berkongsi tip dan memberitahu jenama apa yang sedang mereka gayakan pada hari itu. Maklum apa yang digayakan mereka pastinya menjadi ikutan follower masing-masing.
Oleh kerana pelakon Laudya atau Bella baru sahaja berkahwin dengan Engku Emran, admin turut senaraikan dia antara artis berhijab yang mendapat respon cukup baik dari followernya.
Pemilihan warna hijab yang tepat sangat membantu menaikkan seri wajah.
Maka sebab itulah penting untuk seseorang hijabi itu memilih warna hijab yang sesuai dengan tona kulit agar penampilan diri lebih terserlah.
Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit. Pemilihan warna hijab yang salah akan menyebabkan wajah kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
Berikut tip pemilihan warna hijab mengikut tona kulit yang dikongsikan Silhouette iana. Moga ia jadi panduan yang berguna kepada hijabi semua.
TIP PILIH TUDUNG IKUT TONA KULIT
Selain bentuk muka, faktor tona kulit juga memainkan peranan dalam menghasilkan keserasian gaya dengan warna tudung yang dipilih. Pemilihan warna tudung yang betul menaikkan lagi kecantikkan awak.
1. Kulit putih, cerah dan kuning langsat
Kulit putih dan cerah lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti Purple, Merah, Ocean Blue & Black. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah nampak pucat dan tidak bermaya. So kalau nak juga pakai pastel, anda kena campurkan dengan warna-warna yang garang supaya penggayaan anda jadi lagi menarik!
2. Kulit sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakkan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang ialah rona pastel. Contoh, Beige, Baby Blue, Peach & Salmon. Anda kena elakkan pakai warna merah darah, hijau tua dan coklat tua tau! Nanti akan membuatkan muka anda bertambah kusam dan gelap.
3. Kulit gelap dan hitam manis
Anda kena pakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, soft purple atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekali gus boleh buat kulit anda kelihatan lebih cerah. Elakkan pakai warna coklat tua, hitam dan biru gelap tau ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan lesu.
Moga tip ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para hijabi semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perhiasan kemas merupakan satu perkara yang disukai wanita. Siapa yang tidak suka jika boleh menyarungkan perhiasan kemas tambah-tambah lagi jika ia dihasilkan dari emas atau berlian. Namun harganya yang mahal membuatkan tidak semua orang mampu membeli.
Oleh itu terdapat banyak cara yang dilakukan oleh segelintir pihak, sebagai contoh membeli emas secara ansuran. Perhiasan kemas boleh diambil dan dipakai dahulu dan bayarannya dilakukan secara bulanan.
Namun menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Dalam huraian yang lebih terperinci penerangan dilakukan supaya kita lebih memahami isu ini. Jom kita fahami apa sebabnya pembelian emas secara ansuran haram dalam Islam.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapar dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan harta lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di