Pada 3 Oktober yang lalu, anak kepada personaliti terkenal negara, Puan Sri Normala Samsudin telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya.
Cantik mengenakan busana berona pastel, Ruhila Roslan,28, yang merupakan seorang doktor gigi telah bergelar tunangan kepada Majid Nazli di majlis yang serba indah itu.
Mendoakan yang terbaik buat anak gadisnya itu, Puan Sri Normala yang juga merupakan juri tetap program Ratu Hijabista bersyukur kerana fasa pertama anaknya untuk meninggalkan zaman bujang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Ads
Mama doakan yang terbaik untukmu, moga perjalanan ini akan dipermudahkan Allah jua. Fasa pertama meninggalkan zaman bujang sudah pun selesai. Setelah semua rakan-rakannya kini menjadi suri dan ibu, dia baru mula terbuka hati melangkah ke alam baru. Moga Allah Rahmati dan berkati, amin.
Love these smiles, teased by friends, she laughed when surrounded by close friends. Since TKC Her friends were like my own kids, tetiba rasa macam ramai anak perempuan 🤣🤣🤣😂 so much fun!! Riuh rendah.
Ads
Saling tak tumpah raut wajah persis ibunya, Dr. Ruhila ternyata memiliki pakej yang lengkap iaitu bukan sahaja cantik malah bijak.
Pretty like mommy! Pastinya Dr. Ruhila sekarang sedang berdebar menghitung detik pula untuk disatukan bersama cinta hati. Moga urusan mereka bagi membina masjid dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Hijabista mendoakan yang terbaik buat kalian.
Wajah Ustaz Selebriti, Wadi Annuar merupakan figura yang tak perlu diperkenalkan lagi, kerana wajahnya acapkali melatari laman-laman sosial tidak kira Facebook, Youtube, Tik Tok, Twitter mahupun Instagram memberi ceramah dan pengisian kerohanian dalam majlis-majlis ilmu.
Terbaharu, tular sebuah video di laman Tik Tok memaparkan seorang Mualaf berbangsa Cina dikenali sebagai Taufik begitu teruja dapat bertemu dengan sosok alim ulama’ yang sekian lama telah menjadi idolanya.
Hijabista difahamkan bahawa pertemuan berkenaan berlangsung ketika Ustaz Wadi sedang menyampaikan kuliah secara langsung (live) di laman sosial.
Sebaik sahaja melihat kelibat idolanya itu, lelaki cina tersebut terus menghapiri Ustaz Wadi, dan mengambil kesempatan untuk menyapa figura itu sambil menyatakan rasa tidak percaya, kerana akhirnya dia dapat bertemu dengan penceramah itu.
Malah, apa yang lebih menarik lagi, meskipun sedang sibuk memberi ilmu dan menyampaikan kuliah, Ustaz Wadi sempat menyantuni lelaki itu yang dianggap sebagai tetamu.
Ustaz Wadi dengan penuh hemah dan peramah telag mengajak lelaki tersebut agar masuk ke dalam ruangan kerjanya untuk beramah mesra.
“Betul Laila, Ustaz Wadi Annuar… Saya memang peminat ustaz. Saya tengok macam tak percaya.
“Pertama kali berjumpa. Saya suka sangatlah ustaz. Saya sekarang umur 52 tahun,” kata mualaf berkenaan dalam nada teruja.
Malah, kerana begitu terkesima dan seakan mimpi dapat bertemu Ustaz Wadi, lelaki cina itu begitu teruja sehingga menyentuh wajah Ustaz Wadi dengan rasa tidak percaya.
Menerusi hantaran video berikutnya jelas kelihatan riak wajah Taufik dan keluarganya yang sangat gembira kerana berpeluang bertemu dan bergambar bersama Ustaz Wadi.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan Hijabista mendapati, situasi berkenaan turut membuatkan netizen berasa sebak dan terharu dengan tindakan lelaki berkenaan yang mengidolakan agaman seperti Ustaz Wadi.
“Pakcik tu mcm tak percaya tak sangka boleh tegok Ustaz Wadi hidup-hidup depan mata, siap pegang-pegang Ustaz. Kita ni pun mesti ada perasaan macam ni..
“Allah.. Aku nangis wei. Semoga Allah sentiasa pelihara Ustaz, sihatkan tubuh badan Ustaz agar dapat menyebarkan ajaran Islam selalu.
“Ustaz ni hebat.. Banyak memberi inspirasi… Saya pun peminat ustaz…
Replika botol gergasi syampu varian ‘Segar Berhijab’ Sunsilk Hijab Recharge telah
dilancarkan secara rasmi di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Dengan ketinggian 12.23m dan kelebaran 9.66m, struktur ini secara rasminya diiktiraf
sebagai “Replika Botol Syampu Terbesar” di Malaysia oleh Book Of Records ((MBR).
Sepanjang hampir 20 tahun kewujudannya, The Malaysia Book Of Record (MBR) telah
berjaya merekodkan dan mengiktiraf pelbagai pencapaian yang dilakukan oleh rakyat
Malaysia. Siapa yang tidak mahu namanya tercatat dalam rekod MBR kerana ia dianggap
sebagai satu kejayaan luar biasa.
Jom kita lihat beberapa pencapaian terbaik yang direkodkan oleh pihak MBR.
Sempena Word Hijab Day lalu, jenama Aidijuma telah menempatkan nama di Malaysia Book
Of Record di mana peminat tudung ini datang untuk membuat tutorial tudung. Majlis ini
menghimpunkan 883 wanita yang datang memakai koleksi Aidijuma Scarf dari tahun 2012
hingga 2017 di mana untuk menzahirkan perhimpunan terbesar peminat tudung tegar
jenama berkenaan.
MBR menyampaikan rekod MBR untuk “Album R & B Pertama Terdaftar dalam Carta Top 10
Billboard” kepada Yunalis Mat Zara’ai, atau lebih dikenali sebagai Yuna dalam
industri muzik. Yuna kini sangat popular selepas lagu duetnya yang terkini duet
single “Crush” dengan Usher dan album terbarunya “Chapters” adalah album R & B
pertama oleh seorang rakyat Malaysia untuk mencapai carta Billboard Top 10 AS.
Deepavali Celebration is just around the corner and here comes the Biggest Floating 'Kolam'. Measured at 638.02 square metres, the kolam is mainly made from coconut flakes by 100 volunteers from various organisations. Congratulations Golden Sands Resort by Shangri-la for organising the great record achievement together with their co-organiser Penang Hindu Association and Pn. Sreedevi A/P Loganathan.
Seramai 100 sukaralewan mengambil bahagian dalam menghasilkan ‘Kolum Terapung
Terbesar’ sempena sambutan Deepavali yang lalu. Berukuran 638.02 meter persegi dan ia
diperbuat daripada kepingan kelapa dengan kerjasama dari pelbagai organisasi. Tahniah
Golden Sands Resort, Shangri-la kerana mencipta rekod berkenaan.
Program ini berjaya disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai
penyertaan serentak terbesar oleh kanak-kanak untuk simulasi ibadah haji melibatkan
6,456 kanak-kanak Tadika Little Caliphs. Program itu merupakan anjuran Little Caliphs
International Sdn Bhd (LCISB) bersama Koperasi Ukhuwah Little Caliphs Berhad (KULCB),
iaitu Koperasi Pengusaha-pengusaha Little Caliphs yang berlangsung di seluruh Negara
menghimpunkan seramai 775 kanak-kanak.
500 peserta cacat penglihatan menyertai Majlis Khatam Al-Quran dan Selawat Perdana
dan berjaya mencatat rekod baru “MOST NUMBER OF PARTICIPANTS IN A BRAILLE QURANIC
RECITAL”. Program anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS) dengan
kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan Masjid
Mua’adz Bin Jabal, Setiawangsa ini mendapat sambutan masyarakat setempat bagi membawa kesedaran awam melalui kempen Gagasan OKU Muqarabun.
Mendapat penyertaan dari 1319 untuk menyertai acara ini yang dianjurkan oleh Kolej
Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya pada 20 November 2016. Dengan kerjasama
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsan (ASWARA) mendapat sambutan cukup
menggalakkan. Rata-rata pelari yang menyertainya mesti memakai kain sarong dan
seterusnya menamatkan larian.
Dalam banyak-banyak rekod MBR ini akan jadi paling menarik, bayangkan kita melihat
sendiri pembinaan replika botol syampu terbesar di Malaysia. Bukan itu sahaja,
replika Botol Syampu ini juga dipenuhi dengan hadiah untuk dibawa pulang oleh para
pelanggan.
Malah apa yang lebih mengujakan rangkaian penjagaan rambut Sunsilk telah membuka
ruang kepada wanita-wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea
dengan segala perbelanjaan ditanggung. Lebih istimewa lagi apabila pemenang layak
membawa seorang rakan bersama.
Anda hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:
1. Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab
Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Besar Giant Stadium
Shah Alam.
2. Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman
Facebook Sunsilk Malaysia.
3. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018, bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Peraduan berakhir pada 27 Disember 2017.
Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.