Tak Sangka Mula Secepat Ini, Ardell Aryana Ikut Misi Kemanusiaan Di Palu, Indonesia Dengan Hati Terbuka

Share

Lama kita tidak mendengar khabar pelakon jelita, Ardell Aryana. Rupa-rupanya, Ardell kini baru sahaja bertolak ke Palu, Indonesia bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.

Jelas Ardell, dia tidak menyangka akan mengikuti misi tersebut secepat ini kerana sepatutnya dia bertolak ke sana pada bulan Ramadhan nanti…

Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini , sepatut nya saya akan ke palu indonesia pada bulan ramadhan nanti . Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak@ydkmm_official

 saya kena kesana , flight saya kesana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam “ #Gempa
 “ yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana . Saya akan ke palu, sigi , donggala, petobo ,sulawesi tengah .. doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami ? yang dasyat seperti tahun lepas . Terakhir yang di beritahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana oleh itu , jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka .. saya amat lah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya ??? , tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima ?. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891 . May Allah ease everything for my journey tomorrow & to all of us ??☺️ amin …❤️ . Saya akan update dari masa ke semasa pada awak semua keadaan disana inshaallah ? . #togetherwearestronger
#BerkongsiRezeki #BerbagiSemangat#yayasandanakebajikanmuslimmalaysia ????? Bismillahirahmanirahim ✨

Alhamdulillah, moga niat baik Ardell dan pasukan dipermudahkan di sana. Pasti banyak hijabi yang terinspirasi dengan aktiviti yang dilakukan oleh Ardell ini bukan? Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Sedikit pun tidak mengapa sis!

kredit: instagram @ardellaryana

IKLAN