‘Tak Salah Makan & Tengok Wayang Sendiri’-Fazura Kongsi Cara Untuk Yakin Dan Sayangi Diri

Share

Kaum wanita mesti pernah mengalami perasaan rendah diri bukan? Rasa tak yakin pada diri itu pasti pernah menyelubungi diri lebih-lebih lagi bila apabila kita merasakan diri penuh dengan kekurangan berbanding orang lain.

Usah terlalu negatif sis! Pastinya bukan hanya kita  malah ramai wanita di dunia ini mengalami masalah yang sama. Jangan terlalu memandang rendah pada dirimu. Banyak yang ada dalam diri kita yang boleh diserlahkan pada dunia. Cuba dengar dahulu tip dari pelakon terkenal, Fazura ini untuk membina keyakinan tinggi dalam diri!

Sayangi dirimu!

Tip untuk menyayangi diri sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan segera!??.

  1. Percaya dengan takdir Tuhan. Segala terjadi bersebab. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah berdoa, kerja keras, sentiasa bersabar dan menunggu keajaiban berlaku pada waktunya. Ia memerlukan kepercayaan yang tinggi jadi anda perlu selalu percaya pada naluri anda. Hati anda tahu apa yang perlu dilakukan.

2. Duduk, tarik nafas dan ambil masa untuk menulis segala yang hebat mengenai diri anda. Ingat betapa baiknya, pemurah, kuat dan bersemangatnya anda pada waktu yang sama. Cari keburukan dalam diri anda. Jika ada banyak kebencian terhadap orang lain, itu bermakna anda hanya ada banyak kebencian terhadap diri sendiri. Gantikannya segera dengan rasa kasih sayang.

3. Senyum dan sentiasa ingat akan nilai diri anda. Semestinya anda tidak rasa seperti seorang mangsa lagi kerana anda tidak pernah menjadinya. Ceriakan dirimu!

4. Jika kata hati anda berkata tidak pada suatu perkara, hormatinya dan ikut sahaja gerak hatimu. Teruskan sahaja dan katakan tidak padanya.

5. Makan sendiri, tonton wayang sendiri dan hiburkan hatimu. Lakukan sahaja kerana siapa yang pedulikannya? Anda yang sayangi diri anda sendiri! Anda juga layak untuk rasa gembira dengan menjadi diri sendiri.

6. Maafkan diri anda dan juga orang lain. Walaupun mereka tidak memintanya. Hanya selepas itu, anda akan rasa tenang dan gembira semula!

 7. Jangan pernah bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda adalah istimewa dengan cara yang tersendiri. Cari kehebatan dalam dirimu dan bawakannya dengan penuh gaya. Tiada siapa boleh mengambilnya daripada anda.

IKLAN