Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel yang diberi nama Muhammad Luth Ali.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan. Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
Hari ini seluruh wanita menunjukkan tanda sokongan pada Muslim New Zeland dengan memakai hijab berwarna merah jambu untuk menunjukkan mereka tidak keseorangan. Kempen #scarvesinsolidarity ini dilakukan bagi menghormati wanita di New Zeland yang hari ini (Jumaat) mengenakan hijab.
Kenapa kita memilih warna merah jamu sebagai tema untuk menjayakan kempen ini? Bagi Majalah Hijabista yang memilih warna ini dianggap sebagai warna bagi melambangkan kelembutan seseorang wanita itu.
Jadi pink dijadikan tema untuk kempen #scarvesinsolidarity. Sebenarnya mungkin tidak ramai yang gemar warna pink kerana terlalu lembut, tetapi rona ini juga berpadanan dan cantik digayakan dengan apa jua OOTD.
Tidak kiralah warna pink atau merah jambu gelap, cerah, kusam atau belacan jika dipadankan dengan busana bersesuaian, tetap menyerlahkan penampilan.
Ayuh kita lihat barisan selebiti yang menggayakan hijab atau busana rona merah jambu in kala menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.
Peminat radio Zayan FM pasti mengenali suara yang sentiasa menghiburkan hari-hari anda iaitu DJ Lin Ariffin. Bukan hanya pandai berbicara, wanita jelita ini juga memang bijak bergaya orangnya.
Bertubuh kecil molek, fesyen yang digayakan oleh ibu kepada seorang cahaya mata ini sangat sesuai diikuti oleh hijabi yang mempunyai tubuh sepertinya. Kadang kala agak sukar jugakan untuk hijabi yang berbadan kecil untuk mencari pakaian yang sesuai. Haaa, kalau begitu apa kata sis ikuti gaya dari Lin ini yang sememangnya on point!
Menjadi impan setiap wanita mahu kelihatan cantik dan bergaya di hari bahagia. tidak kiralah untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Tetapi bagi selebriti Sharifah Aryana atau lebih dikenali dengan nama Orked (dek kerana filem Mukhsin) sangat ‘sempoi’ apabila bergaya cukup simple di majlis pertunangannya. Tiada dress anggun sebaliknya selesa menyarung baju kurung serta berkain seperti batik pada majlis yang berlangsung Sabtu lalu di kediaman ibu bapanya.
Yana yang merupakan adik kepada Sharifah Amani dan Sharifah Aleeya ini selamat melangsungkan pertunangan dengan teman baiknya sendiri yang dikenali dengan nama Jad Hanif.
Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Yana yang cukup simple tetapi tetap menyerlahkan kecantikan dirinya.
Biarpun tanpa dress ‘bling-bling’ sekadar berbaju kurung dengan solekan ringkas, penampilan Yana tetap kelihatan cantik dan anggun sekali.
azrinaalias Tahniah.. Simple jek.. I loike.. Alhamdulillah
gonejeng Congratulations orked..simple, nice n lots of love joy too..
Majlis penuh sederhana itu, dihadiri oleh ahli keuarga terdekat sahaja dan masing-masing gembira segala dirancang berjalan lancar.
Dalam tulisannya di laman instagram Yana mengakui cukup teruja bercampur gementar dan gembira dengan keputusannya bertunang dengan sahabat baiknya sendiri.
On the 2nd of March 2019, I got engaged to my best friend. My parents were there as well as his, my aunties and uncle and his aunty and uncle.
It was a small and intimate gathering as we sat down and discussed how the rest of our lives will pan out.
I was nervous and excited at the same time and at times I wasn’t sure, all I needed to do was look him in the eyes and was reassured.
Sebelum ini kakak kepadanya, Sharifah Aleesya juga tampil lain daripada yang lain di majlis perkahwinanannya.
Ternyata anak-anak pelakon Fatimah Abu Bakar ini berjaya mencipta sesuatu yang lain untuk hari bahagia mereka agar boleh diingati sampai bila-bila.
Tahniah Hijabista ucapkan dan tidak sabar menanti apa pula kelainan bakal ditampil di majlis perkahwinan Yana nanti.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!