Kemas Rumah Semudah A,B,C! Tak Perlu Angkut Baldi, Mop+Vacuum Ini Cepatkan Kerja

Share

Ramai wanita mencari-cari peralatan yang bukan sahaja memudahkan tetapi mempercepatkan urusan mengemas rumah. Oleh itu anda perlu bijak memilih produk yang sesuai bagi memastikan matlamat untuk memudahkan urusan mengemas rumah mencapai sasaran.

Kerja-kerja rumah menjadi mudah dan cepat dengan menggunakan mop + vacuum function ini. Menurut Lukreiza Abdullah pengalaman menggunakan Philips SpeedPro Max Aqua

sangat memudahkan urusan mengemas rumah.

Jelas wanita ini lagi, alat ini paling sesuai untuk mereka yang ada anak kecil fasa makan bersepah. Anal-anak usia yang masih kecil memang tidak suka maka disuap. Tentulah selepas makan akan bersepah.

Walaupun sudah dialas, sisa makanan tetap juga bersepah dan sudah tentulah perlu disapu dan dimop. Perlu bongkokkan badan semua, rasa letih sangat hendak kemas selepas waktu makan.

 

Jelas wanita ini lagi, sekarang selepas waktu makan, terus pakai vacuum + mop. Boleh cabut mop dari vacuum, kalau hendak vacuum karpet pula. Kainnya boleh dibuka selepas digunakan dan terus basuh. Boleh letak pencuci lantai dan titik eo sikit. Sama sahaja seperto mop biasa cuma tidak perlu angkut baldi.

Vacuum + mop sangat sesuai untuk ‘kerja-kerja berat.’ Sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja mengemas rumah. Tidak rugi jika anda melaburkan sedikit wang asalkan urusan-urusan kerja di rumah jadi lebih mudah dan cepat dan anda ada banyak masa bersama keluarga terutama wanita yang bekerja.

HIJABISTA: Kerja-kerja mengemas rumah akan menjadi lebih efisien dengan adanya gajet-gajet peralatan moden masa kini. Pilih ikut kesesuaian dengan gaya hidup dan poket anda.

Sumber kredit: Lukreiza Abdullah

IKLAN