Tahniah! Shukri Yahaya & Tya Adnan Umum Bakal Dapat Anak Lelaki Tak Lama Lagi

Share

Isteri kepada pelakon terkenal Shukri Yahaya, Tya Adnan berkongsi berita gembira di laman instagramnya iaitu bakal menerima cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Khabar gembira itu diumumkan olehnya melalui sebuah video ‘gender reveal’ yang dilakukan bersama keluarga terdekatnya.

Dalam video tersebut, Shukri bersama seorang lagi anggota keluarganya membuka kotak bagi mengetahui jantina bayi tersebut. Shukri kelihatan begitu gembira sekali apabila mengetahui jantina bayi yang dikandungkan oleh Tya adalah lelaki.

Sudah berada di trimester ketiga, Tya mendedahkan dirinya pada bulan November tahun lalu sewaktu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.

Sebagai rekod, Tya dan Shukri telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena,4.

IKLAN