Tahniah! Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga Lepas 8 Tahun & Pernah Alami Keguguran Sebelum Ini

Share

Setelah lapan tahun menanti, akhirnya pelakon kecil molek Sari Yanti selamat melahirkan anak ketiganya semalam. Isteri kesayangan pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu ini melahirkan bayi mereka di sebuah pusat perubatan.

Dalam satu kenyataan dalam instagram Sinar FM, pasangan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan.

Apa yang menariknya juga, kelahiran anak sulung mereka ini adalah bersamaan dengan tarikh lahir teman Jep, Rahim.

Pasangan ini berkahwin 25 Febuari lalu dan sebelum ini Sari Yanti dalam temubual bersama Nona

memberitahu dia pernah mengalami keguguran lantaran mengandung luar rahim.

Ketika itu di awal perkahwinan dia asyik masuk hospital disebabkan turun darah. Selepas dibuat pemeriksaan, doktor mendapati Sari Yanti mengandung luar rahim. Kandungan luar rahimnya ketika itu kecil tetapi membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub fallopian berkenaan pecah.

Sari Yanti terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopian berkenaan. Dia sebenarnya tidak menyangka akan hamil semula kerana tiub fallopian tinggal satu sahaja. Namun akhirnya dia disahkan mengandung dan Sari Yanti bersyukur dengan pemberian rezeki dari Allah SWT.

Sari Yanti sebelum ini sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Hijabista ucapkan tahniah atas kelhiran ini dan semoga ibu dan anak berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Artikel Berkaitan: Kisah Hijrah Sari Yanti Lepas Kahwin

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SARI YANTI & SINAR FM

IKLAN