Kebiasaannya bedak asas menjadi bahan utama sebelum kita memulakan solekan pada wajah. Malah fungsi bedak asas itu sendiri untuk menutup cela dan menjadikan kulit lebih ‘flawless’ dan ‘glowing’ dengan pemilihan yang tepat.
Namun begitu, bukan semua orang sesuai menggunakan bedak asas pada wajah. Buat yang memiliki kulit sensitif, selalu rasa ragu untuk menggunakan produk mekap.
Ads
HIJABISTA kongsikan tutorial mekap tanpa bedakasas dari instafamous, Elcah. Tutorial mudah ini hanya memakan masa tidak sampai 5 minit dan hasilnya memang cukup memukau.
Ads
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai anak muda sekarang ini apabila di tanya perihal ibu, pasti brkata bahawa ibu garang , kuat bebel dan sebagainya. Malah mereka ini menjadikan itu alasan supaya mereka tidak betah di rumah. Ibu merupakan seorang individu penting dalam kehidupan anak-anak.
Mereka merupakan idola, pemberi semangat dan juga orang yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak mereka. Malahan sikap kita adalah cerminan daripada ibu bapa yang baik. Kata-kata ibu merupakan mutiara kata yang bakal membantu anak-anak menjalani kehidupan di masa hadapan. Sebab itulah ibu sentiasa menegur dengan nada dan gaya berbeza yang dianggap sebgai bebelan.
Banyak nasihat ibu yang boleh digunapakai di masa kini dan hadapan. Contohnya Seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebook iaitu Nurlia Mohd Nor baru-baru ini telah menceritakan tentang beberapa perkara dan contoh tauladan baik dalam bab penjagaan dan pengemas rumah yang telah ditunjuk oleh arwah ibunya.
Menurutnya, perkongsian tersebut serba sedikit memberikan kesan yang positif buat dirinya kerana telah dididik dengan perkara yang baik ini.
Jom baca perkongsian penuh di bawah:
Selalunya, rutin-rutin yang sama akan dilakukan oleh arwah ibunya sejurus bangun awal pagi
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli, “Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok. 2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus. 3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 🙂
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan. Tapi.. Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik. Percayalah.. Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu. *Dalam gambar di atas adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham.
Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Mungkin kita sudah terbiasa dengan kepercayaan karut bagaimana amalan kehidupan seseorang dalam sesuatu budaya diperkatakan mampu memberikan kesan terhadap rezeki dan nasib.
Ini berkait rapat juga dengan persoalan mengenai hukum mempercayai seandainya lambat membeli beras setelah kehabisan beras akan menyebabkan rezeki terputus.
Berikut huraian lengkap mengenai persoalan ini yang boleh dikatakan menjadi kepercayaan kebanyakan masyarakat kita.
SOALAN
Bagaimana hukum mempercayai bahawa jika lambat membeli beras setelah kehabisan beras, maka ia akan menyebabkan rezeki akan putus?
JAWAPAN:
Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah…”
Al-Razi berkata: “(Ayat ini) memberikan isyarat bahawa tiada manfaat melainkan dengan izin Allah dan ianya datang daripada Allah.”
Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah telah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
Ayat ini menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki.
Ibn Kathir berkata: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki kesemua makhluk termasuk kesemua binatang. Yang kecil, besar,di laut mahupun di darat.”
Kepercayaan sebegini tidak ada asalnya di dalam Islam. Jika ditanggungkan bahwa yang dimaksudkan rezeki yang terputus ialah makanan yang sudah kehabisan di rumah dan mungkin tiada makanan pada hari itu, maka munasabah dan boleh diterima sebagai istilah Bahasa sahaja.
Namun jika diiktikadkan bahawa jika beras sudah kehabisan di rumah, lambat membeli beras akan menyebabkan rezeki yang telah Allah takdirkan akan lambat, maka hal ini tidak betul dan harus dijauhkan kepercayaan seperti ini. Rezeki Allah itu sesungguhnya lebih luas daripada sekadar beras.
Maksudnya: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”
Dalam susunan hadis 40 Imam al-Nawawi ada menyebut sebuah hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu dihimpunkan penciptaan dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai nutfah (campuran air mani), kemudian sebagai alaqah (gumpalan darah) selama itu juga, kemudian sebagai mudghah (sebentuk daging) selama itu juga, lalu diutuskan kepadanya satu malaikat dan malaikat meniupkan ruh ke dalamnya, dan ditetapkan 4 urusannya; dituliskan rezekinya, ajalnya, amalannya, penderitaannya atau kebahagiaannya.”
Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha:
Maksudnya: Suatu hari Rasulullah SAW masuk (ke rumah) menemuiku dan bertanya, “Adakah kamu memiliki apa-apa (untuk kita makan)?” Aku menjawab, “Tiada.” Baginda bersabda, “Kalau begitu aku berpuasa.” Suatu hari lain baginda datang lagi dan (kali ini) aku berkata, “Wahai Rasulullah! Ada orang hadiahkan kepada hais (tamar yang bercampur lemak).” Baginda lalu berkata, “Tunjukkannya kepadaku, sesungguhnya aku telah berpuasa sejak pagi.” Lalu baginda memakannya.
Kisah ini menunjukkan sikap zuhud dan berasa cukup Rasulullah SAW dengan apa yang ada. Langsung tidak dikaitkan apabila tidak dibeli makanan menandakan rezeki daripada Allah Taala telah terputus.
Justeru, hendaklah kita meninggalkan kepercayaan bahawa rezeki akan terputus jika terlambat memberi beras kerana ianya tidak sesuai dan bertentangan dengan konsep rezeki dan taqdir di dalam Islam.
Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.